Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca, moga ia memberi manfaat.
Ditulis oleh: Salman Ali (bekas pendebat bahasa Arab UIAM)
(Ini adalah sekadar sudut pandang peribadi bekas pendebat. Artikel ini juga adalah gambaran umum tanpa mengambil kira kepentingan mana-mana pasukan mahupun individu)
1) Matlamat debat
1) Matlamat debat
Setelah mengabaikan apa yang tercatat didalam peraturan pertandingan dan manual debat secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa ada sedikir perbezaan diantara tujuan pelaksanaan debat Bahasa Arab dan Bahasa Melayu serta Inggeris.Mungkin debat bahasa Inggeris dan Melayu metltakkan kemuncak tertinggi kearah melatih pelajar berfikir kritis dan menyusun serta mengutarakan idea secara spontan.
Sebaliknya, debat arab pula dipercayai sebagai makanisme yang paling berkesan dalam melatih pelajar kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Inilah luahan rasa orang yang mula-mula mengasaskan debat bahasa Arab di Malaysia (Dr Rahmah) dalam beberapa ucapan beliau. Sepanjang hampir 1 dekad debat bahasa Arab dilaksanakan , matlamat ini jelas berjaya dicapai bahkan dalam masa yang sama sebahagian pendebat bahasa Arab berjaya mengadaptasi kemahiran berfikir kritis dan bertutur secara spontan.
Cuma saya sedikit risau apabila mendengar rungutan seorang pendebat AFL (Zubaidi) kenapa ada diantara pendebat bahasa Arab yang indah khabar dari rupa. Setelah keluar dari gelanggang, hilang terus kemampuan bertutur, mahu menyusun ayat asas dalam bahasa Arab pun susah. Mungkin sudah tiba masanya pelaksanaan debat bahasa Arab perlu dinilai semula supaya peserta benar-benar dikerahkan untuk hidup dalam budaya yang melatih kemahiran bertutur spontan. Dalam masa yang sama kemampuan debat bahasa Arab melatih sebilangan besar pelajar ASL bertutur dalam bahasa Arab tidak mungkin dapat dipertikaikan. Perkara ini lebih jelas ketara di kalangan pelajar pasukan yang baru berjinak-jinak dengan debat bahasa Arab (UMP&UMK)
2) Pelaksanaan
Bertitik-tolak dari matlamat asas, debat bahasa Melayu dan Inggeris menyediakan gelanggang yang luas terbentang untuk mengenali jaguh-jaguh muda pemikir kritis. Sebagai contoh dalam ketegori BM, senarai tajuk yang dibekalkan mencecah ratusan, bahkan sehingga ke saat 30 minit sebelum pertandingan, perserta masih perlu memilih satu diantara 3 tajuk , ada ketikanya tajuk final tiada dalam senarai dan dibekalkan 30 minit sebelum pertandingan juga.
Debat arab juga telah mengadaptasi beberapa perkara untuk menjamin nilai spontaneity dalam debat, pilihan tajuk perdebatan dilakukan 30 minit sebelum perdebatan dan unsur-unsur yang menggalakkan pertembungan diantara pendebat seperti mudakhalah (izin laluan atau celahan), tasykik (bidasan takrif) dan radd (bidasan) diadaptasi secara keseluruhan.
Untuk lebih mengetengahkan unsur spontaneous dan memperbaiki kemahiran bertutur, saya merasakan sudah sampai masanya senarai tajuk yang dibekalkan untuk mana-mana pertandingan debat bahasa Arab mencecah puluhan ataupun ratusan dan bukan lagi terhad kepada 12. Pelaksanaan ini juga dipercayai dapat memberi pengiktirafan kepada pasukan dan individu yang benar-benar mengamalkan gaya hidup kritis dan budaya membaca, bukannya kelompok yang hanya menjadi pendebat ketika latihan dan pertandingan semata-mata.
Penghakiman juga perlu melalui penilaian yang lebih objektif dan sensitif. Setiap tindakan 'play safe' dan escapisme yang dilakukan oleh pendebat perlu dilihat sebagai tindakan yang melaini ruh perdebatan. Saya kira dalam arena perdebatan jawapan yang tergagap-gagap tetapi tepat lebih bererti dari ayat-ayat puitis yang meaningless.
Adalah pelik apabila melihatkan pendebat yang melakukan bidasan dengan struktur, uslub, pendekatan, ekspresi bahkan pemilihan perkataan yang sama untuk 3@4 pusingan berturut-turut tetap dipilih sebagai pendebat terbaik dalam setiap pusingan. Dalam keadaan ini ada kemungkinan hakim melihat dan menilai kesemua faktor kecuali bidasan itu sendiri.
3) Peranan pendebat
Saya tertarik dengan ramai dikalangan pendebat bahasa Inggeris yang menggunakan teknik penghujahan yang yang mantap dan jitu sehingga jarang sekali dijumpai pendebat yang menghabiskan masa yang panjang untuk sesi "format" dan "textual" seperti mukaddimah, penutup, dan sebagainya.
Saya sendiri merasakan kebiasaan ramai pendebat bahasa Arab yang meluangkan masa yang terlalu panjang mendendangkan ayat-ayat syahdu sehingga “menggoda” telinga penonton ketika pendahuluan dan mutalabah kepada speaker dewan sebagai budaya yang amat-amat tidak sihat dalam perdebatan. Seandainya pasukan-pasukan besar (UIAM,USIM,UM) meneruskan budaya tidak kompetitif ini dalam perdebatan, dikhuatiri budaya ini akan dilihat seolah-olah format kepada perdebatan. Semakin banyak ayat yang perlu dihafal, semakin kecillah jurang diantara debat dan seni lain seperti pidato, syair, pantun. Semakin hilanglah juga trademark bertutur spontan dalam debat.
Lebih mendukacitakan apabila budaya ini menjadi ikutan pasukan-pasukan elit diperingkat sekolah, sehinggakan ada yang dikira hebat semata-mata kerana mampu menghafaz dan menuturkan bait-bait yang sedap didengar ketika menolak penerimaan mudakhalah (izin laluan atau celahan).
Mungkin untuk membunuh pengaruh “textual” dikalangan kesemua pendebat adalah permintaan yang terlalu optimis dan diluar kemampuan setelah melihatkan perbezaan tahap kemampuan bahasa Arab yang agak ketara dikalangan pasukan bertanding, tetapi apakah pasukan-pasukan besar dalam debat masih perlu berada ditakuk ini? Apakah gambaran ini yang ditinggalkan sebagai tahap excellence tertinggi dalam debat bahasa Arab.
Kawan saya Atiq pernah memberitahu , yang baiknya berkenaan amalan debat bahasa Arab adalah pendebat akan menyebutkan perkataan seperti “hujah kami yang pertama adalah ……..”. Ini adalah gambaran tahap 'gentlemen' dan bersedia untuk dikritik tertinggi yang kebiasaannya tiada dalam debat bahasa lain. Alangkah baiknya jika trend sebegini digabungkan dengan unsur-unsur lain membawa kebaikan dalam debat.
4) Nama-nama besar
Debat bahasa Arab juga tidak ketinggalan melahirkan nama-nama besar.Cumanya gambaran kebelakangan ini, nama-nama besar baru agak jarang timbul. Walaupun ada banyak penjelasan terhadap masalah ini, tetapi dikhuatiri fenomena ini berlaku disebabkan trend semasa debat yang menjadikan pendebat sekadar bermentaliti kearah “mission accomplishment” dan bukannya menjadikan debat sebagai gelanggang mengetengahkan pembaharuan. Tidak wajar bagi pendebat-pendebat baru sekadar memikirkan tentang format yang pelu diikut dan ayat-ayat yang perlu dihafaz sebaliknya menjadi keperluan untuk memperkenalkan diri mereka dalam bentuk yang diingati dalam debat.
UM perlu menjelmakan watak baru yang mampu menyaingi kelibat (Iman). USIM pula perlu memikirkan pengganti super duper senior (Mardhiah dan Fareed). UIAM juga tidak wajar sekadar berbangga dengan bekas-bekas pendebat yang berkualiti (Nazri Atoh, Janah, Ikhwan, Hidayu).
Ada hakim yang meluahkan pandangan 3rd speaker UIAM, KISAS dan MAKTAB MAHMUD seakan-akan Salman. Samada benar atau salah, perlu dilakukan post mortem dan penilaian semula tahap pencapaian pendebat secara keseluruhan. Adakah kita sedang mendaki ataupun semakin lama semakin menuruni anak tangga. Dalam usia belum sampai sedekad, terlalu awal sebenarnya delegasi debat bahasa Arab memikirkan kearah kesempurnaan dan untuk berpuas hati. Belum pun kering keringat dari wajah-wajah yang meletakkan batu asas dalam debat bahasa Arab (Dr Rahmah,Ust Salah, Ust Ibrahim).
5)Dominasi
Dalam sukan sebenarnya dominasi itu baik. Dominasi Michael Shumacher dalam F1 satu ketika dulu menyebabkan banyak pembaharuan berlaku. Tetapi sebaliknya dalam ekonomi dan politik, dominasi kuasa-kuasa tua adalah mimpi buruk bagi pendatang-pendatang baru.
Apakah kesan dari dominasi pasukan-pasukan elit dalam debat bahasa Arab? Adakah ini memberi stigma negatif terhadap pasukan-pasukan baru ataupun lebih menggalakkan persaingan? Saya kira perkara ini perlu diberi perhatian secara serius oleh penyelaras debat bahasa Arab MADUM yang diketua Dr Majdi.
Sebagai bekas pendebat UIAM, saya senang setiap kali UIAM menang pertandingan, tetapi apabila memikirkan survival debat bahasa Arab, saya melihat apabila pertandingan dan kejuaraan lebih terbuka, kerancakan akan lebih dirasai. Bukanlah satu perkara yang pelik apabila pasukan kerdil menjuarai piala diraja bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Arab, hampir-hampir mustahil untuk melihat pasukan-pasukan baru menenggelamkan pengaruh UIAM mahupun USIM.
Untuk berusaha kearah mengurangkan impak dominasi, saya memikirkan kepentingan untuk memberi akses yang lebih adil dan saksama terhadap kesemua pasukan dalam mana-mana pertandingan.
Jika senarai tajuk yang dibekalkan adalah sekitar 12 hingga 15, semestinya pasukan yang dibarisi jurulatih-jurulatih hebat (UIAM dan KISAS) mendapat kelebihan. Hampir tidak masuk akal untuk melahirkan pendebat baru yang mampu mengkritik lontaran idea pendebat sehebat (Dr Majdi @ Ust Solah).J uga perlu diingat, bukan kesemua pendebat mendapat kemudahan kejurulatihan yang sempurna.
Untuk peringkat awal saya merasakan, perubahan pada senarai tajuk perlu dilakukan.Jika senarai 100 tajuk diberikan untuk setiap pertandingan, kesemua peserta dan pasukan akan mendapat akses yang lebih adil untuk pertandingan, sama-sama akan merasai kesusahan dan kesemua pendebat perlu memperjudikan pengetahuan am masing-masing disamping bekalan semasa latihan. Dalam keadaan ini, latihan intensif yang menjadi amalan UIAM dan USIM bukan lagi satu-satunya percaturan utama yang menentukan kejayaan.
Disamping itu , adalah baik kiranya kesemua pasukan dapat melihat dan mengambil manfaat dari kesungguhan UIAM dalam aspek latihan , kecekalan USIM dalam penganjuran pertandingan dan kekuatan AL JUNIED dan KISAS dalam melahirkan pendebat baru.
2 ulasan:
betul..sgt bersetuju dgn pandangan ni..
these are the things that we should be pondering and try to implement as much as we could within our very own limited capacity... :)
Catat Ulasan