Khamis, 19 Jun 2008

Akeelah and the Bee

minggu lepas, saya menonton movie yang bertajuk Akeelah and the bee. Citer ni pada saya sangat best, walaupun pada awalnya agak boring. Sebenarnya banyak kali dah tengok citer ni, tapi sy ni susah nk boring klu citer tu best bg saya. Tapi skrg dah boring la sebab dah byk kali sgt menonton cite tu. Citer ni mengisahkan tentang seorang budak perempuan yg bernama Akeelah, die ni black American tapi bukan muslim walaupun gaya namanya menyerupai nama muslim. Die ni pandai spelling dan die suka main scrabble. Ayahnya dah meninggal ditembak, jadi die cume ade ibu dan adik beradik yang lain.. Tak pasti la adik beradik die ni berapa ramai tapi die ni bongsu. Satu hari dia join spelling bee kt sekolah, tapi die masuk sebab terpaksa..Akeelah menang bee tersebut.. pastu die masuk peringkat zon n layak masuk regional. dapat no 3 pastu layak masuk national spelling bee yg memang merupakan impiannya.. bukan senang nak lepas sampai national sebab words yg disuruh eja memang power2.. yg sy igt antaranya psalmody, pastiche, tak igt dah la.. tapi yg kat national byk la yg sy igt cam filiopietistic, argillaceous, scheherezadian, merovingian, pulchritude, logorrhea.. byk lagi la huhu.. mmg best la tgk sebab diorg ni budak kecik (bawah umur) tapi bleh eja word2 tu... nk tau ape jadi? Akeelah menang spelling bee tu ngan sorang lagi budak cina... diorang jadi co-champion lepas diorang dapat eja sume word yg diberi tanpa salah and 25 champion word yg tak de sape dapat lepas yg tak pernah tercatit dalam sejarah spelling bee tu. Sy cerita ni bukan sekadar nk share tentang cerita tu je, tapi juge perkara yg sy pelajari daripada cerita tu... Akeelah ni die tak de kelebihan sangat cume die pandai spelling n tak silap bile mengeja.. so after training berbulan-bulan die bleh jadi juara walaupun baru pertama kali join competition tu.. so ape pengajarannya? Klu die yg hanya diberikan sekadar satu kelebihan tapi bleh bangkit jadi org berjaya apatah lagi kita yg bukan sekadar ada satu kelebihan bahkan 3, 4 mungkin atau lebih... so ape yg kita patut buat? Asah kelebihan kita dan gilap sebaiknya. Klu nk gilap mcm2 cara la cume kita yg kene cari cara tu dan beranilah mencuba... Lepas dah gilap ape nk buat? Adakah kita hanya setakat duduk diam saja menikmati kejayaan sorang2? Itu bukan caranya klu kita seorang muslim.. kelebihan yang ada pada kita, kita gunakan utk sumbang pada Islam dan ummah.. mcm2 bentuk sumbangan dan peranan yg kita bleh mainkan dengan potensi kita.. contoh mudah, seseorang yang ada kelebihan utk berpidato di khalayak ramai boleh menjadikan pidato sebagai medan utk menyampaikan dakwah... Yg len kita bleh berfikir sendiri... marilah kita mujahadah sama-sama untuk majukan diri sendiri supaya kita dapat tolong agama kita yg mulia ini dan juga saudara-saudara muslim kita yg len

Seronoknya...

AlhamduliLLAH exam dah abis.. rase best sebab tak yah rasa gelabah baca buku lagi. Yang tinggal cuma rasa gerun dan berdebar tunggu result keluar. Ntah berapala yang saya dapat nanti. Hopefully result yg keluar tak mengecewakan hati ibu dan ayah saya. Yang saya mampu usahakan sekarang hanyalah berdoa dan tawakkal pada Allah. Semoga Allah memberi kejayaan dalam exam kali ini.. Ameen.

Selasa, 17 Jun 2008

Selamat Berjuang

Minggu final exam telah pun bermula.. pastinya sume yg mengambil short sem sedang bergelut dalam minggu ni... Sy pnye last paper esok (tapi sempat lagi blogging kan hehe).. sy ucapkan selamat berjuang buat teman-teman yg amik exam dan juga buat sume warga uia yg bergelar student... semoga Allah memberikan kita kejayaan dalam exam kali ini, ameen... ;)

Sabtu, 14 Jun 2008

Pedulilah akan keadaan umat wahai pemuda-pemudiku

Ptg semalam, saya dan adik-adik makan dengan ibu. Sambil menjamah makanan, byk isu yg kami bincangkan, mainly pasal politik tanah air. Situasi sekarang cukup menekan kerana kenaikan harga minyak dan harga beras dunia. Semua terkesan dengan kenaikan tersebut tanpa ada yang tertinggal. Dengan kenaikan ini sudah pasti yg pasti sangat merasa terbeban ialah golongan yang berpendapatan rendah. Dahla gaji rendah terpaksa mengikat perut lagi... Kesian dengan mereka.. Golongan yg berpendapatan sederhana pun tidak turut mengalami hal yg sama, terpaksa mengurangkan yg macam-macam jenis perbelanjaan yg tidak dirasakan sangat perlu. Dahla situasi rakyat tertekan dengan kenaikan minyak yg dulu dan macam-macam lagi kenaikan, ditambah lagi dengan perkara sekarang... Rakyat ditekan dan semakin ditekan. Dahla memang tertekan, ada pulak disuruh ubah cara hidup jadi lebih berjimat, bayangkan yg bercakap sedemikian ialah orang yg hidupnya sanat la mewah, makan sehari bekali-kali ganda mewahnya dr org lain.. memang tak patut. Klu org yg cakap tu hidupnya sgt sederhana tak pe la, ini tidak, suruh org lain bersusah tapi diri sendiri masih bersenang lenang atas titik peluh rakyat. Inilah wajah pemimpin-pemimpin hari ini, sangat menzalimi rakyat... Bukan setakat itu agama mereka turut tidak diambil perhatian dan mereka disesatkan dgn pelbagai macam keseronokan dunia yg membawa kepada kerosakan.Lebih malang lagi, ramai pemuda-pemudi negara tidak sedar akan hal ini. Budaya hedonisme yg disogokkan kepada mereka, menyebabkan mereka lalai dan tidak kisah akan hal yang menimpa masyarakat, padahal diri mereka ibu ayah dan keluarga mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Tenaga mereka yg masih kuat dan jiwa yg penuh dengan semangat telah disalurkan ke jalan yg salah... jalan yg melemahkan pemikiran, kematangan, idealisme, dan sifat- sifat yg baik. Jalan itu ialah budaya berseronok. Lantaran itu, mereka tidak kisah akan hal umat dan perkara-perkara lain yg lebih penting dan tidak rasa utk bangkit menolong mereka. Fenomena ini sangat menyedihkan kita kerana ia memberi gambaran kepada kita wajah pemimpin akan datang. Wahai sahabat-sahabatku, janganlah kita leka dengan keseronokan masa muda, kerana dalam masa yang sama masyarakat memerlukan keprihatinan ,khidmat tenaga dan idea kita utk membela mereka... kita kene mencari ilmu dan memenuhkan fikiran kita dengan info2 semasa... Tetapi awas, kebenaran informasi wajib dititik beratkan agar pemikiran tidak mudah tertipu... Banyakkanlah merenung dan berfikir bukan setakat tentang diri sendiri, tetapi juga tentang orang lain... Inilah masa utk kita mempersiapkan diri utk berkhidmat buat mereka dengan sebaiknya di masa akan datang. Dan dalam masa sekarang, sumbangkanlah dengan sedaya yg mungkin utk tolong umat,yg boleh menulis berjuanglah dengan pena, yg boleh berkorban tenaga silakan gunakan tenaga anda, begitu juga harta dan idea atau apa-apa saja. i'Allah tidak ada ruginya kita mengorbankan masa muda kita utk org lain, bahkan akan menjadikan kita lebih matang dan menjadikan hidup lebih bermakna ditambah lagi dengan ganjaran pahala yang bertimbun-timbun dari Allah. Janganlah kita hidup untuk diri kita saja kerana ia tidak ke mana bahkan merugikan diri sendiri... Jadilah kita org yg 'live for the ummah'.. Maafkan sy sekiranya tulisan ini tidak teratur gayanya.. hanya dinukil oleh insan biasa yang tiada kelebihan.

Pelik dan hairan.. (sekadar renungan)

AlhamduliLLAH exam hari ni boleh jawab ngan baik, moga2 Allah beri kejayaan buat saya dan kawan-kawan yg lain... Habis exam pukul sebelas tadi, sy dan kawan saya brunch di cafe (hehe bukan pe, tak sempat nak jamah sarapan pg tadi sebab kene keluar awl dan ada masalah yg perlu diselesaikan). Sebaik sahaja kami sampai di cafe, ternampak ada dua org hamba Allah yg berlainan jantina duduk berhadapan... suasana ni biasala kan di uia ni, sepatutnya dah tak yah nk dihairankan tapi berbeza pula dgn pasangan ni.Sedih melihatkan mereka (+meluat dan menyampah, huhu tak baikkan?) . Tapi itulah yang saya rasa.Yg si perempuan bertudung litup dan labuh, tapi boleh pulakla dating ngan lelaki.. Pelik sebenarnya kalau difikirkan. Kalau tudung pendek tu ma'qul la jugak kalau nk wat cam tu tapi ini tak, yg wat keje tu org yg pakai tudung labuh. Mari kita selongkar kenapa ini terjadi. Tudung ialah perkara wajib bg perempuan dan minima kepanjangan tudung ialah hingga menutupi paras dada. Itu yang minima, yg maksima tak de had. Namun ape sebenarnya falsafah yg perlu dipegang bile kita memakai tudung labuh. Bukan bermaksud untuk membezakan antara yg memakai tudung kurang besar dgn tudung besar, tudung hakikatnya tidak menggambarkan peribadi yg sebenar tetapi bila memakai tudung yang labuh perangai kene lagi senonoh dan terjaga kerana bila labuh ia lebih memelihara aurat dan menunjukkan kita lebih prihatin dalam melaksanakan tuntutan agama. Justeru wajarlah perlakuan kita lebih terjaga dan terkawal bile mana tudung labuh dipakai utk menjaga aib. Namun bile ini terjadi, ia sekaligus memecahkan tembelang sendiri dan menunjukkan ketidakkonsistensi dalam beragama, hanya sekadar di pakaian sahaja, namun mu'malah diabaikan. Bukan shj mencalarkan nama baik diri sendiri, bahkan semua yang terkait dengannya, ibubapa,kuliah, universiti etc. Nasihat untuk saya dan kawan yg lain, tudung itu tidak menunjukkan siapa kita sebenarnya tetapi bila mana diri kita baik maka kita akan memakainya. Sepatutnya ia menjadi benteng buat kita daripada terjebak ke dalam perkara2 yg tidak elok kerana ia menimbulkan rasa malu dalam diri kita utk memabuat maksiat, sekaligus merosakkan imej tudung labuh. Cukuplah setakat ini dahulu, maaf kerana terlau meleret dan ayat kelam-kabut... hanya itulah yg saya mampu nukilkan buat renungan kita bersama.

Khamis, 12 Jun 2008

Sesal Pendapatan Sesal Kemudian Tidak Berguna

Semalam, sebaik sahaja sy dapat mengaktifkan wireless, sy mendapat panggilan drpd ibu saya. Sy mengangkat telefon tanpa syak wasangka (huhu terukkan bunyinya). Ibu saya bertanyakan perihal tarikh exam... sy menjawab hr jumaat ni. Ibu tanya lagi "dah baca buku belum?" Sy menjawab , "belum" . Ape lagi, kene smash la saya lepas tu.. This time punye smash mmg sakit gile ar, tapi saya dengar je la dan tak membalas. Dalam hati, sy memberontak, tapi nk memberontak lebih-lebih tu tak boleh la, sebab mmg saya tak study sgt pun sem ni. Frust tu mmg frust gile la, bukan sebab pe, asyik kene peluru berpandu je... huhu mana tak sedih. Tapi sy tahu masih belum terlambat untuk memperbaiki keadaan. Sy berazam utk naikkan markah saya dalam final exam ni.... utk menyesal kerana tak buat sungguh-sungguh dalam test yg lepas-lepas memang dah tak gune, tapi ade lagi yg saya boleh usahakan utk final besok dan mgu depan. Tapi harapan itu hanya tinggal harapan dan angan-angan sekiranya tak ada usaha, doa dan tawakal yg berterusan ... Semoga Allah mudahkan bg sy dan kawan-kawan sy yg lain ketika jawab exam esok.. Rabbi yassir umuurana wa la tu'assir, ameen....

Selasa, 10 Jun 2008

penatnya...

penatnya hari ni, tapi bukan buat ape pun... maybe siang tadi waktu configure wirelsss iiu tu, otak aku dah jadi tepu sangat sebab asyik tak dapat. jenuhla klik sana, klik sini... tapi tak jadi2 jugak ngong jugak la tadi. ikut iziana balik bilik die, terus aku terbungkam, collapse.. hehe. ni pun rase ngantuk banget tapi masih bleh bertahan sebab nk wat keje yg perlu dibereskan, tapi alhamduliLLah, dah setel. esok ade presentation, moga-moga Allah mudahkan..ameen

Ahad, 8 Jun 2008

alhamduliLLAH

Hari ni, suhaili datang bilik aku, ngan kak fizah and kak liana.. kitorang ade qiam malam td. Buat kat surau halimah.. pg tadi terbangun paling lambat sebab tido lambat sangat.. apela dah tau nak qiam sok pg ngade2 tido lambat. mmg agak ngong jugak la pagi tadi.. tp tk de la teruk sangat. Yela, bukan ape, syok sangat sembang ngan suhaili.. alhamduliLLAH dapt gak jumpe die, pastu pg tdi die lepak bilik aku, ptg pi bilik k nani... huhu td ni br balik, penat gle.. bkn pe jauh sangat jalan. Ape ye yg aku byk merepek ni... ntahla, badan tgh penat senanye.. ALahmduliLLAh hari ni berjalan ngan baik dan byk bende Allah mudahkan, alhamduliLLAH. Rase malu sebab ari ni byk wat salah, tak gune mase dgn baik, tak byk solat sunat (dhuha pun tinggal) pastu byk ngumpat org lagi.. huhu banyaknye... Pg td, kuliah subuh disampaikan oleh k Islah. Tajuknye biase je, tak de la gempak tapi sangat menarik perhatian aku. Tajuk kuliah berkisar tentang Asiah isteri firaun. Kire ade sebahagian persoalan aku terjawb ari ni. Aku pernah tertanye2 pasal Asiah ni, nape Allah angkat darjat die hingga darjat wanita sempurna sedangakan die seorang yang kaya, jelita, permaisuri and so on so forth.. Tetapi bagaimane Allah boleh letak die dalam keadaan begitu sedangkan die tidak hidup susah... jawapannya adalah, dalam keadaan satu negara mesir tidak beriman pada Allah dan tunduk kepada suaminya firaun
tapi die tidak menerima realiti itu. Asiah telah menggunakan akalnye dengan baik hingga die yakin bhw adanya Tuhan yg Maha Sempurna dan tidak membenarkan suruhan dan kata2 suaminya itu. Nabi Musa pulang ke pangkuan Asiah setelah diangkat menjadi Rasul. Asiah beriman dengan risalah Musa a.s tanpa ragu, gentar, dan takut kerana die yakin sudah menjumpai jawapan kepada persoalan yang dicari. Bayangkanla, die sanggup berhadapan dengan suminye yang sombong dan sangat angkuh itu dan tak takut dengan hukuman yang firaun bakal timpakan ke atasnye. Firaun menyeksa Asiah dengan seksaan yg sgt berat semata2 untuk mengembalikan Asiah kepada agama ciptaannye. Asiah sanggup meninggalkan kesenangan yg dimilikinya dan segala kemewahan dunia hanya semata2 untuk Allah Baginye dunia ini tidak ade nilai berbanding dengan hidup di bawah agama Allah dan rahmatNYA... Asiah mempertahankan keimanannya dengan sedaya yang mungkin hingga menyebabkan dirinya terkorban. Dalam keadaan diseksa berhari2, imannya tak goyah dan tetap teguh. Itulah yg menyebabkan Allah memilihnya sebagai antara wanita terbaik dunia dan menjadi contoh tauladan buat ummah.