Isnin, 19 Mac 2012

Hala Tuju Pelajar Jurusan Agama - satu introspeksi

Saya tidak mahu membebel panjang, kerana malas hendak memikirkan ayat yang 'proper' untuk ditulis dan ia tidak sepatutnya membantutkan saya untuk menulis apa yang saya fikir. Satu persoalan yang saya kira wajar kita semua dalami dan fikirkan bersama setelah sekian lama kita hidup dalam dunia retorik. Apakah sebenarnya hala tuju kerjaya pelajar jurusan agama?

Nah soalan ini, mungkin tajuk yang agak 'taboo'. Kerana bila dikaitkan kerjaya dengan agama seolah-olah ia tidak boleh disatukan langsung. Dengan alasan, belajar untuk mendapat keredhaan Allah, untuk membawa manusia ke arah jalan yang benar, untuk menjadi ulama' pewaris nabi, untuk mencari ilmu semata-mata dan sebagainya. Justeru apabila mereka ini ditanya: mahu jadi apa bila habis belajar? owh, bab kerja tak mahu fikir lagi. Belajar semata-mata untuk mencari ilmu. Kalau belajar sebab nak kerja, maknanya kita buat kerana sebab dunia. Sedar ataupun tidak, di zaman yang serba moden ini ada satu hakikat yang perlu difahami semua tentang pengajian tinggi. Pengajian tinggi bukanlah hanya semata-mata mendalami sesuatu disiplin ilmu dengan lebih berfokus tetapi ia juga bermatlamatkan kerjaya ataupun menyediakan  jalan-jalan khas untuk memastikan survival seseorang di masa hadapan mengikut minat, kemahuan dan kemampuan mereka.

Atas hakikat yang gagal difahami perkara ini dengan baik, kita gagal memanfaatkan graduan agama kita dengan lebih baik,  lalu apa yang terjadi, kita boleh melihat majoriti pelajar graduan agama hanya sekadar menjadi guru di sekolah. Saya tidak mahu mempertikaikan kepentingan kerjaya guru, namun kita harus faham guru juga adalah profession. Lalu apakah gunanya kita retorikkan pembelajaran ilmu agama di peringkat pengajian tinggi hanya untuk akhirat semata-mata kerana akhirnya pelajar-pelajar ini juga akan bekerjaya tetapi hanya kerana kelulusan yang ada hanyalah ijazah dalam bidang agama, hanya profession guru sahaja yang layak dipilih mereka.Terlalu minoriti jumlah graduan - graduan yang menyambung peringkat ijazah tertinggi akhirnya menjadi seorang yang benar-benar pakar dalam bidang yang didalaminya.

Sudah masanya kita mengorak langkah yang baru iaitu memikirkan hala tuju kerjaya pelajar dalam jurusan agama agar ia menjadi lebih jelas dan pelajar-pelajar ini tahu apa pilihan yang ada di hadapan mereka selepas mereka keluar dari universiti. Justeru, apabila hala tuju jelas maka saya kira mereka akan lebih bersungguh - sungguh dalam pelajaran. Sekiranya diteliti dengan baik perkara ini, saya kira bukan hanya bidang perguruan dan akademik sahaja yang boleh memanfaatkan pelajar jurusan agama, tetapi bidang-bidang lain juga begitu cuma ia masih belum jelas kerana tidak ada pencerahan yang dibuat secara telus tentang perkara ini.

Wallahu 'alam bis sawab

(mood saya : bingung dan frust kerana pelajar jurusan agama kita terlalu sedikit yang mencapai kelas A sehingga mampu menghasilkan kajian ilimiah berkualiti tinggi (ke memang tak ada?), dan saya tidak mahu melihat bidang agama menjadi bidang yang dipandang enteng, sepi dan sipi (tiada kualiti klu nk ikut bahasa sebenarnya... )

4 ulasan:

Ummu Majdiyya berkata...

i know ryte! hehe

Nurhuda Ramli berkata...

sajid, we've been ignorant all these while... yeah, and it's time to move forward :)

Thaaqhib Mohammed berkata...

be the change, come on!

Nurhuda Ramli berkata...

noam chomsky kedua!