Khamis, 21 Ogos 2008

Apa kita dah buat?

Tadi, lepas habis PGG session sy pergi ke experimental hall sbb ada talk pasal Palestin yg bertajuk "Gaza Under The Siege". AlhamduliLLAH dapat jugak dengar talk tu walaupun tak lama. Sy hanya sempat duduk dalam masa 10-15 min shj, namun cukup utk menyedarkan jiwa, fikiran dan iman sy yg selama ni tertidur dan diulit mimpi ttg keperitan rakyat Palestin dan tanggungjawab kita utk membela nasib mereka serta umat Islam seluruhnya. Bila renung balik, sy merasakan diri sy ni sangat teruk kerana sy rasa sy belum berbuat apa2 utk rakyat Palestin... sedangkan mereka di sana sangat menderita dan menambah burukkan lagi keadaan ini bila mereka dikurung di tembok besar di Gaza. Israel sedang berusaha keras utk membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan. Segala aktiviti yg melibatkan urusan keluar masuk dr sempadan Gaza disekat. Bekalan ubat2an, makanan, minyak dan segalanya tersekat kerana Israel menyekat apa saja urusan keluar masuk ke sempadan Gaza. Rakyat Palestin sedang dilanda masalah kebuluran, kekurang ubat2an dan pelbagai lagi masalah. Malahan masalah pengangguran sangat teruk kerana byk kilang2 telah ditutup akibat sekatan ini. Ramai rakyat Palestin mati akibat ketiadaan ubat dan peralatan yg cukup utk merawat mereka. Kesian dengan rakyat Palestin yg begitu teruk menderita sekarang. Apa yg boleh kita buat utk membantu mereka? Pertama sekali boikot barangan yg dikeluarkan oleh kroni-kroni Israel..... List syarikat boleh anda cari sendiri, hehe. Takpun boleh surf di entri yg terwal dalam blog nih. Kedua, sentiasa up to date tentang info Palestin dan sebarkannya kepada kawan2, keluarga dan sesiapa saja yg anda kenal. Ini penting supaya kesedaran kita tentang masalah Palestin sentiasa disegarkan dan tidak terlena serta terleka. Ketiga, janganlah kita lupa utk berdoa utk kesejahteraan rakyat Palestin dan semua umat Islam dalam setiap doa kita. Keempat, sumbanglah utk mereka melalui NGO2 yg berkenaan seperti Aman Palestin dan sebagainya. Kesemua cadangan ini jgnlah terhad pada rakyat Palestin saja tetapi utk semua umat Islam yg ada di mana saja. Mari sama2 kita bergerak membantu saudara2 seagama, moga hidup kita akan jadi lebih bermakna.

Tiada ulasan: