Khamis, 10 Disember 2009
Royal 2009 - kenangan tak boleh tanggal (*_*)
Ahad, 22 November 2009
Training yang sangat relax
this time mungkin semuanya menjadi mudah bile dah lama training kot... hehe dah tak yah pening nk wat ayat, just faham case cari hujah bersesuaian then susun.. pastu masing2 cr bahan sendiri. sume ni mungkin sy takkan mampu buat kalau masih lagi agak fresh dalam dunia debat, pastu dgn kelas training yang setiap sem tu.. it really helps me a lot. pastu yang lagi best... my team mate.. buat masa sekarang team sy je yang ade lelaki... huh plak tuh aku sorg pempuan.. walaupun agak terasing dr segi jantina, tapi it's a good combination la hehe... dapat team ngan abu n ikhwan... mmg best la team ngan diorg (klu korg berdua baca jgn perasan la ye) hasilnya daripada kepala yang tiga org ni masuk sy so far so good alhamduliLLAH... setelah tiga kali berdebat alhamduliLLAH kami dapat present case ngan baik walaupun ade la jgk beberapa kelemahan dan kekurangan.... siap boleh buat hujah baru dan lain plak tuh hehe... kesian ust sbb kitorg nih suka2 hati je tukar hujah.. hehe bukan pe, kami guna ikut kesesuaian.... heheh klu sesuai kami masukkan... mintak2 la ust tak kecik ati... tapi klu kitorg dapat present dgn cara yang meyakinkan mesti ust pun setuju ngan kitorg hehehe (mmg aku ni jahat)... pastu this time kitorg main gilir dalam setiap position 1 2 3... hari ni sy main position no 1, abu second, ikhwan radd... esok tukar plak, sy second, abu radd, ikhwan first... macam tu lah kitorg..bergilir-gilir main setiap position.. good thing about this is that it teaches us to be dynamic... tak de la reti main satu atau dua position je... lagi parah klu tahu main satu je, nnt klu tournament betul, nnt tak leh nak main sgt dalam team... n kadang2 agak membebankan team.. contoh klu sy reti main radd je, kalut ar klu team mate sy yang betul 3 org kaki radd.. mau berebut pastu first and second speaker tak de org nk main.... huhu hancur team. ni sy ckp berdasarkan pengalaman sendiri hehe.. sy nih asyik men radd je, pastu kene naik team c, ngan k shah, hamdi n afeefah... except afeefah yang lain sume mmg suke men radd... last2 banyak part sy kene jadi org no 2... huhu mmg menggagau gak la prepare text, susun idea n ayat... this time no more, pengalaman lepas cukup mengajar.
huhu klu dapat kekal team ni sampai habis tournament kan best... klu tukar, ish mcm tak best la plak.. agak berat hati gak la sbnrnnye huhu.. but everything is not decided yet. masih boleh terus mengharap agar ia tidak berubah
Ahad, 15 November 2009
Apa la nk jadi.....
second thing, hari nih dapat berita yang kurang baik, rahmah dan hanan nk tarik diri drpd training royal this time. Hmmmmm sedih tu mmg la sedih tapi masing2 ade komitmen lain.. tak bleh nk buat ape.. hopefuly dapat la mencari ganti mereka berdua. N guys, just buat je la ape yang korg rasa betul, tak yah rasa berat hati k.. moga ALLAH mudahkan usrusan korg, ameen.
third thing, i read about ust asri n other ust2 yang tak diberi tauliah olah jais - dipercayai alasan kerana membawa ajaran wahabi - duh.. i don't know how this jais guys think.. even korg ade perselisihan pendapat, jgn la smpai menggunakan kuasa mendiskriminasikan org lain...... bukannya mereka tu sesat pun, klu korg nmpk diorg sesat, bg la sbb yang konkrit...... jgn hnya menuduh org sesuka hati sesat hanya kerana ade org yang ta sependapat dgn korg. Selagi mana perselisihan pendapat mereka masih lagi atas dasar quran dan sunnah, bertolak ansur la dan berlapang dadalah
Rabu, 11 November 2009
Lagi dua...
Jumaat, 6 November 2009
Exam period post... hehe
Khamis, 22 Oktober 2009
Hmmmmmm……..
Huhu gosh i still have a few assignment to be finished….plus 2 presentation… dahla mgu depan last, memang tak rehat la aku mgu ni. Sumenye subjek ngan lecturer yang sm. Hmmm.. cm ne ni? Mgu ni kene balik sbb mgu lepas dah bersukaria ngan senang hatinya kat campus, siap berjalan gi open house umah kawan lagi. But klu balik umah huhu boleh ke nk pegang buku and rajin menghadap laptop utk menyiapkan keje2 ku yang agak berlambak nih? Huhu, but ape pun kene balik gak. I believe that my mom mesti tak senang duduk kalau aku tak balik umah this time.. waaaa! Rasa menyesal la plak buat assignment ni last minute. Mmg benci gile but still alhamduliLLAH, this sem my assignment2 sumenye tak macam assignment sem2 lepas.. sbb tak perlu particular sgt n sumenya tatbiqi bukan nazari macam bese. So it's really a good thing for me yang tak berapa suke sgt buat academic things yg so boring nih.. haha. Klu nk dengar and discuss mmg bleh sgt but then klu nk menulis aaaaaaah…. Mmg cek malas. Hehe.. huhu my assignment yang tinggal cume (hmmm cume la sgt..) practical translation and error and discourse analysis. Presentation pun sama… hmmm uh uh.. ya Allah mudahkanla agar aku dapat menyiapkan assignment2 dan membuat presentation dgn baik, ameen… oh oh, about going home, mmg kene gak balik sok.. tapi pas jumaat la I'Allah… (hopefully la sbb selalunya akn balik lagi lambat dari tuh, hehe)
Isnin, 5 Oktober 2009
Nape la jadi cm ni?
Jumaat, 11 September 2009
Berhabuk dan bersawang..
actually baru dapat tau berita sedih.. ayah rahmah telah pulang ke rahmatuLLAH malam tadi, kesian si kecik nih, tahun ni saja 3 family members dia Allah ambil.. ya Allah berilah ketabahan kepadanya dan seluruh ahli keluarganya, ameen.. banyak ujian Allah pada kawan sy nih, dah la baru baik daripada accident hari tuh, ni ada lagi ujian lagi Allah bagi.. moga Allah berimu kekuatan wahai saudaraku.. semoga Allah memberimu pahala yang banyak di atas kesabaranmu yang panjang
Sabtu, 22 Ogos 2009
Ramadhan Kareem
alhamduliLLAH we made to enter the first day of ramadhan.. alhamduliLLAH really glad walaupun huhu i suppose to be back at home so that boleh tarawih n sambut first day sama2 ngan family tapi tak kesampaian sebab hmm kene stay utk training debat.. sori ibu, along tak bleh nk balik minggu nih.. huhu.. tak pe minggu depan bleh balik yay!
waaa tak best nyer mid term tahlil akhta' hari rabu nih, the problem is that huhuhuhu semuan yang ust ajar baru dapat sket je ape yang sy faham huuu.. don't know how to survive this sem... hope and really hope that everything is going to be fine ameeen.. n hopefully i manage to sort out all of my problems... hmmm pening nih.... ku harap kekusutan fikiran ini mampu dileraikan dan sinar baru bakal datang dan menyinar dalam hidupku ini... i really hope that u will come one day and brighten my life, ameen
*alhamduliLLAH finally dah masuk posting yang keseratus.. hehe congrats to me! hehe :)
Selasa, 4 Ogos 2009
Class begins
For current students (yang dh join kelas sem2 lepas)
Venue: HS Lecture Room 17
Time: Tuesday n Thursday (8-10 pm)
For beginners:
Venue: HS LR 17
Time: Monday and Wed (8-10 pm)
jom la join kitorg... mmg best debat nih.. lg2 mmg dapat tolong korg ckp arab ngan lebih baik, honestly speaking based on my experience, this is the fastest and most effective way to improve ur arabic speaking skill. besides bukan setakat tu je, more importantly it teaches you to be critical... and also makes you learn a lot of new things... so sign up and join us!
Khamis, 30 Julai 2009
First Time...
Rabu, 17 Jun 2009
Petanda Baik?
Khamis, 11 Jun 2009
Bahasa Munazharah
ni la ayat madkhal sy:
جزيل الشكر وأوافر تقديري لصاحب المعالي رئيس البرلمان الموقر، أصدقائي من كلا الفريقان، الحكومة والمعارضة ولا
أنسى أعضاء البرلمان الموقرين... أحييكم جميعا فالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
so that's it... ni lah ayat pembuka kata sy yg bese, hehe... sy selalunya gune tariqah yg mudah je, dan tak suka guna ayat bunga2, sbb lambat nk masuk point. Yang penting adalah idea..... itulah yang mengukur kekuatan anda dalam debat.. u know why? Because debate is all about ideas, and also it is a battle of ideas not language.
Rabu, 10 Jun 2009
Put Ur Trust On Yourself
Isnin, 8 Jun 2009
فصبر جميل، إن الله مع الصابرين
1) Arabic Debating Enhancement Workshop
Sebenarnya prog ni melibatkan pelajar kolej. Walaupun peserta tak ramai, tapi alhamduliLLAH prog berjalan dengan lancar dan mendapat feedback yang baik daripada para peserta. Ini merupakan kali pertama sy jadi faci debat. Rasa sangat teruja kerana dapat mencurahkan apa yang sy belajar, tahu dan faham selama terlibat dalam arena perdebatan. Frankly speaking, rasa sgt puas hati kerana dapat mencurahkan apa yang terbuku di dada kerana tak semua yang kita tahu dan faham kita dapat share dengan kawan-kawan seperjuangan kerana tak semuanya satu aliran pemikiran bile bercakap tentang debat nih, so agak sukarlah utk di 'apply' dan diadaptasi. So dengan mengajar org yang tak tahu apa2 la yang paling mudah, kerana mereka tak de basic langsung, jadi mereka dengan mudah menerima kerana mereka nih datang kerana ingin belajar. Bukan utk memuji diri ini pandai, tetapi sgt sukar rasanya apabila satu dua orang saja sealiran kefahaman dengan kita bile berada dalam saf perjuangan. Hasrat hati ini ingin melihat debat arab setanding dengan debat melayu dan inggeris... namun perjalanan masih panjang, perlu perancangan yang rapi dan teliti dan istiqamah yang berpanjangan. Tak mahu melihat debat arab hanya sekadar pelengkap kepada debat-debat lain, tetapi biarlah ia menjadi lebih baik ataupun berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan debat yang lain.
2) 3rd Interclub Debate League
Utk short sem ni, liga tetap dibuat juga... But this time around, kami menggunakan konsep 'mentor mentee'. AlhamduliLLAH utk liga kali ni, my team manage to win four rounds consecutively, (really tak sangka) alhamduliLLAH sangat2... Tapi hidup ni umpama roda, tak selamanya kita akan berada di atas, pastinya ada masakita akan berada di bawah. Minggu lepas, team sy kalah dua kali berturut-turut. Memang agak sedih sebab team kitorg dah buat yang sebaiknya, dan sy rasa itulah antara persembahan terbaik sy utk tahun ni. Hmmm, tak pe2, ape2 pun kene redha dan sabar atas kekalahan ni, sbb kali ni bukan rezeki kitorg. Pasti ada hikmah di sebalik kekalahan ni. Tak pe jgk, sbb kekalahan ni bukan kekalahan yang tak bermaruah sbb kitorg telah berusaha dengan sebaiknya. Minggu ni, minggu terakhir utk liga kali ni. I don't know we still on the first rank or not. Tak pe2, we till have semi final. So kali ni kene usaha lebih lagi. Mesti ade silap dan kurang kat mana2 yang menyebabkan kami tak layak lagi utk memegang takhta kemenangan. Kene baikilah mana2 yng kurang dan lemah nih.
3) Arabic Camp kat SMKA Al-Irsyad.
This is the first time sy diberi tugas sebagai PM... (Program Manager).. Seriously, it's really a tough work. Mmg kene banyak sangat sabar sebab cabarannya bukan sikit. Berhadapan dengan nature of the work itself, dengan org di sekeliling, mmg sedikit sebanyak memberi tekanan. AlhamduliLLAH ramai yang support, directly or indirectly. Terima kasih banyak2....
Banyak lagi cabaran yang menanti di hadapan. Program ni pun belum lagi start sebenarnye, tapi tu lah byk bende nak kene tengok, nk kene monitor dan settlekan. Ya Allah, berilah hambaMu ini kekuatan utk menghadapi cabaran-cabaran yang mendatang dan mudahkanlah ya Rabb.
اللهم لا سهل إلا ما جعلته سهلا وأنت تجعله صعبا إلا شئت سهلا
Isnin, 4 Mei 2009
لي ولكم
أيها الإخوة، فكروا جيدا .... هل نحب الرسول أحب من الآخرين والأشياء الأخرى؟ حيا معا نحب الرسول
Khamis, 30 April 2009
Sidang berakhir....
STAR pula menjadi naib juara... itu semua bagi kategori BM.
Bg kategori BI, SMK Green Road berjaya menjulang gelaran juara manakala SMI Hidayah hanya mampu menjadi naib johan shj.
Itulah keputusan akhir bg Pertandingan Debat Antara Sekolah 2009.
* ok lah, bg yg faham teknikal debat, pasti faham kenapa STAR boleh kalah. Sebenarnya tugas STAR sbg pembangkang ialah melawan kes kerajaan, namun mereka tidak berbuat demikian... walaupun dr segi performance dan hujah bagus, namun tugas asas mereka tidak terlaksana iaitu melawan kes kerajaan. Mk pada sy tidak hairan lah penghakiman juri sebegitu rupe walaupun performance Hidayah tak sebagus STAR. Hmmm, tak pe dik, cube lagi, baiki mutu persembahan korang dan kuasai kemahiran tu dengan lebih baik lagi.
Selasa, 28 April 2009
Kejutan FINAL
Untuk kategori BI plak, SMI Hidayah sekali lagi akan naik ke pentas final, masya ALLAh, hebat sungguh adik2 nih, tak sgka hidayah dapat naik, lawannya sy tak pasti siapa.. hmmmm sekolah harian rasanya.
Final english akan berlangsung malam nih di main audi, dan BM akan berlangsung esok pg di CAC, main hall, for all teams alf mabruk lakum kerana berjaya melayakkan diri ke pentas akhir.
Good luck n buat yang terbaik.
p/s: teringat la plak lagu tema interschool, hanya yang terbaik.. dan kesemua pasukan yg layak ini berjaya membuktikan merekalah yang terbaik antara byk2 pasukan kerana berjaya kekal ke akhir pertandingan :)
Isnin, 27 April 2009
Update I'School
nk tau ape perkara menarik?
1. Kedua2 pasukan SMI Al Hidayah, SMAP Kajang, S Seri Puteri, STAR, Maahad Hamidiah, SBPI Gombak berjaya mara ke double octo... daripada 100 pasukan yg ade mereka berjaya mengekalkan kedudukan di 32 tempat teratas. MCKK? yang layak cume MCKK A sahaja.
2. selepas double octo, Al Hidayah B, SMAP kajang A, SSP due2 teeam, STAR B dan Maahad Hamidiah B berjaya mara ke octo.
3. pasukan yang dijangka ke pusingan kalah mati tak berjaya melayakkan diri, antaranya RMC, and ade lagi lagi skolah yang lain..
4. Kejutan terbesar di double octo ialah, MCKK A tumbang kepada SBPI kubang pasu, huhuhu... klu korang nak tau, MCKK nih dah nek pentas final selama 5 atau 6 kali berturut2.... sehinggalah tahun lepas. Kali ini awal2 lagi sudah tersingkir.... kesian la plak tgk kat budak2 tu, tapi tak nafikan ramai pun tak berapa ske ngan MCKK hehe.... so sgt la seronok bdk2 sekolah lain bile tau MCKK kalah... (haraplah sy tak emo sgt, bese la kalah mng adat pertandingan dan pasti semua org ade nek turun, sekali sekala kene la turun gak kan, asyk mng je, kadang2 menyebabkan kite leka... tak pe dik, usaha lagi)
5. Kejutan kedua terbesar selepas octo, STAR b yang bertemu dengan Seri Puteri A yang sewaktu pusingan awal berada di antara ranking yang teratas daripada 100 pasukan mng dengan juri 2-1 margin 1. ni memang tak dijangka gak la sbb SSP nih pandai rebut, mungkin yng menybabkan diorg kalah ialah diorg tak de kes dirog sendiri... menangis diorg tadi, sy nih dah tgk diorg nangis tak tau nk wat pe, sekadar hanya mampu menunggu dan melihat mereka shj. sorila dek, nk tenangkan korg akak tak berani.... harapnye dr riak muka akak tadi korg tau akak turut bersimpati, tak pe cube lagi next time.
So itulah yang berlaku sepanjang hari ni yang sy tau... hihi
Pastinya perlawan suku akhir sgt sengit besok, sbb pasukan yang hebat2 akan berlawan. Kita tgu dan lihat siapa yang akan mara ke pentas akhir nanti.
p/s: dah tiga hari dgr org debat, dh mule berjangkit dengan ayat2 debat diorg terutama sekali ayat 'tuan yang dipertua' hehe... samapi sekarang terngiang2 lagi.. besela inilah yg terjadi setiap kali berlawan ataupun mendengar org berlawan (debatla heheh)
Rabu, 22 April 2009
Interschool Debating Championship 2009
Bile bercerita pasal interschool, sy sgt bersyukur Allah tkdirkan sy masuk prog nih taun lepas. Inilah yg telah menjadi inspirasi sy masuk debat arab, alhamduliLLAH. Teruja sbb tengok adik2 sekolah petah berdebat dan melontarkan idea serta pendapat diorg... tak takut diorg nih. Bile dah join debat baru tau knp bleh jadi macam tu, hehe.. cume biasala langkah pertama tu mestila takut dan gemuruh serta tak yakin, tapi bile dah beberapa kali debat jadi addicted la plak. haha dh mcm kene dadah la plak. Tak lah bukan dadah tapi sbb rasa best kita dapat bercakap dan argue org ketika berdebat.
Pelik kan, sy nih tgk debat bm n bi n pastu inspired plak dgn dua2 nih tapi sangkut kat arab hehe. Ntah la sy pun tak pasti nape, padahal sy cume pernah tgk debat arab rasanya sekali je sebelum join debat arab, hehe.. bile first time tgk tuh tak rasa teruja pun n tak rasa pun nk join tapi bile dah tgk mcm mn adik2 nih berdebat, br lah dpt fhm sedikit sebanyak mcm mn nk debat dan teknik2 debat, tu yg rasa nk join debat tu, tapi tu la debat arab la plak jadi pilihan. hehe, tapi debat arab pun best, hehe.. pada sy lagi clear klu nk dibanding dengan bhs melayu, yang byk la selok belok bahasa, nk cr poin n tgk keseluruhan struktur perdebatan pun agak kompleks sbb byk main bahasa, yang dah bese main bahasa mmg tak de masalah, tapi sy ni sukar sedikit.. klu english pun tak berapa susah sgt sbb mmg diorg ni jenis direct je, tapi yang susahnya klu guna ayat bombastik, besela, english tak terer mmg la ssh nk fhm... hehe
This time, sape la agaknya bakal menggondol gelaran juara bm n bi... klu tahun lepas STAR mng english, pastu SMAP kajang menang bm, hmm klu juara bertukar tangan pun bagus gak, hehe tapi tak nk la tukar tangan kt MCKK, dah lima kali berturut2 nek pentas final, hehe mintak2 la sekolah lain plak yang nek, teruskan berusaha wahai adik2 pendebat (tua rupenye aku nih hehe)
Jumaat, 10 April 2009
Intro to SOCA
Baru je tamat sesi discussion dengan rumet sy CT, esok kitorg ada exam Intro to Sociology. Br dua jam study dah masak dah otak ni, tapi alhamduliLLAh byk crucial parts kitorg dah lepas. Suara ni pun macam dah nak abis, sakit tekak pun ye sbb byk sgt bende yang kene explained. Kitorg tak sanggup nak teruskan lagi malam ni sbb dua2 ekor ni dah sakit kepala, byk sgt download kat otak nih. Esok exam pukul 3 , so masih ada masa lagi utk berhempas pulas utk study dan baca notes. Moga Allah beri kekuatan kepada kami utk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai nih.
Ada satu bende yang sy nk kongsi dgn korg sume. Dependency theory said that global poverty happens because the high income countries exploited the low income countries by making the low income countries dependent to them.
Selasa, 7 April 2009
Wajah Baru
Rabu, 1 April 2009
Final Exam
Boikot atau tidak Boikot
oleh Maszlee Malek
Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.
Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.
Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.
Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….
Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…
Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…
Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?
Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?
pasted from: palestinkini.info
Khamis, 26 Mac 2009
Sekadar komen
Khamis, 12 Mac 2009
Berita Gembira
Isnin, 2 Mac 2009
International Conference : Youth on Terrorism
Pada hari Khamis dan Jumaat lepas, sy telah berpeluang mewakili UIA bg pihak Arabic Debate Club ke persidangan antarabangsa yg diadakan di Hotel Nikko, KL . Persidangan bertemakan Youth on Terrorism dan UIA telah menghantar kontinjen yg agak besar.. Rasa bertuah kerana dapat mewakili UIA ke persidangan yg agak berprestij ini. Ok lah, basically, pembentangan semua kertas kerja kali ini semuanya berkisar tentang keganasan. Apa itu keganasan, cyber terrorism, case study kat sri lanka, pakistan, chechnya dan filipina, perspektif tentang keganasan dan sebagainya.. mmg menarik dan sangat best. Biasa la bila bercakap tentang keganasan dalam konteks masa kini, pasti ramai yg associate keganasan dengan Islam. Ramai yang terlupa punca kepada segala masalah dalam memahami apa itu keganasan, adalah kepada definisi perkataan keganasan itu sendiri. Perkataan terrorism dimulakan oleh AS dan sekutunya setelah tragedi World Trade Centre yg bertempat di New York pada 9/11. Amerika mencanangkan bahawa ia adalah kerja pengganas Muslim. Sebenarnya War on Terrorism yg dicanangkan US adalah hanya sbg propaganda mereka utk memerangi Islam. Bercerita tentang definisi, ia mmg satu perkara yg rumit utk dibicarakan. Nak ceritakan ni malas la plak, sy cadangkan korang cr sendiri la ye kat internet, definisi USA, UN, Webster dan berbagai lagi lagi organisasi mahupun org persendirian berbeza, tak banyak pun sikit... Basically this conference disertai oleh lebih kurang 200 org daripada beberapa buah negara kebanyakannya negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga. Antaranya, Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, Senegal, Namibia, Syria, Mesir, Sri Lanka, Pakistan, Kanada, Russia dan sebagainya. Overall, mmg conference ni sgt best, dn byk perkara baru yg sy belajar kat sana... Sy dapat mengetahui macam2 pendapat dn pandangan org lain, muslim dan non muslim, dari negara maju mahupun kurang maju tentang keganasan. Persidangan ni pada saya boleh bertindak sbg platform yg baik utk meningkatkan persefahaman antara semua khususnya antara dunia Islam dan bukan Islam. selain tu gak, membantu utk memahami situasi-situasi sukar yg berlaku di kebanyakan negara khasnya negara2 dunia ketiga. Walaupun persidangan ni best tapi tak semuanya bagus, sbb berapa perkara... contohnya penerangan ttg Islam dan konsep jihad tidak dijelaskan oleh org yg berkelayakan walaupun org Islam sendiri yg menerangkannya, sehingga yg bukan Islam beranggapan bhw apa yg disampaikan oleh mereka ni betul (yelah org Islam yg explain) alhamduliLLAH the last session of pembentangan kertas kerja, ada prof dr uia yg jadi panelis.. Dia telah menerangkan pendirian Islam ttg perkara ni dan menerangkan status US tentang perkara ni (keganasan, basically it's just a propaganda)... dan dalam byk2 kertas kerja yg dibentangkan, presentantion dia la yg paling bagus dan best.. bukan sy sorg je ckp, tapi mmg die pnya speech mmg mendapat tepukan gemuruh drpd semua org.. Lecturer yg sy maksudkan ialah Prof Rashid Moten. Kami sbg student UIA time tu mmg bangga gile.. hehe (ye la sapa tak seronok kan?) . Last session kami ialah membuat declaration atau statement hasil daripada perbincangan kami dlm persidangan tu.. dan statement tu akan dihantar ke UNESCO (if i'm not mistaken) iaitu pendirian generasi belia tentang keganasan. Klik kat sini utk baca lebih lanjut tentang resolusi tu. It's not really our resolution, resolution tu disediakan oleh pihak penganjur dan diorg cume mintak persetujuan kitorg je dengan resolusi tu, maka alkisahnya ramai yg protes sebab resolusi tu patutnya hasil perbincangan semua (statement tu yang kitorg nak la mksudnya) tapi organizer ttp tak mau ubah resolusi tu dan menganggap ia tepat kerana walaupun organizer yg tulis, tapi ia tetap hasil report daripada hasil perbincangan peserta ngan panelis dalam sesi2 pembentangan kertas kerja. Huhu, honestly speaking, mmg tak patutla organizer wat cam tu, ia bukan hasil idea kami (utk meletakkan isi dalam resolusi tu) dan betul2 rasa macam peranan kita diketepikan walaupun namanya persidangan belia... moderator sepatutnya hanya bertidak sbg moderator dan tak yah la lebih2. Mmg obvious gile clash antara golongan muda dan veteran time tuh.. (yg veteran conform, yg muda mahukan pembaharuan dan perubahan). Hopefully next time tak berlaku lagi perkara cam ni
Ahad, 15 Februari 2009
Valentine's Day (sape nak baca...)
Where did Valentine's Day come from? (Think naked Romans, paganism, and whips.) What does it cost? And why do we fall for it, year after year? Read on.
Valentine's Day History: Roman RootsMore than a Hallmark holiday, Valentine's Day, like Halloween, is rooted in pagan partying.
The lovers' holiday traces its roots to raucous annual Roman festivals where men stripped naked, grabbed goat- or dog-skin whips, and spanked young maidens in hopes of increasing their fertility, said classics professor Noel Lenski of the University of Colorado at Boulder.
The annual pagan celebration, called Lupercalia, was held every year on February 15 and remained wildly popular well into the fifth century A.D.—at least 150 years after Constantine made Christianity the official religion of the Roman Empire.
"It is clearly a very popular thing, even in an environment where the Christians are trying to close it down," Lenski said. "So there's reason to think that the Christians might instead have said, OK, we'll just call this a Christian festival."
The church pegged the festival to the legend of St. Valentine.
According to the story, in the third century A.D. Roman Emperor Claudius II, seeking to bolster his army, forbade young men to marry. Valentine, it is said, flouted the ban, performing marriages in secret.
For his defiance, Valentine was executed in A.D. 270—on February 14, the story goes.
While it's not known whether the legend is true, Lenski said, "it may be a convenient explanation for a Christian version of what happened at Lupercalia."
retrieved from :nationalgeographic.com
Khamis, 22 Januari 2009
Marah?
Selasa, 20 Januari 2009
Ngantuknyer... :(
Jumaat, 16 Januari 2009
Rabu, 7 Januari 2009
Palestin Mengharap Doa Kita
To all my friends, sy menyeru kepada diri saya sendiri dan anda sume agar tak lupe utk terus dan terus berdoa utk rakyat Palestin.. Percayalah sesungguhnya pasti ia tidak sia-sia kerana Allah Maha Mendengar akan doa-doa hamba-hambaNya walaupun ianya hanyalah sekadar sepotong doa. Yang penting kita istiqamah dalam doa kita... Moga-moga Allah memakbulkan doa kita sume agar menurunkan bantuan dan kemenangan buat rakyat Palestin,ameen......
Selasa, 6 Januari 2009
Mari boikot Coca- Cola, Colgate, Starbucks (penyumbang kepada yahudi)
MELAKA, 21 Sept (Bernama) -- Aman Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meningkatkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memboikot tiga produk barangan pengguna dari Amerika Syarikat (AS) yang diketahui menjadi penyokong kuat Israel.
Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata tiga produk itu ialah Colgate, Coca-Cola dan Starbucks Coffee.
"Kita mahu boikot ke atas tiga barangan ini ditingkatkan kepada semua lapisan masyarakat terutama pelajar kerana pengeluar dan pemilik tiga barangan ini dari AS diketahui memberi sokongan kuat ke atas rejim Zionis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Globalisasi yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia di sini Khamis.
Beliau berkata usul memboikot tiga produk itu telah bermula sejak dua bulan lepas dan ia membawa impak kepada pengeluaran dan pengedaran produk itu di negara ini.
"Saya telah dihubungi oleh pengeluar Coca-Cola yang menyatakan mahu mengadakan pertemuan berhubung usaha kita memboikot barangan mereka," katanya.
Aman Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Kerjaya Malaysia ialah antara beberapa NGO yang telah menyuarakan secara rasmi memboikot ketiga-tiga produk berkenaan.
Beliau berkata sumbangan masyarakat dengan beralih kepada produk lain akan membawa impak besar dalam keamanan sejagat sebagaimana yang dicita-citakan.
Isnin, 5 Januari 2009
Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.
Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:58:05 MYT
Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.
Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.
1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?
Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.
2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?
Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.
Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!
3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?
Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!
4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?
Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.
5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?
Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.
6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?
HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.
7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?
Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.
8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?
Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.
Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...
Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...
Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.