Jumaat, 4 November 2011

I'm blank

         Berada di tempat yang mana dia pernah ada satu ketika dulu, membuat hati rasa sebak. Rindu dan rasa kosong, ya... Tidak dinafikan, kerinduan kepada kewujudannya, bait-bait kata nya, buah fikirannya. Ketiadaannya benar-benar meninggalkan satu ruang kosong.

         Oh friend, what should I do? What would you do if you were in my place rite now? Alangkah baiknya kalau saya mampu menyerap dan apply apa yang awak pernah ajarkan saya. Alangkah baiknya kalau saya juga mampu berfikir dan mencari sudut pandang setepat awak. I am lost... 

       

Ahad, 30 Oktober 2011

Good Luck!

I am pretty sure every debaters out there are busy with their intesive training at their respective campuses for the coming 5th ASEAN Inter-varsity Debate Championship that will be held in USIM from 10th until 15th November 2011. Thinking about those my juniors reminds me of my good old days and I believe my fellow seniors and friends would feel the same. Winning and losing, tear and joy, each one of us have our own very special memories and stories.

           Okay enough with reminiscing old time. Now back to the reality. I'm going to talk about you, present debaters whether you are my fellow juniors or my debaters friends in other universities as well. I believe all of you have your own motives joining this debate tournament and this debate arena. Whatever your motives are, I just want you to be clear about it. This path is not an easy one. Many have survived and became great debaters and many made it to stay till the end even though they ended up not winning anything, but they survived and persevere to till the end. But more could not make it. Your motives will determine your commitment in this field. If you are unclear about what you want from debate, you will end up losing your commitment and you will give up. So please ask yourself what is it that you want from this debate. If you are clear about it, insya Allah you'll make it to the end.

           Perkara kedua yang  saya mahu anda semua tahu ialah debat merupakan latihan berfikir kelas tinggi dan ia sendiri seni berfikir kelas tinggi melihatkan kepada 'nature' debat itu sendiri. Disebabkan ia 'tinggi', maka ia menuntut anda semua untuk berusaha keras supaya anda boleh menguasainya dengan baik. Bila saya kata berfikir maknanya bukan bahasa anda yang perlu menjadi fokus utama bila anda berdebat. Isi debat anda yang harus menjadi fokus utama bila anda berdebat.Debat seharusnya menjadikan otak anda aktif. Dengar lawan anda dengan baik, serap ke dalam otak anda lalu bandingkan dengan kes anda. Jangan jadikan debat satu benda yang statik, seharusnya ia panas dan menyeronokkan. Kunci debat yang baik terletak pada diri anda sendiri.

           Ramai yang masuk ke dalam dunia debat hanya sekadar menjadi pendebat biasa, tidak ramai yang berakhir menjadi pendebat hebat. Saya kira untuk menjadi hebat atau tidak terletak pada diri anda sendiri. Mencabar diri untuk menjadi seorang pendebat hebat bisa menggerakkan atur langkah anda menjadi lebih agresif, anda seharusnya menjadi lebih peka dan minda anda akan bergerak sentiasa. Salah satu kunci untuk menjadi pendebat yang baik ialah menguasai kemahiran berfikir secara kritikal (critical thinking). Untuk maju ke depan, jangan menonton debat arab sahaja, video debat melayu dan inggeris juga anda harus tonton. Sambil menonton nilailah sekali video-video tersebut. Dua kategori ini telah maju dengan baik sekali. Ambillah manfaat daripadanya. Ia boleh membantu anda menambah baik kemahiran debat anda.

      Harapan saya agar kalian semua dapat memberikan persembahan yang lebih baik daripada senior-senior yang telah mendahului kalian. Moga kualiti pertandingan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan debat arab maju  ke depan lagi dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan debat bahasa-bahasa lain.

           To all my juniors and friends, current debaters of IIUM I wish you bit taufiq wan najah for this tournament. Semoga kali ini korang dapat bawa pulang piala baru ASEAN. Tiada apa yang mustahil andai korang sungguh-sungguh dan menggunaakan peluang sebaiknya. Good luck and do ur best! We'll keep u in our prayers, insya Allah... :)


Selasa, 18 Oktober 2011

Tahniah kepada semua!

           Alhamdulillah, setelah sepuluh bulan menanti, tamat lah secara rasminya gelaran saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda di UIAM. Pejam celik, sepuluh bulan bukanlah jangka masa yang lama bahkan tempoh enam tahun belajar di sini juga telah berlalu tanpa disedari. Ya, ia sangatlah sekejap walaupun pada mulanya dirasakan sangat lama. Hujung minggu lepas semua bekas pelajar UIAM pulang ke Taman Ilmu dan Budi untuk menggenggam skrol tanda tamat belajar secara rasmi. Suasana seronok dan teruja semuanya dapat dirasakan oleh graduan-graduan. Tidak kurang rasa hiba dan sayu kerana inilah penamat bagi ikatan sebahagian besar graduan dengan Taman Ilmu dan Budi ini, dan juga kerana ia merupakan titik perpisahan dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah sebelum membawa haluan masing-masing.

          Ada yang sudah bekerja, menyambung pengajian di peringkat sarjana, sedang mencari pekerjaan bahkan ada juga yang telah mendirikan rumahtangga. Yang pasti, pasca graduasi bukanlah satu situasi yang mudah kerana disinilah dunia sebenar yang perlu ditempuhi dan cabarannya sangat menduga mental dan emosi. Pada waktu inilah ramai graduan yang akan merasa betapa manisnya waktu belajar di kampus, tanpa tanggungjawab yang perlu difikirkan, tanpa tekanan daripada orang lain, bebas melakukan apa sahaja dan bebas membuat keputusan tanpa perlu menghiraukan banyak perkara. Selepas tamat belajar, macam-macam perkara yang harus difikirkan, karier, berumahtangga, membalas jasa ibu ayah, bayar hutang PTPTN, etc... Pokoknya memang akan berat kepala bila memikirkan semua ini, kalau sudah bekerja lain pula ceritanya. Memang hidup ini bukanlah semudah yang disangka, tetapi semua orang yang mendahului kita telah melaluinya, sekarang giliran kita pula.

          Apa pun cabaran yang mendatang, saya doakan agar kita semua dapat melaluinya dengan baik. Insya Allah khair kulluh. Dan sempena hari bersejarah anda dan saya, saya ucapkan TAHNIAH! atas kejayaan kita semua menamatkan ijazah sarjana muda masing-masing. Yang pasti ilmu, pengalaman, dan kemahiran yang kita timba di Taman Ilmu dan Budi pasti akan disimpan elok-elok dalam lipatan kenangan kita semua. (^_^)

         

Khamis, 6 Oktober 2011

Jewel In The Palace

       I supposed to continue writing about debate, but I am not in the mood to babble about it right now, hehe.. So bear with me ya. If you don't want to you don't have to read this. Ok, so moving on to the topic JEWEL IN THE PALACE. Have you watched this drama? It's korean drama based on the true story of Dae Jang-geum who was the first woman physician in the Korean history. This drama projects Jang-geum's life and turbulences that she faced as a Korean court lady to be until she turned to be the most renowned Royal physician aka doctor in her time. 

       Saya sangat la enjoy tengok cerita ni, sampai sanggup tak tido malam semata-mata nak mengkhatamkan cerita 54 episod ni, walaupun tengok cerita ni lompat-lompat dan skip episod hehehe.. (sebenarnya tak habis tengok lagi pon). Cerita ni memang sangat wajib dipuji dari penulisan skrip, arahan dan lakonan dan pelakon, pokoknya semua lah. Walaupun panjang sangat cerita dia, tak rugi tengok semua episod dia, sebab every episod ada signifikannya tersendiri.

      Jang-geum seorang perempuan yang sangat innocent, sabar, baik hati dan tidak pernah mengalah dalam menghadapi cabaran hidup. Plus, she's clever too. Mahu mencontohi dia yang tidak pernah mengkhianati saat dia dikhianati oleh orang lain, tidak berubah prinsip disaat dia diatas mahupun ditekan. Walaupun langkahnya selalu nampak lemah tapi dia sangat ditakuti kerana kejujurannya dan bakat yang dia ada. Tidak pernah mendengki walaupun ramai orang dengki akannya dan ada orang yang lain selalu lebih daripadanya. Tidak pernah kenal erti putus asa walaupun telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Dan bila berada di puncak kejayaan (lepas dapat gelaran Dae yang bermakna yang The Great dan tawaran cinta maharaja, yelah orang hati mulia dan cantik mestila raja pon suka kan.. hehe ), kejayaan itu tidak pernah mengaburi matanya daripada melihat apa yang dia mahukan dalam kehidupan, hidup dengan insan yang disayangi dan terus berbakti pada masyarakat. Kejayaan juga tidak menjadikan dia seorang yang sombong bahkan masih merendah diri dan terus belajar dan terus belajar untuk memajukan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

     Moral untuk diri sendiri, kalau ditimpa kesusahan dan ujian janganlah putus asa. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluarnya. Manusia akan selalu mengecewakan kita, tapi dalam masa yang sama dia tidak akan meninggalkan kita berseorangan dalam menghadapi ujian yang Dia beri. Andai merasa diri berseorangan, Allah tetap ada dan mengetahui semua masalah kita jadi  teruskan mengadu dengan Dia kerana Dialah yang memahami semuanya dan Dialah sebaik tempat mengadu masalah. Kalau Allah dah beri kejayaan syukurilah dan jangan merasa sombong dengan apa yang telah dikurniakan. Syukurilah dengan sentiasa memanfaatkan apa yang diberi dan memanfaatkannya juga untuk orang lain. Nak jadi permata bukanlah dengan ditatang macam minyak yang penuh tetapi mesti melalui macam-macam proses yang sukar dan menyakitkan. Hanya orang yang sabar sahaja yang akan berhasil menjadi permata yang berkilau dan disayangi semua orang.

Selasa, 27 September 2011

Ada apa dengan debat?

Bismillah

Sudah lama tidak meng'update' blog, kalau boleh diumpamakan macam bilik agaknya dah penuh sawang dah, heheh.. Anyway, sebelum apa-apa, I want to thank all readers for reading my so ordinary blog. Although blog ni tak de pape dan penuh tulisan yang merepek heheh tapi ada juga yang sudi menjengah dan meluangkan masa untuk menziarahi blog yang tidak seberapa ini. Jazakumullahu khairan. I appreciate your visit so much.

Kalau bercakap dengan saya, tak ada apa yang saya boleh bercakap panjang lebar melainkan tentang debat. Heheh, susah la nk berhenti bercakap kalau berbicara pasal debat dan perkara - perkara yang berkaitan dengan debat. It has become my passion and I am an enthusiast of debate. I learnt a lot of things from debate, my life was up and down because of it and I met wonderful people in debate. 

I really propose to all of you to join debate. I know that not everyone suits to be a debater and debate doesn't suit everyone but if you want to have a try, it's really a good thing for you. There are a lot of things that  you might not found in other activities, you can find it in debating. 

1. Knowledge

Knowledge you can find it anywhere or everywhere or in other activities. You might say that not necessarily through debate you may gain knowledge. I do agree with that, but you could not find other effective mechanism for you to gain a lot of knowledge other than debate. In debate, people argue on vast various topics, politics, economics, social, education, sport as well as entertainment. And to win over your opponent, it's not easy unless if you have a lot of information that can give you a thorough insight about the topic you'll be debating on and information that you can use to fight your opponent. You cannot debate if you don't have a lot of information in your head. You can start with zero and later on you'll be reading a lot in order to enable you to debate well. 

to be continued.... (heheh, mata dah ngantuk  (-_____-)zzzzzz )

Rabu, 27 April 2011

International Universities Arabic Debate Championship - harapan baru?

Melihat kepada perjalanan debat arab di Malaysia, agak slow dan adakala mengundur beberapa langkah. Agak sedih apabila perjalanan debat arab tidak selancar debat inggeris dan melayu. Setelah 5-6 tahun ia bermula secara rasmi dalam format yang tersusun, masih kurang nampak hala tuju positif bg debat arab di universiti. Kalau di peringkat sekolah, alhamdulillah bilangan pertandingan dan sekolah2 yang bertanding semakin bertambah, but there are no guarantee that the one who debates in school will debate in university - for arabic case. Untuk bhs inggeris dan melayu, perkara biasa pendebat2 universiti adalah bekas pendebat2 sekolah masing2. Arab? masih sgt kurang. Faktornya mudah je, sbb once diorg dah sambung belajar, course2 yg diorg amik medium perantaraan bukan bhs arab, jadi agak sukar bg bekas2 pendebat bahasa arab sekolah utk meneruskan karier debat di samping keterhadan universiti- universiti yang subur debat bahasa arabnya.

Ligat otak memikirkan idea penyelesaian to fix this situation ie keadaan malap debat arab (altho i know that my capacity is toooooo limited) ye lah sekadar bergelar seorg pendebat, apalah kemampuan yang ada pada diri saya. And usually akan buntu bila fikir pasal ni. But that doesn't stop me to think and think - ideas! Cos everything starts with ideas. Banyak faktor yang mempengaruhi perjalanan debat arab, kekurangan tenaga penggerak yang serius, kewangan, idea, networking etc. Bukan setakat perjalanan debat, mutu debat juga masih di takuk lama. Spontaneity, knowledgeableness, maturity, open mindedness, critical thinking - uh terlalu banyak lagi yang perlu dibuat utk menjadikan debat arab platform utk menjadikan semua pendebat2 arab memiliki ciri2 ini. Mungkin hanya kerana paranoid utk melakukan perubahan dan anjakan paradigma, plus rs complacent dengan keadaan yg ada menyebabkan kurang perubahan positif berlaku dalam debat arab.

Mungkin untuk merubah apa yg di dalam perlukan tenaga penggerak di luar. Qatar Debate... that's what I mean. It has everything baik dr segi kewangan, organisasi penggerak yang tersusun fokus serius, ideas and strong networking. And more importantly their concept of debating is similar to english and malay. (Isn't it supposed to be the same? ) What i mean is the goal of debating - I believe that the goal we set in our mind determine the way we work on our job. LANGUAGE is the main goal of arabic debating in Malaysia, as it is the fastest tool to master arabic. I do not deny this benefit as i also benefited the same thing.  In 2- 3 months i can speak arabic fluently becos of debating. Alhamdulillah, but making the language as the goal hasn't brought the arabic debate to higher standard. The QUALITY of debating, everything, from the content, the motions, the way of debating, until the adjudication - are still at the same level. I do not want to exaggerate on Qatar Debate cos they also have lacking, yup, and they are lack of experience in arabic debating. They just started 1 or two years ago. Compared to Malaysia, we've been walking for quite along time. So we're more experienced than the arab countries themselves.

Now Qatar Debate is holding the first International Universities Arabic Debate Championship. Where else it would be, of course in Qatar. The competing countries are 12 including Malaysia ( only from IIUM and the debaters are my friends ) consisting of 40 debating teams. The format is different, the motions are so challenging, the issues debated are significant, the best part, the motions are going to be given 30 minutes before debate starts. The focus of debating is critical argumentation - not based on language per se, and i hope the standard of adjudication will be high quality and not based on lughah only. Anjakan paradigma besar utk debat arab. On QD side, it's not a paradigm shift but an effort to begin new thing. We? I guess when no one wants to change it here, others will change it, isn't it?

My hope is that things will change after they come back even if it is a small change. I am truly happy that finally arabic debate has a chance to improve, to be hightened to upper level. I'm glad that it finally happened where there are chances for arabic debate to change its way, eventho it happened in other country. Perhaps it's better than doing it here. Only Allah knows.... (^ ^)

Selasa, 8 Mac 2011

(@_@)

i thought u r smart enough to understand me,
but u don't,
makes me think u aren't that smart,

i thought u were sensitive to others' feeling and thoughts,
as u were so sensitive if people did not care about u and treat u badly,
but u were not, and u treated people badly,
makes me think u aren't that sensitive yet u r selfish,

i thought i could count on u when i was in trouble,
yet u r one of the source of my pain n trouble...

this was my history, and i'm tired enough to go thru it again,
but if this is again my path that i have to take,
to Allah  pray and i put my hope on,
don't make me fall again, pls make my heart n mind strong,
so that i won't cry again for someone who doesn't deserve to be cry on

Ahad, 9 Januari 2011

Hala Tuju Debat Bahasa Arab - Penilaian Kritis

Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca, moga ia memberi manfaat.

Ditulis oleh: Salman Ali (bekas pendebat bahasa Arab UIAM)

(Ini adalah sekadar sudut pandang peribadi bekas pendebat. Artikel ini juga adalah gambaran umum tanpa mengambil kira kepentingan mana-mana pasukan mahupun individu)

1) Matlamat debat

Setelah mengabaikan apa yang tercatat didalam peraturan pertandingan dan manual debat  secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa ada sedikir perbezaan diantara tujuan pelaksanaan debat Bahasa Arab dan Bahasa Melayu serta Inggeris.Mungkin debat bahasa Inggeris dan Melayu metltakkan kemuncak tertinggi kearah melatih pelajar berfikir kritis dan menyusun serta mengutarakan idea secara spontan.

Sebaliknya, debat arab pula dipercayai sebagai makanisme yang paling berkesan dalam melatih pelajar kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Inilah luahan rasa orang yang mula-mula mengasaskan debat bahasa Arab di Malaysia (Dr Rahmah) dalam beberapa ucapan beliau. Sepanjang hampir 1 dekad debat bahasa Arab dilaksanakan , matlamat ini jelas berjaya dicapai bahkan dalam masa yang sama  sebahagian pendebat bahasa Arab berjaya mengadaptasi kemahiran berfikir kritis dan bertutur secara spontan.

Cuma saya sedikit risau apabila mendengar rungutan seorang pendebat AFL (Zubaidi) kenapa ada diantara pendebat bahasa Arab yang indah khabar dari rupa. Setelah keluar dari gelanggang, hilang terus kemampuan bertutur, mahu menyusun ayat asas dalam bahasa Arab pun susah. Mungkin sudah tiba masanya pelaksanaan debat bahasa Arab perlu dinilai semula supaya peserta benar-benar dikerahkan untuk hidup dalam budaya yang melatih kemahiran bertutur spontan. Dalam masa yang sama kemampuan debat bahasa Arab melatih sebilangan besar pelajar ASL bertutur dalam bahasa Arab tidak mungkin dapat dipertikaikan. Perkara ini lebih jelas ketara di kalangan pelajar pasukan yang baru berjinak-jinak dengan debat bahasa Arab (UMP&UMK)

2) Pelaksanaan

Bertitik-tolak dari matlamat asas, debat bahasa Melayu dan Inggeris menyediakan gelanggang yang luas terbentang untuk mengenali jaguh-jaguh muda pemikir kritis. Sebagai contoh dalam ketegori BM, senarai tajuk yang dibekalkan mencecah ratusan, bahkan sehingga ke saat 30 minit sebelum pertandingan, perserta masih perlu memilih satu diantara 3 tajuk , ada ketikanya tajuk final tiada dalam senarai dan dibekalkan 30 minit sebelum pertandingan juga.

Debat arab juga telah mengadaptasi beberapa perkara untuk menjamin nilai spontaneity dalam debat, pilihan tajuk perdebatan dilakukan 30 minit sebelum perdebatan dan unsur-unsur yang menggalakkan pertembungan diantara pendebat seperti mudakhalah (izin laluan atau celahan), tasykik (bidasan takrif) dan radd (bidasan) diadaptasi secara keseluruhan.

Untuk lebih mengetengahkan unsur spontaneous dan memperbaiki kemahiran bertutur, saya merasakan sudah sampai masanya senarai tajuk yang dibekalkan untuk mana-mana pertandingan debat bahasa Arab mencecah puluhan ataupun ratusan dan bukan lagi terhad kepada 12. Pelaksanaan ini juga dipercayai dapat memberi pengiktirafan kepada pasukan dan individu yang benar-benar mengamalkan gaya hidup kritis dan budaya membaca, bukannya kelompok yang hanya menjadi pendebat ketika latihan dan pertandingan semata-mata.

Penghakiman juga perlu melalui penilaian yang lebih objektif dan sensitif. Setiap tindakan 'play safe' dan escapisme yang dilakukan oleh pendebat perlu dilihat sebagai tindakan yang melaini ruh perdebatan. Saya kira dalam arena perdebatan jawapan yang tergagap-gagap tetapi tepat lebih bererti dari ayat-ayat puitis yang meaningless.

Adalah pelik apabila melihatkan pendebat yang melakukan bidasan dengan struktur, uslub, pendekatan, ekspresi bahkan pemilihan perkataan yang sama untuk 3@4 pusingan berturut-turut tetap dipilih sebagai pendebat terbaik dalam setiap pusingan. Dalam keadaan ini ada kemungkinan hakim melihat dan menilai kesemua faktor kecuali bidasan itu sendiri.

3) Peranan pendebat

Saya tertarik dengan ramai dikalangan pendebat bahasa Inggeris yang menggunakan teknik penghujahan yang yang mantap dan jitu sehingga jarang sekali dijumpai pendebat yang menghabiskan masa yang panjang untuk sesi "format" dan "textual" seperti mukaddimah, penutup, dan sebagainya.

Saya sendiri merasakan kebiasaan ramai pendebat bahasa Arab yang meluangkan masa yang terlalu panjang mendendangkan ayat-ayat syahdu sehingga “menggoda” telinga penonton ketika pendahuluan dan mutalabah kepada speaker dewan sebagai budaya yang amat-amat tidak sihat dalam perdebatan. Seandainya pasukan-pasukan besar (UIAM,USIM,UM) meneruskan budaya tidak kompetitif ini dalam perdebatan, dikhuatiri budaya ini akan dilihat seolah-olah format kepada perdebatan. Semakin banyak ayat yang perlu dihafal, semakin kecillah jurang diantara debat dan seni lain seperti pidato, syair, pantun. Semakin hilanglah juga trademark bertutur spontan dalam debat.

Lebih mendukacitakan apabila budaya ini menjadi ikutan pasukan-pasukan elit diperingkat sekolah, sehinggakan ada yang dikira hebat semata-mata kerana mampu menghafaz dan menuturkan bait-bait yang sedap didengar ketika menolak penerimaan mudakhalah (izin laluan atau celahan).

Mungkin untuk membunuh pengaruh “textual” dikalangan kesemua pendebat adalah permintaan yang terlalu optimis dan diluar kemampuan setelah melihatkan perbezaan tahap kemampuan bahasa Arab yang agak ketara dikalangan pasukan bertanding, tetapi apakah pasukan-pasukan besar dalam debat masih perlu berada ditakuk ini? Apakah gambaran ini yang ditinggalkan sebagai tahap excellence tertinggi dalam debat bahasa Arab.

Kawan saya Atiq pernah memberitahu , yang baiknya berkenaan amalan debat bahasa Arab adalah pendebat akan menyebutkan perkataan seperti “hujah kami yang pertama adalah ……..”. Ini adalah gambaran tahap 'gentlemen' dan bersedia untuk dikritik tertinggi yang kebiasaannya tiada dalam debat bahasa lain. Alangkah baiknya jika trend sebegini digabungkan dengan unsur-unsur lain membawa kebaikan dalam debat.

4) Nama-nama besar

Debat bahasa Arab juga tidak ketinggalan melahirkan nama-nama besar.Cumanya gambaran kebelakangan ini, nama-nama besar baru agak jarang timbul. Walaupun ada banyak penjelasan terhadap masalah ini, tetapi dikhuatiri fenomena ini berlaku disebabkan trend semasa debat yang menjadikan pendebat sekadar bermentaliti kearah “mission accomplishment” dan bukannya menjadikan debat sebagai gelanggang mengetengahkan pembaharuan. Tidak wajar bagi pendebat-pendebat baru sekadar memikirkan tentang format yang pelu diikut dan ayat-ayat yang perlu dihafaz sebaliknya menjadi keperluan untuk memperkenalkan diri mereka dalam bentuk yang diingati dalam debat.

UM perlu menjelmakan watak baru yang mampu menyaingi kelibat (Iman). USIM pula perlu memikirkan pengganti super duper senior (Mardhiah dan Fareed). UIAM juga tidak wajar sekadar berbangga dengan bekas-bekas pendebat yang berkualiti (Nazri Atoh, Janah, Ikhwan, Hidayu).

Ada hakim yang meluahkan pandangan 3rd speaker UIAM, KISAS dan MAKTAB MAHMUD seakan-akan Salman. Samada benar atau salah, perlu dilakukan post mortem dan penilaian semula tahap pencapaian pendebat secara keseluruhan. Adakah kita sedang mendaki ataupun semakin lama semakin menuruni anak tangga. Dalam usia belum sampai sedekad, terlalu awal sebenarnya delegasi debat bahasa Arab memikirkan kearah kesempurnaan dan untuk berpuas hati. Belum pun kering keringat dari wajah-wajah yang meletakkan batu asas dalam debat bahasa Arab (Dr Rahmah,Ust Salah, Ust Ibrahim).

5)Dominasi

Dalam sukan sebenarnya dominasi itu baik. Dominasi Michael Shumacher dalam F1 satu ketika dulu menyebabkan banyak pembaharuan berlaku. Tetapi sebaliknya dalam ekonomi dan politik, dominasi kuasa-kuasa tua adalah mimpi buruk bagi pendatang-pendatang baru.

Apakah kesan dari dominasi pasukan-pasukan elit dalam debat bahasa Arab? Adakah ini memberi stigma negatif terhadap pasukan-pasukan baru ataupun lebih menggalakkan persaingan? Saya kira perkara ini perlu diberi perhatian secara serius oleh penyelaras debat bahasa Arab MADUM yang diketua Dr Majdi.

Sebagai bekas pendebat UIAM, saya senang setiap kali UIAM menang pertandingan, tetapi apabila memikirkan survival debat bahasa Arab, saya melihat apabila pertandingan dan kejuaraan lebih terbuka, kerancakan akan lebih dirasai. Bukanlah satu perkara yang pelik apabila pasukan kerdil menjuarai piala diraja bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Arab, hampir-hampir mustahil untuk melihat pasukan-pasukan baru menenggelamkan pengaruh UIAM mahupun USIM.

Untuk berusaha kearah mengurangkan impak dominasi, saya memikirkan kepentingan untuk memberi akses yang lebih adil dan saksama terhadap kesemua pasukan dalam mana-mana pertandingan.

Jika senarai tajuk yang dibekalkan adalah sekitar 12 hingga 15, semestinya pasukan yang dibarisi jurulatih-jurulatih hebat (UIAM dan KISAS) mendapat kelebihan. Hampir tidak masuk akal untuk melahirkan pendebat baru yang mampu mengkritik lontaran idea pendebat sehebat (Dr Majdi @ Ust Solah).J uga perlu diingat, bukan kesemua pendebat mendapat kemudahan kejurulatihan yang sempurna.

Untuk peringkat awal saya merasakan, perubahan pada senarai tajuk perlu dilakukan.Jika senarai 100 tajuk diberikan untuk setiap pertandingan, kesemua peserta dan pasukan akan mendapat akses yang lebih adil untuk pertandingan, sama-sama akan merasai kesusahan dan kesemua pendebat perlu memperjudikan pengetahuan am masing-masing disamping bekalan semasa latihan. Dalam keadaan ini, latihan intensif yang menjadi amalan UIAM dan USIM bukan lagi satu-satunya percaturan utama yang menentukan kejayaan.

Disamping itu , adalah baik kiranya kesemua pasukan dapat melihat dan mengambil manfaat dari kesungguhan UIAM dalam aspek latihan , kecekalan USIM dalam penganjuran pertandingan dan kekuatan AL JUNIED dan KISAS dalam melahirkan pendebat baru.