Ahad, 30 Oktober 2011

Good Luck!

I am pretty sure every debaters out there are busy with their intesive training at their respective campuses for the coming 5th ASEAN Inter-varsity Debate Championship that will be held in USIM from 10th until 15th November 2011. Thinking about those my juniors reminds me of my good old days and I believe my fellow seniors and friends would feel the same. Winning and losing, tear and joy, each one of us have our own very special memories and stories.

           Okay enough with reminiscing old time. Now back to the reality. I'm going to talk about you, present debaters whether you are my fellow juniors or my debaters friends in other universities as well. I believe all of you have your own motives joining this debate tournament and this debate arena. Whatever your motives are, I just want you to be clear about it. This path is not an easy one. Many have survived and became great debaters and many made it to stay till the end even though they ended up not winning anything, but they survived and persevere to till the end. But more could not make it. Your motives will determine your commitment in this field. If you are unclear about what you want from debate, you will end up losing your commitment and you will give up. So please ask yourself what is it that you want from this debate. If you are clear about it, insya Allah you'll make it to the end.

           Perkara kedua yang  saya mahu anda semua tahu ialah debat merupakan latihan berfikir kelas tinggi dan ia sendiri seni berfikir kelas tinggi melihatkan kepada 'nature' debat itu sendiri. Disebabkan ia 'tinggi', maka ia menuntut anda semua untuk berusaha keras supaya anda boleh menguasainya dengan baik. Bila saya kata berfikir maknanya bukan bahasa anda yang perlu menjadi fokus utama bila anda berdebat. Isi debat anda yang harus menjadi fokus utama bila anda berdebat.Debat seharusnya menjadikan otak anda aktif. Dengar lawan anda dengan baik, serap ke dalam otak anda lalu bandingkan dengan kes anda. Jangan jadikan debat satu benda yang statik, seharusnya ia panas dan menyeronokkan. Kunci debat yang baik terletak pada diri anda sendiri.

           Ramai yang masuk ke dalam dunia debat hanya sekadar menjadi pendebat biasa, tidak ramai yang berakhir menjadi pendebat hebat. Saya kira untuk menjadi hebat atau tidak terletak pada diri anda sendiri. Mencabar diri untuk menjadi seorang pendebat hebat bisa menggerakkan atur langkah anda menjadi lebih agresif, anda seharusnya menjadi lebih peka dan minda anda akan bergerak sentiasa. Salah satu kunci untuk menjadi pendebat yang baik ialah menguasai kemahiran berfikir secara kritikal (critical thinking). Untuk maju ke depan, jangan menonton debat arab sahaja, video debat melayu dan inggeris juga anda harus tonton. Sambil menonton nilailah sekali video-video tersebut. Dua kategori ini telah maju dengan baik sekali. Ambillah manfaat daripadanya. Ia boleh membantu anda menambah baik kemahiran debat anda.

      Harapan saya agar kalian semua dapat memberikan persembahan yang lebih baik daripada senior-senior yang telah mendahului kalian. Moga kualiti pertandingan kali ini lebih baik daripada yang lepas dan debat arab maju  ke depan lagi dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan debat bahasa-bahasa lain.

           To all my juniors and friends, current debaters of IIUM I wish you bit taufiq wan najah for this tournament. Semoga kali ini korang dapat bawa pulang piala baru ASEAN. Tiada apa yang mustahil andai korang sungguh-sungguh dan menggunaakan peluang sebaiknya. Good luck and do ur best! We'll keep u in our prayers, insya Allah... :)


Selasa, 18 Oktober 2011

Tahniah kepada semua!

           Alhamdulillah, setelah sepuluh bulan menanti, tamat lah secara rasminya gelaran saya sebagai pelajar ijazah sarjana muda di UIAM. Pejam celik, sepuluh bulan bukanlah jangka masa yang lama bahkan tempoh enam tahun belajar di sini juga telah berlalu tanpa disedari. Ya, ia sangatlah sekejap walaupun pada mulanya dirasakan sangat lama. Hujung minggu lepas semua bekas pelajar UIAM pulang ke Taman Ilmu dan Budi untuk menggenggam skrol tanda tamat belajar secara rasmi. Suasana seronok dan teruja semuanya dapat dirasakan oleh graduan-graduan. Tidak kurang rasa hiba dan sayu kerana inilah penamat bagi ikatan sebahagian besar graduan dengan Taman Ilmu dan Budi ini, dan juga kerana ia merupakan titik perpisahan dengan rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah sebelum membawa haluan masing-masing.

          Ada yang sudah bekerja, menyambung pengajian di peringkat sarjana, sedang mencari pekerjaan bahkan ada juga yang telah mendirikan rumahtangga. Yang pasti, pasca graduasi bukanlah satu situasi yang mudah kerana disinilah dunia sebenar yang perlu ditempuhi dan cabarannya sangat menduga mental dan emosi. Pada waktu inilah ramai graduan yang akan merasa betapa manisnya waktu belajar di kampus, tanpa tanggungjawab yang perlu difikirkan, tanpa tekanan daripada orang lain, bebas melakukan apa sahaja dan bebas membuat keputusan tanpa perlu menghiraukan banyak perkara. Selepas tamat belajar, macam-macam perkara yang harus difikirkan, karier, berumahtangga, membalas jasa ibu ayah, bayar hutang PTPTN, etc... Pokoknya memang akan berat kepala bila memikirkan semua ini, kalau sudah bekerja lain pula ceritanya. Memang hidup ini bukanlah semudah yang disangka, tetapi semua orang yang mendahului kita telah melaluinya, sekarang giliran kita pula.

          Apa pun cabaran yang mendatang, saya doakan agar kita semua dapat melaluinya dengan baik. Insya Allah khair kulluh. Dan sempena hari bersejarah anda dan saya, saya ucapkan TAHNIAH! atas kejayaan kita semua menamatkan ijazah sarjana muda masing-masing. Yang pasti ilmu, pengalaman, dan kemahiran yang kita timba di Taman Ilmu dan Budi pasti akan disimpan elok-elok dalam lipatan kenangan kita semua. (^_^)

         

Khamis, 6 Oktober 2011

Jewel In The Palace

       I supposed to continue writing about debate, but I am not in the mood to babble about it right now, hehe.. So bear with me ya. If you don't want to you don't have to read this. Ok, so moving on to the topic JEWEL IN THE PALACE. Have you watched this drama? It's korean drama based on the true story of Dae Jang-geum who was the first woman physician in the Korean history. This drama projects Jang-geum's life and turbulences that she faced as a Korean court lady to be until she turned to be the most renowned Royal physician aka doctor in her time. 

       Saya sangat la enjoy tengok cerita ni, sampai sanggup tak tido malam semata-mata nak mengkhatamkan cerita 54 episod ni, walaupun tengok cerita ni lompat-lompat dan skip episod hehehe.. (sebenarnya tak habis tengok lagi pon). Cerita ni memang sangat wajib dipuji dari penulisan skrip, arahan dan lakonan dan pelakon, pokoknya semua lah. Walaupun panjang sangat cerita dia, tak rugi tengok semua episod dia, sebab every episod ada signifikannya tersendiri.

      Jang-geum seorang perempuan yang sangat innocent, sabar, baik hati dan tidak pernah mengalah dalam menghadapi cabaran hidup. Plus, she's clever too. Mahu mencontohi dia yang tidak pernah mengkhianati saat dia dikhianati oleh orang lain, tidak berubah prinsip disaat dia diatas mahupun ditekan. Walaupun langkahnya selalu nampak lemah tapi dia sangat ditakuti kerana kejujurannya dan bakat yang dia ada. Tidak pernah mendengki walaupun ramai orang dengki akannya dan ada orang yang lain selalu lebih daripadanya. Tidak pernah kenal erti putus asa walaupun telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Dan bila berada di puncak kejayaan (lepas dapat gelaran Dae yang bermakna yang The Great dan tawaran cinta maharaja, yelah orang hati mulia dan cantik mestila raja pon suka kan.. hehe ), kejayaan itu tidak pernah mengaburi matanya daripada melihat apa yang dia mahukan dalam kehidupan, hidup dengan insan yang disayangi dan terus berbakti pada masyarakat. Kejayaan juga tidak menjadikan dia seorang yang sombong bahkan masih merendah diri dan terus belajar dan terus belajar untuk memajukan diri dan memberi manfaat kepada orang lain.

     Moral untuk diri sendiri, kalau ditimpa kesusahan dan ujian janganlah putus asa. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluarnya. Manusia akan selalu mengecewakan kita, tapi dalam masa yang sama dia tidak akan meninggalkan kita berseorangan dalam menghadapi ujian yang Dia beri. Andai merasa diri berseorangan, Allah tetap ada dan mengetahui semua masalah kita jadi  teruskan mengadu dengan Dia kerana Dialah yang memahami semuanya dan Dialah sebaik tempat mengadu masalah. Kalau Allah dah beri kejayaan syukurilah dan jangan merasa sombong dengan apa yang telah dikurniakan. Syukurilah dengan sentiasa memanfaatkan apa yang diberi dan memanfaatkannya juga untuk orang lain. Nak jadi permata bukanlah dengan ditatang macam minyak yang penuh tetapi mesti melalui macam-macam proses yang sukar dan menyakitkan. Hanya orang yang sabar sahaja yang akan berhasil menjadi permata yang berkilau dan disayangi semua orang.