Sabtu, 14 Jun 2008

Pelik dan hairan.. (sekadar renungan)

AlhamduliLLAH exam hari ni boleh jawab ngan baik, moga2 Allah beri kejayaan buat saya dan kawan-kawan yg lain... Habis exam pukul sebelas tadi, sy dan kawan saya brunch di cafe (hehe bukan pe, tak sempat nak jamah sarapan pg tadi sebab kene keluar awl dan ada masalah yg perlu diselesaikan). Sebaik sahaja kami sampai di cafe, ternampak ada dua org hamba Allah yg berlainan jantina duduk berhadapan... suasana ni biasala kan di uia ni, sepatutnya dah tak yah nk dihairankan tapi berbeza pula dgn pasangan ni.Sedih melihatkan mereka (+meluat dan menyampah, huhu tak baikkan?) . Tapi itulah yang saya rasa.Yg si perempuan bertudung litup dan labuh, tapi boleh pulakla dating ngan lelaki.. Pelik sebenarnya kalau difikirkan. Kalau tudung pendek tu ma'qul la jugak kalau nk wat cam tu tapi ini tak, yg wat keje tu org yg pakai tudung labuh. Mari kita selongkar kenapa ini terjadi. Tudung ialah perkara wajib bg perempuan dan minima kepanjangan tudung ialah hingga menutupi paras dada. Itu yang minima, yg maksima tak de had. Namun ape sebenarnya falsafah yg perlu dipegang bile kita memakai tudung labuh. Bukan bermaksud untuk membezakan antara yg memakai tudung kurang besar dgn tudung besar, tudung hakikatnya tidak menggambarkan peribadi yg sebenar tetapi bila memakai tudung yang labuh perangai kene lagi senonoh dan terjaga kerana bila labuh ia lebih memelihara aurat dan menunjukkan kita lebih prihatin dalam melaksanakan tuntutan agama. Justeru wajarlah perlakuan kita lebih terjaga dan terkawal bile mana tudung labuh dipakai utk menjaga aib. Namun bile ini terjadi, ia sekaligus memecahkan tembelang sendiri dan menunjukkan ketidakkonsistensi dalam beragama, hanya sekadar di pakaian sahaja, namun mu'malah diabaikan. Bukan shj mencalarkan nama baik diri sendiri, bahkan semua yang terkait dengannya, ibubapa,kuliah, universiti etc. Nasihat untuk saya dan kawan yg lain, tudung itu tidak menunjukkan siapa kita sebenarnya tetapi bila mana diri kita baik maka kita akan memakainya. Sepatutnya ia menjadi benteng buat kita daripada terjebak ke dalam perkara2 yg tidak elok kerana ia menimbulkan rasa malu dalam diri kita utk memabuat maksiat, sekaligus merosakkan imej tudung labuh. Cukuplah setakat ini dahulu, maaf kerana terlau meleret dan ayat kelam-kabut... hanya itulah yg saya mampu nukilkan buat renungan kita bersama.

Tiada ulasan: