Jumaat, 31 Oktober 2008

Jadilah Insan Unik

AlhamduliLLAH 3 paper dah habis... Petang tadi saya baru selesai paper BM. AlhamduliLLAh bleh jawab, hopefully resultnya pun nanti tak mengecewakan, ameen. Selesai exam saya ke masjid utk solat asar. Selepas solat, saya amik keputusan utk stay sebab nk dengar kuliah yang sedang disampaikan. Saya tak pasti apa tajuknya dan saya pun tak kenal penyampainya, yang pasti isinya cukup menarik hati saya utk terus mendengarnya sehingga habis. Dia cakap be unique person in the sight of Allah. Dengan cara itu, Allah berkenan utk mengurniakan kita maghfirahNya, taubat dan rahmat daripadaNya. Hmm bile terdengar dr tu cakap cam tu, sy terfikir apa maksudnya dan macam mana nk jadi unik pada pandangan Allah. Lepas tu dr tu explain lagi, nk jadikan diri kita unik, buat satu amal kebaikan yang kita boleh istiqamah atau ape sahaja bende yang baik, supaya dengan ape yang kita lakukan Allah berkenan nk beri taubat pada kita, nk hapuskan dosa2 kita dan mengurniakan rahmat buat kita. Ok lah kalau kawan2 baca sy punye tulisan ni, mesti korang peningkan nk faham atau mungkin terfikir tak ade ape yg pelik atau istimewanya kenyataan ini... atau ape2 sahajalah. Sy beri satu kisah moga ia dapat memahamkan korang sume ape maksud kata2 tadi. Seorang lelaki yang sering membuat maksiat bertaubat dan mengerjakan umrah (tak pasti yang mana dulu, tapi yang pasti die bertaubatla), lepastu tak lama balik dari umrah dia meninggal dunia. Orang pun hairan la kenapa dia boleh mati dalam keadaan yg begitu baik sedangkan semasa hidupnya tak pernah solat dan sering melakukan maksiat kepada Allah. Isterinya pun jawab, sewaktu suaminya hidup, datang je bulan Ramadhan dia akan suruh isterinya masak utk dibawa ke satu tempat yg mana tak de ape utk dimakan. Tak pasti rumah tu atau tempat tu ada berapa orang tapi cam tulah ceritanya. Setiap hari suaminya akan mengahantar makanan tersebut ke tempat itu setiap kali tiba Ramadhan. Walaupun hidupnya sentiasa dibelenggu maksiat namun Allah bagi dia hidayah utk bertaubat sebelum tiba ajalnya.Mesej yang saya nak kongsi dengan kawan2 sekalian bukan tak pe utk maksiat pada Allah asalkan ada benda baik yang kita buat, bukan yang tu. Mesejnya ialah, kita ni manusia yang lemah dan sentiasa tersungkur dalam lembah dosa dan kesalahan, jadi kita tak tahu apakah kita ni kita sempat bertaubat atau tidak. Ada faktor tambahan lain yang boleh meningkatkan kebarangkalian utk kita beroleh rahmat dan keampunan daripadaNya, iaitu kebaikan yg telah kita lakukan. So buat lah apa sahaja yg mudah kita nk istiqamah, baik ibadah ataupun kebaikan ataupun ape sahaja, moga ia boleh menjadi visa atau pasport buat kita utk beroleh ampunan, rahmat dan maghfirah Allah dalam meniti perjalanan hidup ini. Maaflah sekiranya kalau baca posting ni makin keliru, yang menulis ni tak pandai nak menulis sangat... hehe

2 ulasan:

Muhammad Azli Shukri berkata...

menarik tetapi pening.

Nurhuda Ramli berkata...

sy pun pening gak sebenarnye... pening nk cakap ape yg sy dapt... hehe, tapi thanx sbb sudi baca walaupun agak memeningkan