Jumaat, 29 Ogos 2008
Debate Class
AlhamduliLLAH kelas malam tadi best... this time giliran sy dan beberapa kawan2 yg lain debate. Macam biasa sy jadi 3rd speaker dan team sy jadi mu'aridhun. AlhamduliLLAH sy dapat perform dengan baik dan tak terlalu emo hehe. Cuma yg agak menyedihkan ada brother team sy langgar nizam munazarah so macam tak best la kan klu jadi macam tu. Tapi tak pe la sebab mungkin dia terlupa.Tapi part yg paling best waktu ta'liqat... Diorang cakap debat tu ok, pastu one of them cakap sy dengan jeah ada progress dan better lagi dari sebelum ni. Huhu berbunga-bunga hati kena puji... hehe. Tak baik la sy ni riak huhu. Sori la kawan2 kerana terpaksa mengadap tulisan sy yg perasan ni hehe... :D
Khamis, 28 Ogos 2008
Perjuangan Mempertahan Al-Aqsa Sudah Bermula
Contributed by gunxx on Monday, August 25 @ 11:11:37 MYT
Topic: Berita Semasa Isnin, 25/08/2008 -Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.
Tindakan tentera Zionis untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan membunuh jemaah Islam yang direstui oleh pihak kerajaan Zionis, sedikit pun tidak menggentarkan perjuangan mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa.
Abu Abir menggesa gerakan pejuang Islam agar bersatu dan menggerakkan usaha mempertahankan dan membebaskan Jerusalam daripada pihak Zionis yang berusaha merobohkan dan mendirikan kuil mereka.
Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Topic: Berita Semasa Isnin, 25/08/2008 -Perjuangan mempertahan masjid Al-Aqsa telah bermula dan semua pejuang mujahidin perlu bersiap sedia berkorban dalam melindungi Al-Aqsa, Abu Abir jurucakap Jawatankuasa Pejuang berkata demikian apabila pihak Zionis terus menerus melakukan aktiviti menggali dibawah Masjid Al-Aqsa sejak peristiwa kebakaran masjid Al-Aqsa 39 tahun yang lepas.
Tindakan tentera Zionis untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan membunuh jemaah Islam yang direstui oleh pihak kerajaan Zionis, sedikit pun tidak menggentarkan perjuangan mempertahankan kesucian Masjidil Aqsa.
Abu Abir menggesa gerakan pejuang Islam agar bersatu dan menggerakkan usaha mempertahankan dan membebaskan Jerusalam daripada pihak Zionis yang berusaha merobohkan dan mendirikan kuil mereka.
Note:
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
Rabu, 27 Ogos 2008
My First Tournament
AlhamduliLLAH dapat jgk join inter-kulliyyah arabic debating championship setelah ibu bg greenlight.. Mula2 rasa cam tak berapa yakin dengan diri tapi alhamduliLLAH dapat buat gak. Sy pnye peranan dalam team kami tak berubah, cuma jadi 3rd speaker buat radd.. di situ la sy nampak sy pnye kekuatan. Kalau nak explain hujah memang tak reti la. Bukan tak reti tapi kurang reti hehe.. We managed to win four rounds of prelim and we lose one time on the second round.. 5th round jumpe team yg kitorang kalah tu tapi alhamduliLLAH kami dapat mengalahkan mereka dalam debat yg agak sengit gak la. Margin 3 (menang tipis yg agak2 tak tipis la) pastu result hakim 2-1.... rasa puas hati sgt lepas lawan diorg sebab mmg all out abis la.... mmg teruk jugakla serangan kitorang. Kalau kami kalah dengan diorang mmg lima2 round la diorg mng tapi alhamduliLLAH kami dapat memecahkan dominasi diorang. Utk pengetahuan kawan2 semua diorg yg sy sebut tu adalah team IRK 2. Kitorang dapat masuk quarter final tapi kalah so berakhirlah perjuangan team kami (BARB 2) dalam pertandingan tersebut. Semalam finalnya. IRK 2 bejaya mengalahkan IRK3 dalam pertandingan tersebut. Diorg berjaya menjulang trofi juara dalam inter-kulliyyah kali ni. Huhu lepas ni harap2 ada lagi pertandingan yg menyusul sebab sejak join inter-kulliyyah hari tu, dah addicted la plak nk debate.Hmm boleh tahan jugakkan obsesi sy ni. To my classmate yg sy ade kutuk pasal bagi tajuk mustasyfayat tu, sy nak minta maaf byk2 sebab betul la cakap awk tu. Sy tersalah... Mohon dimaafkan sekiranya kata2 sy dlm entri sebelum ini agak menyinggung. Maaf sekali lagi.
Jumaat, 22 Ogos 2008
Debate class
Hari kelas debate berjalan cam biase cuma venue saja berubah dari adm lr 4 k ad lt 2. AlhamduliLLAH kelas tadi berjalan dengan lancar. Kelakar sikit kelas hari ini, sebab format hari ni luar biasa sket. Klu yg biasa 3 lawan 3 tapi tadi 2 lawan 2. Pelik la mula2 tu sebab cam ne nk debat klu 2 lawan saja. Sapa nk buat bidasan tapi ust menerangkan bahawa setiap org amik dua peranan... owh baru faham. Tapi ada sorg classmate kitorg bg cadangan kat ust tukar format... dia cadang supaya yg beri hujah dan takrif sume kat munazir yg pertama. yg kedua cuma buat bidasan saja. Owh cam tu pun bleh gak rupenye.... Br faham janji prinsipnya tak lari. Debat hari ni masa die tak selama cam biasa.. ok la tu... not bad la. For the next class giliran sy dan beberapa classmate yg lain utk debate... tajuk die hospital kerajaan lebih baik daripada hospital pakar. Ha? camne ni sepatutnya hospital kerajaan lebih baik daripada hospital swasta. Cam ne nk lawan klu cam ni. Nampak sangat berat sebelah... Pening2 walaupun dah explain kat ust kenapa tajuk tu kena tukar ust tak nk tukar kepada tajuk yg saya cadangkan. Yela mana tak nya, hospital pakar kan kebanyakannya swasta tapi ia cuma sebahagian daripada hospital swasta.. jadi tak leh nk wat muqaranah dengan betul la sebab sure2 la hospital pakar akan menang sebab mana lagi tempat utk merawat penyakit2 yg kronik..... huhu bengong2. Yg mencadang pun satu main sebut je tanpa wat timbang tara yg betul. Tapi alhamduliLLAH ust bagi peluang tukar tajuk lain hari isnin ni. Tgk la nanti macam mana, nk fikir tukar tajuk apa....
Khamis, 21 Ogos 2008
Al Quds Day!
21 Ogos ialah hari Al Quds.... diminta saudara saudari semua utk memakai pakaian yg berwarna hitam utk menunjukkan sokongan anda terhadap usaha-usaha rakyat Palestin utk membebaskan Palestin daripada cengkaman Israel. Semoga jasa baik kalian mendapat ganjaran daripada Allah SWT. Allahu Akbar!
Apa kita dah buat?
Tadi, lepas habis PGG session sy pergi ke experimental hall sbb ada talk pasal Palestin yg bertajuk "Gaza Under The Siege". AlhamduliLLAH dapat jugak dengar talk tu walaupun tak lama. Sy hanya sempat duduk dalam masa 10-15 min shj, namun cukup utk menyedarkan jiwa, fikiran dan iman sy yg selama ni tertidur dan diulit mimpi ttg keperitan rakyat Palestin dan tanggungjawab kita utk membela nasib mereka serta umat Islam seluruhnya. Bila renung balik, sy merasakan diri sy ni sangat teruk kerana sy rasa sy belum berbuat apa2 utk rakyat Palestin... sedangkan mereka di sana sangat menderita dan menambah burukkan lagi keadaan ini bila mereka dikurung di tembok besar di Gaza. Israel sedang berusaha keras utk membunuh rakyat Palestin secara perlahan-lahan. Segala aktiviti yg melibatkan urusan keluar masuk dr sempadan Gaza disekat. Bekalan ubat2an, makanan, minyak dan segalanya tersekat kerana Israel menyekat apa saja urusan keluar masuk ke sempadan Gaza. Rakyat Palestin sedang dilanda masalah kebuluran, kekurang ubat2an dan pelbagai lagi masalah. Malahan masalah pengangguran sangat teruk kerana byk kilang2 telah ditutup akibat sekatan ini. Ramai rakyat Palestin mati akibat ketiadaan ubat dan peralatan yg cukup utk merawat mereka. Kesian dengan rakyat Palestin yg begitu teruk menderita sekarang. Apa yg boleh kita buat utk membantu mereka? Pertama sekali boikot barangan yg dikeluarkan oleh kroni-kroni Israel..... List syarikat boleh anda cari sendiri, hehe. Takpun boleh surf di entri yg terwal dalam blog nih. Kedua, sentiasa up to date tentang info Palestin dan sebarkannya kepada kawan2, keluarga dan sesiapa saja yg anda kenal. Ini penting supaya kesedaran kita tentang masalah Palestin sentiasa disegarkan dan tidak terlena serta terleka. Ketiga, janganlah kita lupa utk berdoa utk kesejahteraan rakyat Palestin dan semua umat Islam dalam setiap doa kita. Keempat, sumbanglah utk mereka melalui NGO2 yg berkenaan seperti Aman Palestin dan sebagainya. Kesemua cadangan ini jgnlah terhad pada rakyat Palestin saja tetapi utk semua umat Islam yg ada di mana saja. Mari sama2 kita bergerak membantu saudara2 seagama, moga hidup kita akan jadi lebih bermakna.
Ahad, 10 Ogos 2008
Ramadhan oh Ramadhan
First sekali alhamduliLLAH sebab Ramadhan is around the corner... in sya Allah kita akan berpuasa tak lama lagi.. nk menempuh madrasah Ramadhan bukanlah satu perkara yg boleh diambil mudah tapi sebaliknya kena ada persediaan jiwa yg cukup supaya kita dapat melaluinya dengan penuh keinsafan dan memanfaatkan bulan tersebut dengan sebaiknya. Bile cerita pasal puasa ni, hmm tak tahu la nk cakp cm ne... sepatutnya sy rasa gembira bahkan sepatutnya bukan sy sorg tapi sume insan yg bergelar muslim... tapi asal nk masuk bulan Ramadhan cam rasa tak bersemangat je n mesti rasa alamak... hehe, hmmm cam ne nk buat ye? puasa pada sy agak merimaskan gak la sebab sy susah nk jaga... bukan pe, takut asyik batal la n macam2 lagi yg menyesakkan dada ni tapi alhamduliLLAH tak seteruk dulu.. sy teringin sgt nk puasa setenang org lain, relax n tak tension2, sy tak tension klu tak makan tapi tension klu puasa sy tak menjadi... so setiap hari sy rasa cam perang la..... ntah ape la sy ni. Org lain puasa relek je takkan la itu pun nk pening... moga Allah beri ketenangan pada sy dalam menghadapi Ramadhan yg akan datang ini ameen.... Dalam kepeningan ini sy tak perlu khuatir sebenarnya sebab saya ada Allah yg sentiasa memudahkan urusan sy tak kira masa dan tempat.. so ape yg sy nk takutkan, Allah is always there. Sori lah kawan2 sekalian sy wat soalan jawab sendiri. Mungkin salah satu cara nk menghadapi Ramadhan dengan hati yg tenang dan bersedia adalah dengan mempersiapkan diri kita utk menghadapi bulan yg mulia ini. Caranya tak yah ckp la.. byk dan terpulang kepada diri masing utk mencari cr yg sesuai dan serasi cume jgnlah sampai buat bid'ah.. we must remember that RasuluLLAH has warned us about this, kullu bid'atin dhalalah.. every bid'ah is deviant n tau2 je la klu dah sesat balasannya ape kan... neraka. na'uzubiLLAHI min zalik n ar Rasul also said man kadzaba 'alayya fal yatabawwa' maq'adahu min an nar... so klu wat sesuatu amalan mesti pastikan dalilnya sahih... huh jauhnya la sy melencong. wAllahu a'lam
Jumaat, 8 Ogos 2008
Debate
AlhamduliLLAH, hari isnin lepas, sy dah melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri bagi kabinet menteri yg semuanya perempuan, hehe... ni first time debate, selama ni tgk je tak pernah masuk arena pedebatan... mmg mengarut2 la gak, ni sume gara2 tak ready.. igtkan nk appeal kat ustaz suruh tangguh tapi tak de can so kene wat gak la debate tu.Tapi berbekalkan keyakinan dan azam yg tak le membara sgt tapi boleh la, alhamduliLLAH lepas gak.. siap dapat afdhal munaazir lagi walaupun pada hakikatnya saya tau sy tak layak dapat.. huhu tak pe lah... nk wat cam ne, take it from the positive side hehe. Bersemangat ni nk debate lagi.. byk improvement kene wat. First timer cam sy nih byk yg kene belajar lagi.
Sabtu, 2 Ogos 2008
Lupe? Entahla..
waa lamenye tak sy tak updete blog sy nih, teruk betul la sy ni, huhu... mase tu ade tapi malas nk tulis, sori la ye kengkawan klu masuk blog saya ni agak memboringkan.. sy sebenarnye tak lupe nk update blog ni, tapi malas nk menaip n berleter panjang2 hehe. sebenarnye banyak cerita nk ditulis tapi tak tercerita sbb tanganku ini malas utk menaip panjang2 hehe. tapi ada satu cerita yg sy rasa tak boleh tidak sy mesti kongsi dgn korang sume... sy ni ade satu perangai tak elok skit la kt org, sy ni selalu judge org at the first sight.. klu perangai die sy tak berkenan ke mesti sy akan menyampah dgn org tu terus.. antara org yg jadi mangsa (dalam diam) hehe ialah classmate sy. mmg sy tak berkenan tgk die, menyampah la klu tgk die kirenye... sy tak nk cakap kenapa sbb susah utk menerangkannya, very complicated... that is me! hehe ok, pastu nk dijadikan cerita, ada satu malam tu sy pi lib nk wat assignment(sbb esok lecturer nk tgk).. pastu sy pi la kat satu meja nih dan waktu tu plak classmate sy nih ade kt situ tgh wat keje gak.. bile isyak sy pi solat jap n sy mintak tolong die tgkkan beg sy.. balik dr solat, sy nk pi plak fotostat kamus n sy mintak tolong die tgk kan beg sy sekali lagi.. terukkan sy nih, hmmm tak pe la sambung lagi...waktu sy sampi kt tempat fotostat(dlm lib, lvl 4) ada tiga sis tgh nk fotostat n watu tu plak nk dekat kul sepuluh. lame gile sy tunggu kat situ nk tgu turn sy sampai, mana taknye sis yg dua org tu fotostat 230 pg, gile ar, huhu.. dalam hati, mintak2 sumenye Allah mudahkan.. waktu giliran sy, lib dah mule gelap... huhu sah ini mesti tak sempat wat so sy tinggalkan buku2 tu kt tempat fotostat n terus lari turun bawah, (cepat2 nk kuar sbb lib nk tutup dah) sy pi cari kawan sy ni balik, tgk2 die dah tak de.. huhu cam ne ni? tak pelah sy pasrah je, maybe kwn sy ni dah bawak balik kot beg tu n die akn pulangkan kt sy esok... tetibe sy ternmpak die ade kat luar lib, tgh duduk kt bench tunggu sy keluar... ya Allah dalam hati ini sy rasa cm nk nangis sgt2.. mesti die dah lama tgu sy kat luar, serba salah sgt sy dibuatnya... sy apologise kat die sgt2 sebab kua lambat n die kata takpe... pasti kami pun membawa haluan masing2 balik ke mahallah. dalam hati sy masa tak terkata apa, bersyukur sgt2 sbb Allah masih pelihara beg sy tu, tapi serba salah yg amat sgt sbb melalui org yg kite ade perasaan yg tak elok pd dia.. huhu.. dalam hati sy mengeluh, ya Allah zalimnya aku ni... teruknya aku ni, mcm2 lagi la... pengalaman itu memberi pengajaran besar kepada sy supaya sy sentiasa berbaik sangka dan perasaan pd sesiapa saja.. kerana mana tau satu hari nanti Allah akn mendatangkan pertolonganNya melalui org yg kite benci, huhu.. sy dah alami ini bukan sekali tapi byk kali... so ia memberi signal yg jelas pd sy supaya sy tak bleh ulangi perangai yg sama lagi. ya Allah terima kasih dan segala puji bagi Mu yg masih sudi mengurniakan secebis hidayah buatku walaupun aku sentiasa mengingkari perintahMu.. ampunkan aku ya Allah... ameen.wAllahu a'lam
Langgan:
Catatan (Atom)