Isnin, 27 April 2009

Update I'School

dah masuk hari ketiga pertandingan debat antara sekolah... hari ini pusingan kalah mati telah pun bermula yang dimulakan dengan double octo final yang menemukan 32 pasukan... se awal pusingan kalah mati yang bermula hari ini, pelbagai perkara menarik yang berlaku pada hari ni..

nk tau ape perkara menarik?

1. Kedua2 pasukan SMI Al Hidayah, SMAP Kajang, S Seri Puteri, STAR, Maahad Hamidiah, SBPI Gombak berjaya mara ke double octo... daripada 100 pasukan yg ade mereka berjaya mengekalkan kedudukan di 32 tempat teratas. MCKK? yang layak cume MCKK A sahaja.

2. selepas double octo, Al Hidayah B, SMAP kajang A, SSP due2 teeam, STAR B dan Maahad Hamidiah B berjaya mara ke octo.

3. pasukan yang dijangka ke pusingan kalah mati tak berjaya melayakkan diri, antaranya RMC, and ade lagi lagi skolah yang lain..

4. Kejutan terbesar di double octo ialah, MCKK A tumbang kepada SBPI kubang pasu, huhuhu... klu korang nak tau, MCKK nih dah nek pentas final selama 5 atau 6 kali berturut2.... sehinggalah tahun lepas. Kali ini awal2 lagi sudah tersingkir.... kesian la plak tgk kat budak2 tu, tapi tak nafikan ramai pun tak berapa ske ngan MCKK hehe.... so sgt la seronok bdk2 sekolah lain bile tau MCKK kalah... (haraplah sy tak emo sgt, bese la kalah mng adat pertandingan dan pasti semua org ade nek turun, sekali sekala kene la turun gak kan, asyk mng je, kadang2 menyebabkan kite leka... tak pe dik, usaha lagi)

5. Kejutan kedua terbesar selepas octo, STAR b yang bertemu dengan Seri Puteri A yang sewaktu pusingan awal berada di antara ranking yang teratas daripada 100 pasukan mng dengan juri 2-1 margin 1. ni memang tak dijangka gak la sbb SSP nih pandai rebut, mungkin yng menybabkan diorg kalah ialah diorg tak de kes dirog sendiri... menangis diorg tadi, sy nih dah tgk diorg nangis tak tau nk wat pe, sekadar hanya mampu menunggu dan melihat mereka shj. sorila dek, nk tenangkan korg akak tak berani.... harapnye dr riak muka akak tadi korg tau akak turut bersimpati, tak pe cube lagi next time.

So itulah yang berlaku sepanjang hari ni yang sy tau... hihi

Pastinya perlawan suku akhir sgt sengit besok, sbb pasukan yang hebat2 akan berlawan. Kita tgu dan lihat siapa yang akan mara ke pentas akhir nanti.

p/s: dah tiga hari dgr org debat, dh mule berjangkit dengan ayat2 debat diorg terutama sekali ayat 'tuan yang dipertua' hehe... samapi sekarang terngiang2 lagi.. besela inilah yg terjadi setiap kali berlawan ataupun mendengar org berlawan (debatla heheh)

Tiada ulasan: