Rabu, 27 April 2011

International Universities Arabic Debate Championship - harapan baru?

Melihat kepada perjalanan debat arab di Malaysia, agak slow dan adakala mengundur beberapa langkah. Agak sedih apabila perjalanan debat arab tidak selancar debat inggeris dan melayu. Setelah 5-6 tahun ia bermula secara rasmi dalam format yang tersusun, masih kurang nampak hala tuju positif bg debat arab di universiti. Kalau di peringkat sekolah, alhamdulillah bilangan pertandingan dan sekolah2 yang bertanding semakin bertambah, but there are no guarantee that the one who debates in school will debate in university - for arabic case. Untuk bhs inggeris dan melayu, perkara biasa pendebat2 universiti adalah bekas pendebat2 sekolah masing2. Arab? masih sgt kurang. Faktornya mudah je, sbb once diorg dah sambung belajar, course2 yg diorg amik medium perantaraan bukan bhs arab, jadi agak sukar bg bekas2 pendebat bahasa arab sekolah utk meneruskan karier debat di samping keterhadan universiti- universiti yang subur debat bahasa arabnya.

Ligat otak memikirkan idea penyelesaian to fix this situation ie keadaan malap debat arab (altho i know that my capacity is toooooo limited) ye lah sekadar bergelar seorg pendebat, apalah kemampuan yang ada pada diri saya. And usually akan buntu bila fikir pasal ni. But that doesn't stop me to think and think - ideas! Cos everything starts with ideas. Banyak faktor yang mempengaruhi perjalanan debat arab, kekurangan tenaga penggerak yang serius, kewangan, idea, networking etc. Bukan setakat perjalanan debat, mutu debat juga masih di takuk lama. Spontaneity, knowledgeableness, maturity, open mindedness, critical thinking - uh terlalu banyak lagi yang perlu dibuat utk menjadikan debat arab platform utk menjadikan semua pendebat2 arab memiliki ciri2 ini. Mungkin hanya kerana paranoid utk melakukan perubahan dan anjakan paradigma, plus rs complacent dengan keadaan yg ada menyebabkan kurang perubahan positif berlaku dalam debat arab.

Mungkin untuk merubah apa yg di dalam perlukan tenaga penggerak di luar. Qatar Debate... that's what I mean. It has everything baik dr segi kewangan, organisasi penggerak yang tersusun fokus serius, ideas and strong networking. And more importantly their concept of debating is similar to english and malay. (Isn't it supposed to be the same? ) What i mean is the goal of debating - I believe that the goal we set in our mind determine the way we work on our job. LANGUAGE is the main goal of arabic debating in Malaysia, as it is the fastest tool to master arabic. I do not deny this benefit as i also benefited the same thing.  In 2- 3 months i can speak arabic fluently becos of debating. Alhamdulillah, but making the language as the goal hasn't brought the arabic debate to higher standard. The QUALITY of debating, everything, from the content, the motions, the way of debating, until the adjudication - are still at the same level. I do not want to exaggerate on Qatar Debate cos they also have lacking, yup, and they are lack of experience in arabic debating. They just started 1 or two years ago. Compared to Malaysia, we've been walking for quite along time. So we're more experienced than the arab countries themselves.

Now Qatar Debate is holding the first International Universities Arabic Debate Championship. Where else it would be, of course in Qatar. The competing countries are 12 including Malaysia ( only from IIUM and the debaters are my friends ) consisting of 40 debating teams. The format is different, the motions are so challenging, the issues debated are significant, the best part, the motions are going to be given 30 minutes before debate starts. The focus of debating is critical argumentation - not based on language per se, and i hope the standard of adjudication will be high quality and not based on lughah only. Anjakan paradigma besar utk debat arab. On QD side, it's not a paradigm shift but an effort to begin new thing. We? I guess when no one wants to change it here, others will change it, isn't it?

My hope is that things will change after they come back even if it is a small change. I am truly happy that finally arabic debate has a chance to improve, to be hightened to upper level. I'm glad that it finally happened where there are chances for arabic debate to change its way, eventho it happened in other country. Perhaps it's better than doing it here. Only Allah knows.... (^ ^)

Selasa, 8 Mac 2011

(@_@)

i thought u r smart enough to understand me,
but u don't,
makes me think u aren't that smart,

i thought u were sensitive to others' feeling and thoughts,
as u were so sensitive if people did not care about u and treat u badly,
but u were not, and u treated people badly,
makes me think u aren't that sensitive yet u r selfish,

i thought i could count on u when i was in trouble,
yet u r one of the source of my pain n trouble...

this was my history, and i'm tired enough to go thru it again,
but if this is again my path that i have to take,
to Allah  pray and i put my hope on,
don't make me fall again, pls make my heart n mind strong,
so that i won't cry again for someone who doesn't deserve to be cry on

Ahad, 9 Januari 2011

Hala Tuju Debat Bahasa Arab - Penilaian Kritis

Sekadar ingin berkongsi dengan pembaca, moga ia memberi manfaat.

Ditulis oleh: Salman Ali (bekas pendebat bahasa Arab UIAM)

(Ini adalah sekadar sudut pandang peribadi bekas pendebat. Artikel ini juga adalah gambaran umum tanpa mengambil kira kepentingan mana-mana pasukan mahupun individu)

1) Matlamat debat

Setelah mengabaikan apa yang tercatat didalam peraturan pertandingan dan manual debat  secara ringkasnya boleh disimpulkan bahawa ada sedikir perbezaan diantara tujuan pelaksanaan debat Bahasa Arab dan Bahasa Melayu serta Inggeris.Mungkin debat bahasa Inggeris dan Melayu metltakkan kemuncak tertinggi kearah melatih pelajar berfikir kritis dan menyusun serta mengutarakan idea secara spontan.

Sebaliknya, debat arab pula dipercayai sebagai makanisme yang paling berkesan dalam melatih pelajar kemahiran bertutur dalam bahasa Arab. Inilah luahan rasa orang yang mula-mula mengasaskan debat bahasa Arab di Malaysia (Dr Rahmah) dalam beberapa ucapan beliau. Sepanjang hampir 1 dekad debat bahasa Arab dilaksanakan , matlamat ini jelas berjaya dicapai bahkan dalam masa yang sama  sebahagian pendebat bahasa Arab berjaya mengadaptasi kemahiran berfikir kritis dan bertutur secara spontan.

Cuma saya sedikit risau apabila mendengar rungutan seorang pendebat AFL (Zubaidi) kenapa ada diantara pendebat bahasa Arab yang indah khabar dari rupa. Setelah keluar dari gelanggang, hilang terus kemampuan bertutur, mahu menyusun ayat asas dalam bahasa Arab pun susah. Mungkin sudah tiba masanya pelaksanaan debat bahasa Arab perlu dinilai semula supaya peserta benar-benar dikerahkan untuk hidup dalam budaya yang melatih kemahiran bertutur spontan. Dalam masa yang sama kemampuan debat bahasa Arab melatih sebilangan besar pelajar ASL bertutur dalam bahasa Arab tidak mungkin dapat dipertikaikan. Perkara ini lebih jelas ketara di kalangan pelajar pasukan yang baru berjinak-jinak dengan debat bahasa Arab (UMP&UMK)

2) Pelaksanaan

Bertitik-tolak dari matlamat asas, debat bahasa Melayu dan Inggeris menyediakan gelanggang yang luas terbentang untuk mengenali jaguh-jaguh muda pemikir kritis. Sebagai contoh dalam ketegori BM, senarai tajuk yang dibekalkan mencecah ratusan, bahkan sehingga ke saat 30 minit sebelum pertandingan, perserta masih perlu memilih satu diantara 3 tajuk , ada ketikanya tajuk final tiada dalam senarai dan dibekalkan 30 minit sebelum pertandingan juga.

Debat arab juga telah mengadaptasi beberapa perkara untuk menjamin nilai spontaneity dalam debat, pilihan tajuk perdebatan dilakukan 30 minit sebelum perdebatan dan unsur-unsur yang menggalakkan pertembungan diantara pendebat seperti mudakhalah (izin laluan atau celahan), tasykik (bidasan takrif) dan radd (bidasan) diadaptasi secara keseluruhan.

Untuk lebih mengetengahkan unsur spontaneous dan memperbaiki kemahiran bertutur, saya merasakan sudah sampai masanya senarai tajuk yang dibekalkan untuk mana-mana pertandingan debat bahasa Arab mencecah puluhan ataupun ratusan dan bukan lagi terhad kepada 12. Pelaksanaan ini juga dipercayai dapat memberi pengiktirafan kepada pasukan dan individu yang benar-benar mengamalkan gaya hidup kritis dan budaya membaca, bukannya kelompok yang hanya menjadi pendebat ketika latihan dan pertandingan semata-mata.

Penghakiman juga perlu melalui penilaian yang lebih objektif dan sensitif. Setiap tindakan 'play safe' dan escapisme yang dilakukan oleh pendebat perlu dilihat sebagai tindakan yang melaini ruh perdebatan. Saya kira dalam arena perdebatan jawapan yang tergagap-gagap tetapi tepat lebih bererti dari ayat-ayat puitis yang meaningless.

Adalah pelik apabila melihatkan pendebat yang melakukan bidasan dengan struktur, uslub, pendekatan, ekspresi bahkan pemilihan perkataan yang sama untuk 3@4 pusingan berturut-turut tetap dipilih sebagai pendebat terbaik dalam setiap pusingan. Dalam keadaan ini ada kemungkinan hakim melihat dan menilai kesemua faktor kecuali bidasan itu sendiri.

3) Peranan pendebat

Saya tertarik dengan ramai dikalangan pendebat bahasa Inggeris yang menggunakan teknik penghujahan yang yang mantap dan jitu sehingga jarang sekali dijumpai pendebat yang menghabiskan masa yang panjang untuk sesi "format" dan "textual" seperti mukaddimah, penutup, dan sebagainya.

Saya sendiri merasakan kebiasaan ramai pendebat bahasa Arab yang meluangkan masa yang terlalu panjang mendendangkan ayat-ayat syahdu sehingga “menggoda” telinga penonton ketika pendahuluan dan mutalabah kepada speaker dewan sebagai budaya yang amat-amat tidak sihat dalam perdebatan. Seandainya pasukan-pasukan besar (UIAM,USIM,UM) meneruskan budaya tidak kompetitif ini dalam perdebatan, dikhuatiri budaya ini akan dilihat seolah-olah format kepada perdebatan. Semakin banyak ayat yang perlu dihafal, semakin kecillah jurang diantara debat dan seni lain seperti pidato, syair, pantun. Semakin hilanglah juga trademark bertutur spontan dalam debat.

Lebih mendukacitakan apabila budaya ini menjadi ikutan pasukan-pasukan elit diperingkat sekolah, sehinggakan ada yang dikira hebat semata-mata kerana mampu menghafaz dan menuturkan bait-bait yang sedap didengar ketika menolak penerimaan mudakhalah (izin laluan atau celahan).

Mungkin untuk membunuh pengaruh “textual” dikalangan kesemua pendebat adalah permintaan yang terlalu optimis dan diluar kemampuan setelah melihatkan perbezaan tahap kemampuan bahasa Arab yang agak ketara dikalangan pasukan bertanding, tetapi apakah pasukan-pasukan besar dalam debat masih perlu berada ditakuk ini? Apakah gambaran ini yang ditinggalkan sebagai tahap excellence tertinggi dalam debat bahasa Arab.

Kawan saya Atiq pernah memberitahu , yang baiknya berkenaan amalan debat bahasa Arab adalah pendebat akan menyebutkan perkataan seperti “hujah kami yang pertama adalah ……..”. Ini adalah gambaran tahap 'gentlemen' dan bersedia untuk dikritik tertinggi yang kebiasaannya tiada dalam debat bahasa lain. Alangkah baiknya jika trend sebegini digabungkan dengan unsur-unsur lain membawa kebaikan dalam debat.

4) Nama-nama besar

Debat bahasa Arab juga tidak ketinggalan melahirkan nama-nama besar.Cumanya gambaran kebelakangan ini, nama-nama besar baru agak jarang timbul. Walaupun ada banyak penjelasan terhadap masalah ini, tetapi dikhuatiri fenomena ini berlaku disebabkan trend semasa debat yang menjadikan pendebat sekadar bermentaliti kearah “mission accomplishment” dan bukannya menjadikan debat sebagai gelanggang mengetengahkan pembaharuan. Tidak wajar bagi pendebat-pendebat baru sekadar memikirkan tentang format yang pelu diikut dan ayat-ayat yang perlu dihafaz sebaliknya menjadi keperluan untuk memperkenalkan diri mereka dalam bentuk yang diingati dalam debat.

UM perlu menjelmakan watak baru yang mampu menyaingi kelibat (Iman). USIM pula perlu memikirkan pengganti super duper senior (Mardhiah dan Fareed). UIAM juga tidak wajar sekadar berbangga dengan bekas-bekas pendebat yang berkualiti (Nazri Atoh, Janah, Ikhwan, Hidayu).

Ada hakim yang meluahkan pandangan 3rd speaker UIAM, KISAS dan MAKTAB MAHMUD seakan-akan Salman. Samada benar atau salah, perlu dilakukan post mortem dan penilaian semula tahap pencapaian pendebat secara keseluruhan. Adakah kita sedang mendaki ataupun semakin lama semakin menuruni anak tangga. Dalam usia belum sampai sedekad, terlalu awal sebenarnya delegasi debat bahasa Arab memikirkan kearah kesempurnaan dan untuk berpuas hati. Belum pun kering keringat dari wajah-wajah yang meletakkan batu asas dalam debat bahasa Arab (Dr Rahmah,Ust Salah, Ust Ibrahim).

5)Dominasi

Dalam sukan sebenarnya dominasi itu baik. Dominasi Michael Shumacher dalam F1 satu ketika dulu menyebabkan banyak pembaharuan berlaku. Tetapi sebaliknya dalam ekonomi dan politik, dominasi kuasa-kuasa tua adalah mimpi buruk bagi pendatang-pendatang baru.

Apakah kesan dari dominasi pasukan-pasukan elit dalam debat bahasa Arab? Adakah ini memberi stigma negatif terhadap pasukan-pasukan baru ataupun lebih menggalakkan persaingan? Saya kira perkara ini perlu diberi perhatian secara serius oleh penyelaras debat bahasa Arab MADUM yang diketua Dr Majdi.

Sebagai bekas pendebat UIAM, saya senang setiap kali UIAM menang pertandingan, tetapi apabila memikirkan survival debat bahasa Arab, saya melihat apabila pertandingan dan kejuaraan lebih terbuka, kerancakan akan lebih dirasai. Bukanlah satu perkara yang pelik apabila pasukan kerdil menjuarai piala diraja bahasa Melayu, tetapi dalam bahasa Arab, hampir-hampir mustahil untuk melihat pasukan-pasukan baru menenggelamkan pengaruh UIAM mahupun USIM.

Untuk berusaha kearah mengurangkan impak dominasi, saya memikirkan kepentingan untuk memberi akses yang lebih adil dan saksama terhadap kesemua pasukan dalam mana-mana pertandingan.

Jika senarai tajuk yang dibekalkan adalah sekitar 12 hingga 15, semestinya pasukan yang dibarisi jurulatih-jurulatih hebat (UIAM dan KISAS) mendapat kelebihan. Hampir tidak masuk akal untuk melahirkan pendebat baru yang mampu mengkritik lontaran idea pendebat sehebat (Dr Majdi @ Ust Solah).J uga perlu diingat, bukan kesemua pendebat mendapat kemudahan kejurulatihan yang sempurna.

Untuk peringkat awal saya merasakan, perubahan pada senarai tajuk perlu dilakukan.Jika senarai 100 tajuk diberikan untuk setiap pertandingan, kesemua peserta dan pasukan akan mendapat akses yang lebih adil untuk pertandingan, sama-sama akan merasai kesusahan dan kesemua pendebat perlu memperjudikan pengetahuan am masing-masing disamping bekalan semasa latihan. Dalam keadaan ini, latihan intensif yang menjadi amalan UIAM dan USIM bukan lagi satu-satunya percaturan utama yang menentukan kejayaan.

Disamping itu , adalah baik kiranya kesemua pasukan dapat melihat dan mengambil manfaat dari kesungguhan UIAM dalam aspek latihan , kecekalan USIM dalam penganjuran pertandingan dan kekuatan AL JUNIED dan KISAS dalam melahirkan pendebat baru.

Sabtu, 25 Disember 2010

Debat Diraja 2010 ~ Seputar muhasabah...

Cerita Debat Diraja 2010 - bukan pengubat luka kekalahan kami semua dlm Debat Diraja 2009 yang lepas.. bahkan kesinambungan kekalahan kami dalam sejarah kategori debat bahasa Arab - Pertandingan Debat Diraja.Kali ini perit kekalahan lebih terasa (buat yang pendebat2 Arab UIA) apabila 2-2 team kalah di semi final. Mengulangi sejarah yang berlaku di  tahun 2006, apabila 2-2 team UIA pernah kalah di semi final ketika Debat Diraja 2006. 

Kekalahan demi kekalahan buat sy secara individu membuatkan sy tidak menggantung harapan tinggi utk merebut kembali piala pusingan yang telah dirampas USIM tahun lepas. Cukup hanya sekadar niat utk buat yang terbaik dan enjoy Royals terakhir sy dalam karier debat sy (klu ASEAN sy masih boleh main, i'll go for it i'Allah.. tak puas berdebat huhu..) AlhamduliLLAH dua-dua impian itu tercapai tanpa sedar atau tidak. Perasaan kecewa dan down tidak lagi terasa seperti dulu kerana apabila kalah pasti sy org yang pertama yang akan down dan emo. Kali ini tidak lagi. Mungkin perit sedih akibat kalah sy dah tak rasa sebab dah berkali2 kalah. Tapi tipulah kalau kata sy tak sedih akibat kalah. Sgt sedih sebab apabila mengenang ini Royals yang terakhir memandangkan sy sudah grad, dan apabila sy pandang balik ke belakang... tidak ada dalam karier debat sy walaupun satu kemenangan. Sejak memegang tampuk pendebat utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - kalah satu demi satu.... 

Memang sedih mengenangkan ini semua, tapi hanya satu konklusi yang mampu sy keluarkan drpd semua ini: 
" dunia debat bukanlah dunia yang ideal" , kalau kita kalah walaupun kita dah buat yang terbaik dan all out, kekalahan itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Time ni rezeki dan taqdir main peranan. Kalau ada rezeki kemenangan maka menanglah, kalau taqdir mendahului kita dengan kekalahan maka kalah lah. Tapi alhamduliLLAH kerana sy dan kawan-kawan telah buat yang terbaik. Itu faktor yang menyebabkan kami tidak kesal dengan kekalahan ini, tetapi kesedihan tetap dirasai kerana kami telah melalui sesi training intensif yang meletihkan dan penuh ujian dan dugaan. Namun sedikit sebanyak kesedihan itu hilang dengan support sesama kami dan kawan-kawan yang lain. Bila terkenangkan gelak tawa kami, lupa perit kekalahan yang menampar sanubari masing2. Ini cerita kami dan setakat ini bahagian kami uk tahun ini, qaddarAllahu ma sya'. AlhamduliLLAH kami telah melaluinya dengan baik ~~~

Tetapi ini pula review saya:

Yang pasti satu, penyebab kalah dan  menang mestilah diperbaiki. Dunia debat sepatutnya menjadi dunia yang paling jujur mengamalkan pemikiran kritis dan paling jujur dalam menilai. Unsur-unsur fallacy, self interest, prejudice, self bias mesti diketepikan untuk memastikan kita menghasilkan pertandingan debat berkualiti tinggi dan secara tidak langsung mengenepikan unsur dominasi sesuatu grup. Dah nama pun pertandingan DEBAT, maka sewajibnya setiap unsur pertandingan debat mempratikkan unsur critical thinking yang ada dalam debat. Bukan hanya wangi pada nama, tetapi dari segi perlaksanaan sama dengan perkara lain yang tercemar dengan unsur2 yang tidak baik. Kalau penilaian subjektif yang dipilih, carilah pertandingan dan dunia lain yang meraikan subjektiviti itu. Dunia debat bukan tempatnya kerana dunia debat dunia objektiviti dan tidak menerima subjektiviti dalam menilai. Itu secara teori yang mudah, namun sejauh mana perlaksanaan sy kira kita semua baik pendebat, alumni, hakim atau siapa shj yang terlibat mesti berusaha memperbaiki keadaan yang sedia ada menjadi lebih baik. Baik saya mahupun sesiapa shj yang berharap debat arab naik tinggi di persada dunia pastinya mengharapkan pertambahan pasukan-pasukan debat yang hebat. Sy tdak mengharap UIA mendominasi selama-lamanya pentas debat arab dalam keadaan ketiadaan pasukan-pasukan hebat yang lain. Kewujudan pasukan-pasukan debat yang hebat akan menghangatkan lagi pentas perdebatan dan meningkatkan kualiti pertandingan serta debat yang dipersembahkan, yang mana akhirnya merealisasikan impian - to be an established platform to prepare critical and well rounded young leaders of the ummah - 

To all debaters and alumni out there, let's work hand in hand together to improve our beloved Arabic debating arena. My job n ur job is not done yet until we realise this mission! 

Rabu, 10 November 2010

Straight to the point is easy and better.

Dalam perjalanan balik UIA, dengar kat IKIM fm cerita pasal bajet 2011. Good, I wanted to listen to the commentary of the 2011 for a long time but until now belum ade rezeki lah. Sepatutnya sy terus je ke direct resource utk find out about this budget yang so called controversial, but then bese la malas punye cerita jd tak tahu la pasal budget tu smpi sekarang scr penuh dan menyeluruh.

Mula-mula excited lah sebab panelis tu komen satu-satu... that's the beginning ONLY. But bila dah sampai tengah-tengah, beralih kepada pembangunan modal insan dan berpindah kepada kepentingan penjagaan kesihatan. Erk! The focus shud be BUDGET 2011 - an insight, but why meleret smpi tempat lain?

Bermasalah bukan?  Bermasalah atau tidak terpulang pada siapa yang mendengar. Yang positif mungkin akan terima semuanya sekiranya perkara-perkara yang dilontarkan adalah sesuatu perkara yang baik dan bermanfaat. Tetapi bg yang particular macam sy, itu satu perkara yang tidak patut berlaku.

Selasa, 9 November 2010

Let bygones be bygones is just not that easy....

What I'm gonna say... Ermmm, bila ada hati yang luka dan sedih disebabkan perbuatan orang lain...  mengundang seribu satu macam respon daripada org lain bila keluar statement - sy tensi dan sakit hati - selalu jawapan yang mungkin kita akan dengar macam ni:

a) ala dah la tu, bende dah lepas pun.. tak guna nak marah2...

b) u shudn't waste ur time thinking about them...

c) let bygones be bygones... 

d) just move on, don't let them strangle ur happiness...

or maybe it can be - sy simpati dengan awk... or maybe - tu lah klu awk tak buat hal dulu mesti org tu takkan buat cm tu kat awk...

Apa pun jawapan yang keluar, hanya diri kita yang tahu diri kita mcm mn. Org tak tahu apa yang kita rasa, begitu juga kita tak tahu apa yang orang lain rasa. The question that must be raised is that how can u be fair n just to urself and others. 

Teori let bygones be bygones - mudah utk diungkap dan apatah lagi mmg benar ia memberi kelapangan kepada kita. Mudah atau sukar utk melakukannya? Ia subjektif, bergantung kepada who, when, how and what . Masa pun bergantung.. ada yang mudah dan tak ambil masa yang lama, ada yang sukar dan kadang2 ambil masa yang panjang dan boleh jadi sangat panjang. But for me it's not that easy... SUKAR sy boleh katakan, apatah lagi dengan insan yang sering bikin hidup kita jadi sukar. Ada yang kita boleh jauhi, mungkin itu mudah, tapi dengan manusia yang sering terkait dengan hidup kita.. Sangat susah... Bukan tidak mahu melupakan, percayalah mmg nk sangat melupakannya kerana ia sering menghantui menyukarkan diri utk rasa happy. 

Tapi mungkin hanya ini yang mampu sy respon - this is my limitation, I cannot go beyond my limitation. Saya takut rasa sakit akan bertambah seandainya saya membuang perasaan ini jauh2 tanpa mengurusnya dengan baik. Mungkin ia bisa datang kembali dalam keadaan yang lebih teruk. Maka ini keputusan sy - biarlah sy dengan perasaan ini. Biarkan sy berhadapan dengan amarah, sakit hati dan tidak puas hati ini. Biar saya belajar utk menghadapi semua ini. Sy tidak mahu berlagak seolah-olah tidak ada apa2 yang berlaku. Byk yang telah berlaku, maka sy tidak boleh mengenepikan semuanya semudah ABC. Sy tidak boleh memuaskan hati semua org dan semua org pun sama. Sy tahu kapasiti sy, dan sy tahu sy akan lepaskan semuanya bila masanya sudah tiba. Memberikan ruang pada diri bukan satu perkara yang buruk. Bukan utk sy seorg, tapi utk awk semua juga.

Bila dalam keadaan rapuh hati dan rasa-rasanya macam mau pecah berderai ini bukan tazkirah berjela yang diperlukan, bukan perlu diberitahu apa yang betul dan apa yang salah pada waktu ini, silap hari bulan hati yang masih lagi dalam bentuknya boleh jadi pecah berderai dek kerana masa yang tidak sesuai. Apa yang diperlukan hanyalah UNDERSTANDING ataupun FAHAM keadaan. U cannot expect people to accept ur advice when u r not asked for it. Listen when u r able to and listen as how u want to be heard. If not, just pretend that u r listening or maybe u can ask to leave or to do other thing. 


My call to me n u , let's just be accomodative to others...  Trust me, insya Allah people will appreciate u more cos u make others feel happy.  Urm I guest I dun have to explain to u guys what that means.. hehe.. (^_^')

Ahad, 31 Oktober 2010

walaupun pahit... telan je lah...

"tak tau lah awk bleh buat ke tak, tapi kdg2 jd emotionless tu penting ..."  menambah lagi kata-katanya, "sy advise je, tak semestinya kene ikut pun, tapi kadang2 perspective org kene jaga juga... " itu ayat terakhir yg aku dapat malam tadi, macam biasa.. mmg selalunya perbualan kami akan memfrustkan aku, tapi aku tak tahulah ape yang buat aku percaya sgt dengan kawan aku yang sorg ni, walaupun selalu buat aku down... agaknya dah bese sgt down tu yang tak kesah kot.. tapi tipulah kalau kata aku tak frust dan letih... hurmmmm... agaknya satu yang menyelamatkan keadaan, objectivity...

Nk harap kene puji, mmg tak de lah, kene kutuk selalu lagi ade, tipulah klu aku kata aku tak terasa... pujian tu bukan utk aku, utk org lain... mmg byk sabar je lah klu tgk org lain kene puji... ye. agaknye mmg aku ni pantang kene puji, tu yang dia asyik kutuk je. Ada jgk sekali sekala tanya, "apasal asyik condemn je? kadang org lain buat lagi teruk dr sy..." jawapan yang diberi mmg haih sabar je la kalau dengar. (T_T)

Apasal boleh termelalut pasal mende2 nih?? think, think, think! hehe.. btw that's not the main story. The main story is that, ermmmm.. ape eh? Aiseh seriyes dah lupe... huuuuu... owh k, got it i think.. :p 

It's about all the things that I've always think and keep rewinding in my mind. I think for the whole year kot, paling teruk sem ni I guess. Commitment.. that's the word. Should I tell all the story here? Naah.. I'll keep that one, but here's the thing, teringin nk jadi malas n buat suka hati macam org lain, tapi I guess I'm not that brave to do it, or the word is I don't have that kind of sampai hati punye perasaan utk buat cm tu. But I guess with that kind of baik hati (lah sgt...hurmmm) selalu je jadi frust... yes I know that's the sign I wasn't sincere all this time, but trust me, if anyone was in my shoe, wud also feel the same. The thing that happened was not like what i expected, it's worse than that... Everybody wud blame me if I tell them what I feel, but I am in the condition of tersepit antara byk perkara.. Padahal ade je choice utk lari, ye ke???? I guess not... 

Altho my friend yang sorg ni selalu menghentam, or in  other way realistik (ye ke??) ye lah tu... but the thing that made me trust this person is that aku boleh cerita ape je.. Without rase bersalah.. Without controlling my emotion, I can tell all the story from A to Z, pastu lantak la die nk komen ape pun aku kene terime je... part ni kene hurmmmm... kadang2 ignore je, kadang2 hentam die balik (tp pastu kene counter balik la nnt), kadang2 telan je, selalunya mmg fikir banyak kali ape yang die ckp, reflect n ponder... but I tell u, it made me thinking all the thing that I had done...
 
So what's the correlation antara dua cerita berbeza nih? Hehe.. nothing, it's just that when keluar cerita yg kedua pada kawan aku yang sorg ni, the answer agak mengecewakan la... I mean in terms of application ie there's nothing I can do about it. Only an insight given and that's it. The only thing that I can do is keep on praying, may things become better.. may Allah ease evrything, n of course keeping up my commitment. But one thing for sure, I want to be happy n free from frustration. But how? There's one way that I know for sure.. kene balik rumah selalu... But I want to add more ways to help me smile n happy... not only going back home... And with this friend, I believe aku mmg akan keep on consulting dengan dia, as usual... walaupun pahit telan je lah... (@_@)