Isnin, 14 Julai 2008
Welcome back to our beloved campus!
AlhamduliLLAH, sem 1 2008/2009 dah mula.. huhu dah taun dua dah sy ni. Menjejakkan kaki ini semula ke iiu sgt mengujakan. Bukan ape, bersemangat utk bangkit semula dan membetulkan kesilapan lampau akibat terlalu leka agar sejarah yg dilakar tidak akn membuat sy merasa menyesal apabila sy menoleh pdnya kembali. Harapan utk buat yg terbaik dan melakar kecemerlangan dalam sem ini hingga seterusnya semakin berkembang. Moga sy tidak mengulangi lagi kesilapan lampau.. rsk kelakar plak tgk adik2 first yr yg baru masuk, yela bukan ape bile tgk diorang teringat masa first year dulu.. kelam kabut la, sesat la, takut2 la, pastu cr kelas tak jumpe la... mcm2 pengalaman br ditimba.. AlhamduliLLAH dah masuk taun dua dah pun, tak rs cm dah lama sgt kt uia ni, tapi dtg kembali dengan jiwa dan harapan yg baru, bukan dgn rs kecewa yg tak berkesudahan
Ahad, 6 Julai 2008
Pertukaran tempat..
Venue perhimpunan PROTES ditukar ke stadium mbpj Kelana Jaya dan akan berlangsung hingga tgh malam ini... Maila kita beramai-ramai ke sana.. tunjukkan bahawa anda peduli akan nasib rakyat Malaysia.. Hidup Rakyat!
Khamis, 3 Julai 2008
Memori 1 Julai di Stadium Melawati
Ptg semalam, promo himpunan di stadium melawati shah alam malam 1 julai malam dihebahkan di beberapa buah laman web... dlm benak fikiran sy terfikir, aik betul ke ada ceramah malam ni kt stadium tuh? sebabnye klu ceramah atau perhimpunan besar2an mestilah hebahannya dibuat beberapa minggu sebelum itu lagi, hati rasa cm tak yakin je tentang hebahan tersebut.. Sy tanya pd ayah, betul ke malam ni diorang nk wat kt melawati mlm ni? Ayah sy jawab betul la tu... jawapan tu meyakinkan sy walaupun bukan 1oo%.. perhimpunan mlm tu betul2 ad-hoc, tanpa persediaan yg awl... Sy berkobar2 nk pi melawati mlm tu, sebab nk dengar sendiri cerita sebenarnya daripada Anwar Ibrahim tentang cerita dan isu terbaru yg berkaitan dgn dirinya.. mlm td mak sy meneruskan jugak kelas tuisyennya walaupun kami berhasrat nk pi stadium awl, ye la takut tak sempat dapat tempat duduk. Tp kelas jalan jugak, lepas kelas kami bergegas solat isya dan setelah terus berkereta menuju ke.. waktu tu dalam pukul nk dekat 10.30.. dlm hati berkata sempat ke nk dengar Anwar cakap.. tapi alhamduliLLAH we made to arrive at melawati dalam sebelum 10.45.. bile sampai kt depan tesco extra nk cr parking, kami sgt terkejut.. subhanAllah byknya kereta.. parking lot depan stadium penuh, tepi jalan pun penuh dengan kereta, sampai byk jugak keta yg parking atas divider jalan.. SubhanAllah, Allah Maha Kaya, bygkan hebahan tu br petang tu dibuat itupun di internet, tapi yg berkumpul malam tu cukup ramai, seolah2 perhimpunan malam itu telah dihebahkan seminggu awal... ad-hoc cam tu pun bleh kumpul org seramai tu.. dalam stadium, waktu kami sampai anwar sedang berucap.. kami amik ms gak la nk cr port nk tgk anwar berucap.. AlahamdulIllah dapat walaupun terpaksa berdiri. tak pelah janji dapat tgk anwar berucap. 3/4 stadium melawati penuh yg 1/4 lagi tu tak de sape nk duduk sebab membelakangi pentas berucap... AlhamduliLLAH penerangan yg diberi melegakan hati yg runsing.. kes yg timbul adalah utk mengalihkan pandangan dan tumpuan rakyat drpd isu-isu besar yg sedang melanda negara, iaitu kes altantuya, kenaikan harga minyak, isu kredibiliti kehakiman dsb. anwar habis berucap kire2 dlm pukul 11 lebih sket sebab ade program lain.. kami amik keputusan kuar stadium lewat sket sebab mesti kat luar org berasak2 nk kuar dari stadium.. bile melihat ramainya manusia yg kuar, dlm hati terdetik subhanAllah.. ni br program ad hoc dan di shah alam, klu 6 hb nanti camne la agknya ramainya manusia nanti di pj... isu yg ditimbulkan sekarang bagi mencurah minyak ke api.. menambahkan sakit hati rakyat yg sememangnya tengah membengkak dan panas disebabkan isu minyak dan juga menghilangkan lagi rasa kepercayaan rakyat kpd pimpinan negara.. rakyat bukan bodoh, dah bleh bc dah ape yg akan berlaku, kerana ini hanya ulangan peristiwa 1998...
malam itu kami pulang dengan harapan semoga keadaan akan jadi lebih baik.
malam itu kami pulang dengan harapan semoga keadaan akan jadi lebih baik.
Selasa, 1 Julai 2008
PROTES 6 JULAI
hari ahad ni akan berlaku demo besar-besaran bantah kenaikan minyak. demo ini bukan utk mencetuskan huru hara dalam negara tetapi untuk menyampaikan mesej yg jelas kepada kerajaan bhw rakyat membantah kenaikan ini kerana ia sangat melampau dan menekan hidup rakyat. adakah munasabah malaysia negara pengeluar minyak menjual minyak pada rakyat sendiri pd harga yg sgt tinggi... malaysia bukan negara yg bukan mengeluarkan minyak jadi tak patutla klu rakyat malaysia 'menikmati' harga tinggi petrol dan diesel kerana secara logiknya apabila minyak naik harga di pasaran dunia maka malaysia akn lebih untung, jadi tak patut malaysia naikkan harga petrol dan diesel sendiri pada rakyat kerana minyak itu adalah hak rakyat utk menikmatinya dan klu pun malaysia beli minyak luar, keuntungan yg berlipat kali ganda dr jualan minyak yg mereka dapat boleh dijadikan sebahagiannya subsidi kepada rakyat... hakikatnya kesan daripada kenaikan harga minyak ini ramai yang menjadi miskin kerana harga barang sume melambung.. nk mkn pun susah dan kene ikat perut... sebagai mahasiswa selaku juru bicara ummah adakah kita patut duduk diam dan tidak payah bersama dengan masyarakat utk menyuarakan mesej yg sama? adakah kita patut duduk diam sedangkan ibu dan ayah kita sangat terbeban akibat kenaikan harga minyak ini? adakah kita patut diam sedangkan sebilangan besar rakyat di malaysia dimiskinkan oleh kenaikan harga minyak ini? adakah anda boleh duduk diam sedangkan jika anda grad dalam masa dua tiga tahun akan datang anda tidak dapat sebarang pekerjaan kerana berlaku inflasi dan kemelesetan ekonomi yg berpunca drpd kenaikan minyak? adakah patut anda duduk diam sedangkan nanti anda akan kene bayar hutang ptptn dan dengan duit apa anda nk bayar sekiranya nanti anda tak ada pekerjaan? sedar atau tidak kesan kenaikan harga minyak ini boleh 'meranapkan' hidup kita sekiranyaberterusan.. jadi anda mahu duduk diam lagi? mmg tak patutla klu kita selaku mahasiswa(golongan cerdik pandai, tahu berfikir) tak buat apa2.. ayuhlah tunjukkan bahawa anda berfungi dalam masyarakat dan peduli akan nasib mereka dan nasib anda sendiri di protes 6 julai nanti di pj nanti...
Langgan:
Catatan (Atom)