Rabu, 17 Jun 2009

Petanda Baik?

Nampaknya harga minyak semakin naik, sehingga setakat ini telah mencecah 70 dollar setong... sejak jatuh menjunam hujung tahun lepas sehingga jatuh ke tahap serendah kurang daripada 40 dollar setong. Semuanya berpunca daripada krisis subprima di US, maka setelah itu, setelah itu harga minyak pula jatuh menjunam, dan banyak syarikat besar mula mengalami kebankrapan. US mengalami deflasi yang paling teruk kerana kejatuhan US dollar yang agak teruk. Seluruh dunia terkesan dengan kejatuhan ekonomi US lebih-lebih lagi negara-negara yang banyak bergantung kepada US dari segi ekonomi. Semenjak akhir-akhir ini, harga minyak mula menunjukkan kenaikan sedikit demi sedikit dan dijangka kenaikan ini akan berterusan. Sy mula tertanya-tanya, adakah ia merupakan petanda yang menunjukkan bahawa ekonomi dunia sedang pulih?

1 ulasan:

perMysuri berkata...

ekonomi amerika kot yg makin pulih nanti..hee.

dunia takle dimengertikan hanya kerana kebergantungan thdp US. nama je kuasa besaq tapi besaq kepala je rupenye US nih.

*my 2 cents*