Isnin, 19 Mac 2012

Hala Tuju Pelajar Jurusan Agama - satu introspeksi

Saya tidak mahu membebel panjang, kerana malas hendak memikirkan ayat yang 'proper' untuk ditulis dan ia tidak sepatutnya membantutkan saya untuk menulis apa yang saya fikir. Satu persoalan yang saya kira wajar kita semua dalami dan fikirkan bersama setelah sekian lama kita hidup dalam dunia retorik. Apakah sebenarnya hala tuju kerjaya pelajar jurusan agama?

Nah soalan ini, mungkin tajuk yang agak 'taboo'. Kerana bila dikaitkan kerjaya dengan agama seolah-olah ia tidak boleh disatukan langsung. Dengan alasan, belajar untuk mendapat keredhaan Allah, untuk membawa manusia ke arah jalan yang benar, untuk menjadi ulama' pewaris nabi, untuk mencari ilmu semata-mata dan sebagainya. Justeru apabila mereka ini ditanya: mahu jadi apa bila habis belajar? owh, bab kerja tak mahu fikir lagi. Belajar semata-mata untuk mencari ilmu. Kalau belajar sebab nak kerja, maknanya kita buat kerana sebab dunia. Sedar ataupun tidak, di zaman yang serba moden ini ada satu hakikat yang perlu difahami semua tentang pengajian tinggi. Pengajian tinggi bukanlah hanya semata-mata mendalami sesuatu disiplin ilmu dengan lebih berfokus tetapi ia juga bermatlamatkan kerjaya ataupun menyediakan  jalan-jalan khas untuk memastikan survival seseorang di masa hadapan mengikut minat, kemahuan dan kemampuan mereka.

Atas hakikat yang gagal difahami perkara ini dengan baik, kita gagal memanfaatkan graduan agama kita dengan lebih baik,  lalu apa yang terjadi, kita boleh melihat majoriti pelajar graduan agama hanya sekadar menjadi guru di sekolah. Saya tidak mahu mempertikaikan kepentingan kerjaya guru, namun kita harus faham guru juga adalah profession. Lalu apakah gunanya kita retorikkan pembelajaran ilmu agama di peringkat pengajian tinggi hanya untuk akhirat semata-mata kerana akhirnya pelajar-pelajar ini juga akan bekerjaya tetapi hanya kerana kelulusan yang ada hanyalah ijazah dalam bidang agama, hanya profession guru sahaja yang layak dipilih mereka.Terlalu minoriti jumlah graduan - graduan yang menyambung peringkat ijazah tertinggi akhirnya menjadi seorang yang benar-benar pakar dalam bidang yang didalaminya.

Sudah masanya kita mengorak langkah yang baru iaitu memikirkan hala tuju kerjaya pelajar dalam jurusan agama agar ia menjadi lebih jelas dan pelajar-pelajar ini tahu apa pilihan yang ada di hadapan mereka selepas mereka keluar dari universiti. Justeru, apabila hala tuju jelas maka saya kira mereka akan lebih bersungguh - sungguh dalam pelajaran. Sekiranya diteliti dengan baik perkara ini, saya kira bukan hanya bidang perguruan dan akademik sahaja yang boleh memanfaatkan pelajar jurusan agama, tetapi bidang-bidang lain juga begitu cuma ia masih belum jelas kerana tidak ada pencerahan yang dibuat secara telus tentang perkara ini.

Wallahu 'alam bis sawab

(mood saya : bingung dan frust kerana pelajar jurusan agama kita terlalu sedikit yang mencapai kelas A sehingga mampu menghasilkan kajian ilimiah berkualiti tinggi (ke memang tak ada?), dan saya tidak mahu melihat bidang agama menjadi bidang yang dipandang enteng, sepi dan sipi (tiada kualiti klu nk ikut bahasa sebenarnya... )

Sabtu, 26 November 2011

bahana hlovate

honestly aku mula-mula rasa dia ni perempuan, pastu k beah bagitau dia ni lelaki sebenarnya.. hmmmm.. aku confuse, aku rasa baik aku maintain percaya dia ni perempuan. alkisah aku mula dah sangsi yang sebenarnya dia ni lelaki.. ok itu sangat parah sebab aku memang dah jatuh cinta dengan tulisan dia. laki ke perempuan dia ni? huhuh.. kalau lelaki alhamdulillah lah sebab aku tak jatuh chenta pada jantina yang salah, tapi kalau perempuan tak ke naya namanya? huuuuu...

whatever it is, memang tulisan hlovate dah menambah kamus dewan bahasa dan pustaka al mengarut aku.. hahah, nice tho... ada jugak manusia yang best macam ni kat dunia. alhamdulillah, terima kasih ya Allah.. :)

gara-gara baca novel je aku boleh buat apple cobbler, muahahahahahahaha... walaupun dalam buku tulis peach cobbler tapi aku ade apple je and aku tak suka makan peach dalam tin, rasa dia pelik, heuu...
so aku buat apple cobbler. makasih ya hlovate.

signifikan tulisan dia ni bukan pada jalan cerita sangat pon, sebab jalan cerita dia kebanyakannya selow la, tapi pada gaya bahasa yang basah dan terlalu bersahaja.. i can say, ia menggambarkan personaliti tertentu yang selalunya so cool, sederhana dalam hidup beragama, menghargai kehidupan dan hidup seadanya sebagai makhluk Tuhan yang mulia. uh? bahasa skema la pulak... but it's true, aku baca lima tahun lima bulan, buat aku impressed dgn mamat/minah ni.. obviously dia ni memang tau bab-bab agama tapi bukan daripada buku turath atau buku tarbiyah, tapi tulisan macam harun yahya dan penulis - penulis muslim yang moden. buku Aa + Bb pulak hemmmmmmm.... jap ey, okey la tapi lima tahun lima bulan tu lagi alim la, he.... Aa + Bb bahasa dia gila exaggerate tapi bahasa cam tu la yang buat aku suka tahap giler.. mwahahaha.. Benz Alif n Addin Shah... huh? nak tau baca sendiri. theeeeeee~~~ XD

bende yang paling aku suka, rambling dia best, hikmah yang dia tulis kontemporari, dan yang paling penting bahasa dia paling aku suka!!! petala ke lapan, putus fius, simile luar jangkaan.. walaupun agak sangat tak logik bila semua orang boleh dalam novel die boleh guna gaya bahasa yang sama. ermmm yang ni kene improve lagi. cara mempersonaliti kan watak mesti kene improve lagi. tapi gaya bahasa basah ( aku cuma copy si hlovate ni ckp je ) tu memang sempoi. kalau dia perempuan aku adore nak jadi cam dia, tapi dengan cara aku sendiri. kalau dia lelaki, alamak memang aku rasa cinta berbunga-bunga la... ( ni dah macam kipas susah mati la huhuh )

kenapa aku terlalu suka tulisan dia? sebab aku rasa aku jadi lebih manusia bila baca apa yang dia tulis... ya sebab aku hakikatnya tetap manusia yang memang longing untuk menjadi manusia... :)

Jumaat, 4 November 2011

I'm blank

         Berada di tempat yang mana dia pernah ada satu ketika dulu, membuat hati rasa sebak. Rindu dan rasa kosong, ya... Tidak dinafikan, kerinduan kepada kewujudannya, bait-bait kata nya, buah fikirannya. Ketiadaannya benar-benar meninggalkan satu ruang kosong.

         Oh friend, what should I do? What would you do if you were in my place rite now? Alangkah baiknya kalau saya mampu menyerap dan apply apa yang awak pernah ajarkan saya. Alangkah baiknya kalau saya juga mampu berfikir dan mencari sudut pandang setepat awak. I am lost... 

       

Ahad, 30 Oktober 2011

Good Luck!

I am pretty sure every debaters out there are busy with their intesive training at their respective campuses for the coming 5th ASEAN Inter-varsity Debate Championship that will be held in USIM from 10th until 15th November 2011. Thinking about those my juniors reminds me of my good old days and I believe my fellow seniors and friends would feel the same. Winning and losing, tear and joy, each one of us have our own very special memories and stories.

           Okay enough with reminiscing old time. Now back to the reality. I'm going to talk about you, present debaters whether you are my fellow juniors or my debaters friends in other universities as well. I believe all of you have your own motives joining this debate tournament and this debate arena. Whatever your motives are, I just want you to be clear about it. This path is not an easy one. Many have survived and became great debaters and many made it to stay till the end even though they ended up not winning anything, but they survived and persevere to till the end. But more could not make it. Your motives will determine your commitment in this field. If you are unclear about what you want from debate, you will end up losing your commitment and you will give up. So please ask yourself what is it that you want from this debate. If you are clear about it, insya Allah you'll make it to the end.

           Perkara kedua yang  saya mahu anda semua tahu ialah debat merupakan latihan berfikir kelas tinggi dan ia sendiri seni berfikir kelas tinggi melihatkan kepada 'nature' debat itu sendiri. Disebabkan ia 'tinggi', maka ia menuntut anda semua untuk berusaha keras supaya anda boleh menguasainya dengan baik. Bila saya kata berfikir maknanya bukan bahasa anda yang perlu menjadi fokus utama bila anda berdebat. Isi debat anda yang harus menjadi fokus utama bila anda berdebat.Debat seharusnya menjadikan otak anda aktif. Dengar lawan anda dengan baik, serap ke dalam otak anda lalu bandingkan dengan kes anda. Jangan jadikan debat satu benda yang statik, seharusnya ia panas dan menyeronokkan. Kunci debat yang baik terletak pada diri anda sendiri.

           Ramai yang masuk ke dalam dunia debat hanya sekadar menjadi pendebat biasa, tidak ramai yang berakhir menjadi pendebat hebat. Saya kira untuk menjadi hebat atau tidak terletak pada diri anda sendiri. Mencabar diri untuk menjadi seorang pendebat hebat bisa menggerakkan atur langkah anda menjadi lebih agresif, anda seharusnya menjadi lebih peka dan minda anda akan bergerak sentiasa. Salah satu kunci untuk menjadi pendebat yang baik ialah menguasai kemahiran berfikir secara kritikal (critical thinking). Untuk maju ke depan, jangan menonton debat arab sahaja, video debat melayu dan inggeris juga anda harus tonton. Sambil menonton nilailah sekali video-video tersebut. Dua kategori ini telah maju dengan baik sekali. Ambillah manfaat daripadanya. Ia boleh membantu anda menambah baik kemahiran debat anda.

      Harapan saya agar kalian semua dapat memberikan persembahan yang lebih baik daripada senior-senior yang telah mendahului kalian. Moga kualiti pertandingan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan debat arab maju  ke depan lagi dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan debat bahasa-bahasa lain.

           To all my juniors and friends, current debaters of IIUM I wish you bit taufiq wan najah for this tournament. Semoga kali ini korang dapat bawa pulang piala baru ASEAN. Tiada apa yang mustahil andai korang sungguh-sungguh dan menggunaakan peluang sebaiknya. Good luck and do ur best! We'll keep u in our prayers, insya Allah... :)


Selasa, 18 Oktober 2011

Tahniah kepada semua!

           Alhamdulillah, setelah sepuluh bulan menanti, tamat lah secara rasminya gelaran saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda di UIAM. Pejam celik, sepuluh bulan bukanlah jangka masa yang lama bahkan tempoh enam tahun belajar di sini juga telah berlalu tanpa disedari. Ya, ia sangatlah sekejap walaupun pada mulanya dirasakan sangat lama. Hujung minggu lepas semua bekas pelajar UIAM pulang ke Taman Ilmu dan Budi untuk menggenggam skrol tanda tamat belajar secara rasmi. Suasana seronok dan teruja semuanya dapat dirasakan oleh graduan-graduan. Tidak kurang rasa hiba dan sayu kerana inilah penamat bagi ikatan sebahagian besar graduan dengan Taman Ilmu dan Budi ini, dan juga kerana ia merupakan titik perpisahan dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah sebelum membawa haluan masing-masing.

          Ada yang sudah bekerja, menyambung pengajian di peringkat sarjana, sedang mencari pekerjaan bahkan ada juga yang telah mendirikan rumahtangga. Yang pasti, pasca graduasi bukanlah satu situasi yang mudah kerana disinilah dunia sebenar yang perlu ditempuhi dan cabarannya sangat menduga mental dan emosi. Pada waktu inilah ramai graduan yang akan merasa betapa manisnya waktu belajar di kampus, tanpa tanggungjawab yang perlu difikirkan, tanpa tekanan daripada orang lain, bebas melakukan apa sahaja dan bebas membuat keputusan tanpa perlu menghiraukan banyak perkara. Selepas tamat belajar, macam-macam perkara yang harus difikirkan, karier, berumahtangga, membalas jasa ibu ayah, bayar hutang PTPTN, etc... Pokoknya memang akan berat kepala bila memikirkan semua ini, kalau sudah bekerja lain pula ceritanya. Memang hidup ini bukanlah semudah yang disangka, tetapi semua orang yang mendahului kita telah melaluinya, sekarang giliran kita pula.

          Apa pun cabaran yang mendatang, saya doakan agar kita semua dapat melaluinya dengan baik. Insya Allah khair kulluh. Dan sempena hari bersejarah anda dan saya, saya ucapkan TAHNIAH! atas kejayaan kita semua menamatkan ijazah sarjana muda masing-masing. Yang pasti ilmu, pengalaman, dan kemahiran yang kita timba di Taman Ilmu dan Budi pasti akan disimpan elok-elok dalam lipatan kenangan kita semua. (^_^)

         

Khamis, 6 Oktober 2011

Jewel In The Palace

       I supposed to continue writing about debate, but I am not in the mood to babble about it right now, hehe.. So bear with me ya. If you don't want to you don't have to read this. Ok, so moving on to the topic JEWEL IN THE PALACE. Have you watched this drama? It's korean drama based on the true story of Dae Jang-geum who was the first woman physician in the Korean history. This drama projects Jang-geum's life and turbulences that she faced as a Korean court lady to be until she turned to be the most renowned Royal physician aka doctor in her time. 

       Saya sangat la enjoy tengok cerita ni, sampai sanggup tak tido malam semata-mata nak mengkhatamkan cerita 54 episod ni, walaupun tengok cerita ni lompat-lompat dan skip episod hehehe.. (sebenarnya tak habis tengok lagi pon). Cerita ni memang sangat wajib dipuji dari penulisan skrip, arahan dan lakonan dan pelakon, pokoknya semua lah. Walaupun panjang sangat cerita dia, tak rugi tengok semua episod dia, sebab every episod ada signifikannya tersendiri.

      Jang-geum seorang perempuan yang sangat innocent, sabar, baik hati dan tidak pernah mengalah dalam menghadapi cabaran hidup. Plus, she's clever too. Mahu mencontohi dia yang tidak pernah mengkhianati saat dia dikhianati oleh orang lain, tidak berubah prinsip disaat dia diatas mahupun ditekan. Walaupun langkahnya selalu nampak lemah tapi dia sangat ditakuti kerana kejujurannya dan bakat yang dia ada. Tidak pernah mendengki walaupun ramai orang dengki akannya dan ada orang yang lain selalu lebih daripadanya. Tidak pernah kenal erti putus asa walaupun telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Dan bila berada di puncak kejayaan (lepas dapat gelaran Dae yang bermakna yang The Great dan tawaran cinta maharaja, yelah orang hati mulia dan cantik mestila raja pon suka kan.. hehe ), kejayaan itu tidak pernah mengaburi matanya daripada melihat apa yang dia mahukan dalam kehidupan, hidup dengan insan yang disayangi dan terus berbakti pada masyarakat. Kejayaan juga tidak menjadikan dia seorang yang sombong bahkan masih merendah diri dan terus belajar dan terus belajar untuk memajukan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

     Moral untuk diri sendiri, kalau ditimpa kesusahan dan ujian janganlah putus asa. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluarnya. Manusia akan selalu mengecewakan kita, tapi dalam masa yang sama dia tidak akan meninggalkan kita berseorangan dalam menghadapi ujian yang Dia beri. Andai merasa diri berseorangan, Allah tetap ada dan mengetahui semua masalah kita jadi  teruskan mengadu dengan Dia kerana Dialah yang memahami semuanya dan Dialah sebaik tempat mengadu masalah. Kalau Allah dah beri kejayaan syukurilah dan jangan merasa sombong dengan apa yang telah dikurniakan. Syukurilah dengan sentiasa memanfaatkan apa yang diberi dan memanfaatkannya juga untuk orang lain. Nak jadi permata bukanlah dengan ditatang macam minyak yang penuh tetapi mesti melalui macam-macam proses yang sukar dan menyakitkan. Hanya orang yang sabar sahaja yang akan berhasil menjadi permata yang berkilau dan disayangi semua orang.

Selasa, 27 September 2011

Ada apa dengan debat?

Bismillah

Sudah lama tidak meng'update' blog, kalau boleh diumpamakan macam bilik agaknya dah penuh sawang dah, heheh.. Anyway, sebelum apa-apa, I want to thank all readers for reading my so ordinary blog. Although blog ni tak de pape dan penuh tulisan yang merepek heheh tapi ada juga yang sudi menjengah dan meluangkan masa untuk menziarahi blog yang tidak seberapa ini. Jazakumullahu khairan. I appreciate your visit so much.

Kalau bercakap dengan saya, tak ada apa yang saya boleh bercakap panjang lebar melainkan tentang debat. Heheh, susah la nk berhenti bercakap kalau berbicara pasal debat dan perkara - perkara yang berkaitan dengan debat. It has become my passion and I am an enthusiast of debate. I learnt a lot of things from debate, my life was up and down because of it and I met wonderful people in debate. 

I really propose to all of you to join debate. I know that not everyone suits to be a debater and debate doesn't suit everyone but if you want to have a try, it's really a good thing for you. There are a lot of things that  you might not found in other activities, you can find it in debating. 

1. Knowledge

Knowledge you can find it anywhere or everywhere or in other activities. You might say that not necessarily through debate you may gain knowledge. I do agree with that, but you could not find other effective mechanism for you to gain a lot of knowledge other than debate. In debate, people argue on vast various topics, politics, economics, social, education, sport as well as entertainment. And to win over your opponent, it's not easy unless if you have a lot of information that can give you a thorough insight about the topic you'll be debating on and information that you can use to fight your opponent. You cannot debate if you don't have a lot of information in your head. You can start with zero and later on you'll be reading a lot in order to enable you to debate well. 

to be continued.... (heheh, mata dah ngantuk  (-_____-)zzzzzz )