Khamis, 18 September 2008

Warkah Daripada Seorang Senior

* sy jumpa ni kat shoutbox e-learning (LMS)

Hai :) May all of u in a good condition of health and iman. Ameen
Alhamdulillah, this is my last semester in IIUM, hoping that I will finish and 'lum sum' all things in smooth and great way :)
Dear friends, wanna share with u all something. Just couple of things from a 'kakak : your senior'
Life is a journey dear. Semoga kalian dapat menikmatinya dgn sesungguh rasa. Menikmati hidup dengan peraturan dan teratur. Ya, hidup di kampus bukan semudah makan nasi (maybe: )
Buat kerja baik-baik. Belajar dgn sepenuh hati, lakukan tugasan dgn cemerlang dan berbakti dlm maksima yang mungkin. Nak tahu??
..gembira orang lain, adalah keberkatan untuk kita semua.
(Benarkah??)
..insyAllah, benar teramat benar. Bila memuliakan guru, menggembirakan sahabat dan membantu sesama kita, hati yang terpalit adalah rasa bahagia. Kita ada kelebihan, kita ada kemampuan untuk memberi kebahagian untuk orang lain.
Masuk UIAM kan?? Hebat tu, jadi kita mmg besar berpotensi untuk memberikan kebahagiaan utk diri dan org lain :)
Hidup di kampus dengan rasa ingin berbakti dan berkongsi. Tidak hidup sendiri dan 'nafsu-'nafsi'. Ia seumpama menaungi bumi UIA yg indah ini dgn kasih sayang yang bakal merimbunkan pesona insan-insan yang akan, bakal dan telah berjaya.
Kebahagiaan bukan saja terletak pada gulungan ijazah yang kita terlalu mahukan :)..kebahagiaan sebenar bila potensi diri , kelebihan diri dan kebaktian hati...dikongsi dengan yang lain, kerna Tuhan. Ia, mencari redha Tuhan kitaa.
Kita terpilih di Bumi indah UIAM, antara khalayak ramai. Ilmu agama, sosial dan subjek2 yang boleh membantu untuk membentuk jatidiri ampuh.
Keluar nanti dr UIA, kita mampu menyumbang pada komuniti. Tak banyk, sedikit jadilah. Kita mahu lihat adik-adik kita belajar dan mengajar, daripada dikejar polis dek merempit. Kita mahu lihat anak-anak yatim terjaga dan dipelihara. Kita mahu lihat tiada lagi jenayah di bumi Malaysia.
Kita mahu semua orang berilmu dan berbudi. Barulah semua orang juga akan berjaya, akan bahagia.
Kitalah..kitalah, yang bakal menggerakkannya. Kita..tanggungjwab kita.
Diriku, akan melangkah dulu nanti. Untuk adik-adik, sahabatku di Taman Ilmu dan Budi ini, teruskan belajar, dan jadilah insan yang memberi. Jadilah nilai-nilai yang membawa senyuman. Jadilah insan yang tahu berterima kasih, sekurangnya pada guru-dan pensyarah yg byk berbakti, pada ayah dan bonda yang keringat mereka merembes byk demi lelah menghantar kita di sini.
Kita juga boleh menjadi sehebat Dr Muzaphar. Misi kita tinggi, kitalah pengerak yang diharapakan. Bukan orang lain, tapi kita.
Salam pemuh hemat dari seorang senior :)

by: empunya no matrik 0327694

Tiada ulasan: