Rabu, 17 September 2008

Ujian.....

Bila perkataan ni disebuts, pasti akan terlintas di fikiran semua org, manusia manala yg tak diuji, siapa2 pun akan kena uji. Cuma ujian itu datang dalam bentuk berbeza2 dan bergantung kepada situasi individu. Cerita pasal ujian ini, sy cukup simpati (harap bloeh meningkat lagi menjadi empati) dengan kawan saya. Adiknya kena accident minggu lepas dan agak kritikal waktu mula2 kena tu... bleeding kat kepala dan retak tulang tengkoraknya... 2 kali transfer hospital, dari banting ke klang, kemudian ke sungai buloh. Dan alhamduliLLAH keadaan dia dah stabil, tapi masih lagi tak sedarkan diri dan berada di icu . Pastu plak mak dia masuk wad sebab cirit birit.Bile dgr cerita kawan sy yg sorg ni dan masalah yg dihadapi keluarganya sejak adiknya masuk hospital ini, betapa sy merasakan diri ini seharusnya dan mesti bersyukur sgt2 kepada Allah Tuhan Yg Maha Memberi kerana lahir dalam keadaan keluarga yg stabil ekonomi dan kondisi... AlhamduliLLAH syukur ya Allah. Terima kasih Allah di atas segalanya. Hmmm dalam hati sy terfikir, sebenarnya kawan sy ini bertuah kerana Allah dah pilih dia dan keluarganya utk diuji dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat buatnya dan keluarganya sepanjang hayat mereka di muka bumi ini... ameen. Semoga Allah limpahkan kesabaran ke atas mereka dan melimpahkan ke atas mereka kesabaran dalam menghadapi ujian yg berat... ameen. Pastu kawan sy cerita pasal ada sorg budak tu, kena sawan tapi parents terlambat hantar gi hospital, meninggal. Sy pun cakap kat kawan sy, mesti mak dia pun tak bajet anak dia nk pergi awal, sebab semuanya berlaku begitu cepat. Tak pe lah, insya Allah sudah pastinya dia akan menjadi penyelamat ibunya di akhirat nanti... buat ibu tersebut dan keluarganya , moga ALLAH melimpahimu dengan kesabaran dan rahmat sepanjang masa ameen. Yang pastinya perginya budak itu dalam keadaan rahmat, namun persoalan buat kita, apakah pengakhiran yg bakal menunggu. Adakah baik ataupun buruk... kitalah yg menentukan destinasi kita dengan izin dan taqdir Allah.. Maka sentiasalah bersiap sedia utk menghadapinya yang kita tak tau bile ia akan menjelma.. moga2 kita semua tergolong dalam golongan org2 yg berbuat kebaikan. Sama2lah kita berusaha!

Tiada ulasan: