Sabtu, 14 Jun 2008

Pedulilah akan keadaan umat wahai pemuda-pemudiku

Ptg semalam, saya dan adik-adik makan dengan ibu. Sambil menjamah makanan, byk isu yg kami bincangkan, mainly pasal politik tanah air. Situasi sekarang cukup menekan kerana kenaikan harga minyak dan harga beras dunia. Semua terkesan dengan kenaikan tersebut tanpa ada yang tertinggal. Dengan kenaikan ini sudah pasti yg pasti sangat merasa terbeban ialah golongan yang berpendapatan rendah. Dahla gaji rendah terpaksa mengikat perut lagi... Kesian dengan mereka.. Golongan yg berpendapatan sederhana pun tidak turut mengalami hal yg sama, terpaksa mengurangkan yg macam-macam jenis perbelanjaan yg tidak dirasakan sangat perlu. Dahla situasi rakyat tertekan dengan kenaikan minyak yg dulu dan macam-macam lagi kenaikan, ditambah lagi dengan perkara sekarang... Rakyat ditekan dan semakin ditekan. Dahla memang tertekan, ada pulak disuruh ubah cara hidup jadi lebih berjimat, bayangkan yg bercakap sedemikian ialah orang yg hidupnya sanat la mewah, makan sehari bekali-kali ganda mewahnya dr org lain.. memang tak patut. Klu org yg cakap tu hidupnya sgt sederhana tak pe la, ini tidak, suruh org lain bersusah tapi diri sendiri masih bersenang lenang atas titik peluh rakyat. Inilah wajah pemimpin-pemimpin hari ini, sangat menzalimi rakyat... Bukan setakat itu agama mereka turut tidak diambil perhatian dan mereka disesatkan dgn pelbagai macam keseronokan dunia yg membawa kepada kerosakan.Lebih malang lagi, ramai pemuda-pemudi negara tidak sedar akan hal ini. Budaya hedonisme yg disogokkan kepada mereka, menyebabkan mereka lalai dan tidak kisah akan hal yang menimpa masyarakat, padahal diri mereka ibu ayah dan keluarga mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Tenaga mereka yg masih kuat dan jiwa yg penuh dengan semangat telah disalurkan ke jalan yg salah... jalan yg melemahkan pemikiran, kematangan, idealisme, dan sifat- sifat yg baik. Jalan itu ialah budaya berseronok. Lantaran itu, mereka tidak kisah akan hal umat dan perkara-perkara lain yg lebih penting dan tidak rasa utk bangkit menolong mereka. Fenomena ini sangat menyedihkan kita kerana ia memberi gambaran kepada kita wajah pemimpin akan datang. Wahai sahabat-sahabatku, janganlah kita leka dengan keseronokan masa muda, kerana dalam masa yang sama masyarakat memerlukan keprihatinan ,khidmat tenaga dan idea kita utk membela mereka... kita kene mencari ilmu dan memenuhkan fikiran kita dengan info2 semasa... Tetapi awas, kebenaran informasi wajib dititik beratkan agar pemikiran tidak mudah tertipu... Banyakkanlah merenung dan berfikir bukan setakat tentang diri sendiri, tetapi juga tentang orang lain... Inilah masa utk kita mempersiapkan diri utk berkhidmat buat mereka dengan sebaiknya di masa akan datang. Dan dalam masa sekarang, sumbangkanlah dengan sedaya yg mungkin utk tolong umat,yg boleh menulis berjuanglah dengan pena, yg boleh berkorban tenaga silakan gunakan tenaga anda, begitu juga harta dan idea atau apa-apa saja. i'Allah tidak ada ruginya kita mengorbankan masa muda kita utk org lain, bahkan akan menjadikan kita lebih matang dan menjadikan hidup lebih bermakna ditambah lagi dengan ganjaran pahala yang bertimbun-timbun dari Allah. Janganlah kita hidup untuk diri kita saja kerana ia tidak ke mana bahkan merugikan diri sendiri... Jadilah kita org yg 'live for the ummah'.. Maafkan sy sekiranya tulisan ini tidak teratur gayanya.. hanya dinukil oleh insan biasa yang tiada kelebihan.

Tiada ulasan: