Khamis, 22 Januari 2009

Marah?

Tadi kelas training berjalan cam bese, dan this time sy kene munazarah.... the debate was very 'panas'... alhamduliLLAH, i did perform well but not good enough to defeat my other friend yg mmg terer sgt.. ye la klu dah namanya singa dlm debat kan.. so jadi pengganas la die dalam debat tadi. the result as I guessed, sy n my team kalah.Farq ad darajah 4... huhu kecewanya sy. Sy marah sgt nih, plus kecewa plus frust plus n plus plus and plus888.... sy rasa macam nak makan org je, alhamduliLLAH sy tak bleh makan org klu tak mungkin ade org yg sy dah buat sandwich... this time mmg sy tak leh tahan, mmg rasa nk meletup2 je......huhuhuhu inilah sy, ada certain time sy ok but certain time sy gagal gak nk mengawal rasa hati.... ya Rabb pls forgive me. Tapi klu org tanye sy marah tak sekarang, sy dah sejuk sikit, tapi frustration sy masih lagi banyak bakinya huhu.. :(

Selasa, 20 Januari 2009

Ngantuknyer... :(

Sedang posting ini sedang ditulis jam telah menunjukkan pukul 1.15 pagi.... waktu utk tido dah ni, tapi memikirkan kerjaku yg belum selesai, tak boleh nk tido lagi la gamaknya. huhu.... ok seputar kejadian hari ni, alhamduliLLAH there were a lot of things that i learnt today... and also not forgetting a lot of wonderful things happened. A friend of mine cerita pasal tahajud and qiam which made me thinking a lots today.. huhu seems it was a signal from Allah that I must start to wake up early in te morning to perform tahajud.. if not now, when i would be starting to do it? Chaiyok.. May Allah help me along the way ameen... i met my friends today and alhamduliLLAH there were fine. And also something had happened as usual but still for me it's really strange.. why must certain people behave in a 'particular' way towards me again and again and again which really bothers me a lot. But if compare to the reality, it couldn't be like what i think.. selalu la jadi cam tu.. kadang2 dah fed up dah tapi nk wat cam ne ttp akan berlaku bende yg sama gak... I don't know why it happened.. Huhu klu la boleh ku tahu ape maksudnye kan ke bagus? Boleh gak nk takhtit ape lepas ni tak pun menghilangkan segala teka-teki yg bermain di mindaku ini huhu... hmmm what else? owh dapat makan ngan k Aishah hari ni.. huhu, dalam hati ni terlintas, tak mau la nk kcu k Shah lagi, mesti die sibuk gile, bile la dapat jumpa dia? Time nk maghrib tadi.. tibe2 k Shah msg ajak bukak pose sekali... uh uh tak ku sangka Allah makbulkan harapanku, alhamduliLLAH hamdan kathira... hmmm cam bese la, hr ni mcm 2 bende aku nk citer ngan k Shah, tapi tak nak la citer byk2 takut k Shah boring... malu pun ye gak..hehe... patu dgr cite k Shah yg besenya akan wat aku berfikir ttg diriku ini, byk yg kene diperbaiki. AlhamduliLLAH for the nice and beautiful day. Ngantuknyer.. bile la maktabah syamilah ni nk abih download huhu

Jumaat, 16 Januari 2009

Rabu, 7 Januari 2009

Palestin Mengharap Doa Kita


To all my friends, sy menyeru kepada diri saya sendiri dan anda sume agar tak lupe utk terus dan terus berdoa utk rakyat Palestin.. Percayalah sesungguhnya pasti ia tidak sia-sia kerana Allah Maha Mendengar akan doa-doa hamba-hambaNya walaupun ianya hanyalah sekadar sepotong doa. Yang penting kita istiqamah dalam doa kita... Moga-moga Allah memakbulkan doa kita sume agar menurunkan bantuan dan kemenangan buat rakyat Palestin,ameen......


Selasa, 6 Januari 2009

Mari boikot Coca- Cola, Colgate, Starbucks (penyumbang kepada yahudi)

Kempen Boikot Colgate, Coca-cola Dan Starbucks Coffee Diteruskan



MELAKA, 21 Sept (Bernama) -- Aman Malaysia dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan meningkatkan kempen pada bulan Ramadan ini untuk memboikot tiga produk barangan pengguna dari Amerika Syarikat (AS) yang diketahui menjadi penyokong kuat Israel.

Penyelaras Aman Malaysia Datuk Mukhriz Mahathir berkata tiga produk itu ialah Colgate, Coca-Cola dan Starbucks Coffee.

"Kita mahu boikot ke atas tiga barangan ini ditingkatkan kepada semua lapisan masyarakat terutama pelajar kerana pengeluar dan pemilik tiga barangan ini dari AS diketahui memberi sokongan kuat ke atas rejim Zionis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Forum Globalisasi yang dianjurkan oleh Universiti Multimedia di sini Khamis.

Beliau berkata usul memboikot tiga produk itu telah bermula sejak dua bulan lepas dan ia membawa impak kepada pengeluaran dan pengedaran produk itu di negara ini.

"Saya telah dihubungi oleh pengeluar Coca-Cola yang menyatakan mahu mengadakan pertemuan berhubung usaha kita memboikot barangan mereka," katanya.

Aman Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan Yayasan Kerjaya Malaysia ialah antara beberapa NGO yang telah menyuarakan secara rasmi memboikot ketiga-tiga produk berkenaan.

Beliau berkata sumbangan masyarakat dengan beralih kepada produk lain akan membawa impak besar dalam keamanan sejagat sebagaimana yang dicita-citakan.

Isnin, 5 Januari 2009

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.

Dipetik dari www.palestinkini.info

Contributed by gunxx on Wednesday, December 31 @ 00:58:05 MYT

Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.


Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?


Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?


Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.


6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?


HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.


7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?


Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.

8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?


Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

Khamis, 1 Januari 2009

Erti Sebuah Pertunangan

Assalamualaikum sume, sori sbb dah lama tak update... sy nk share ngan korg semua satu posting yg agak menarik perhatian saya. Semoga kalian mendapat manfaat daripadanya. Klik kat sini ye.. :)