Selasa, 1 Julai 2008

PROTES 6 JULAI

hari ahad ni akan berlaku demo besar-besaran bantah kenaikan minyak. demo ini bukan utk mencetuskan huru hara dalam negara tetapi untuk menyampaikan mesej yg jelas kepada kerajaan bhw rakyat membantah kenaikan ini kerana ia sangat melampau dan menekan hidup rakyat. adakah munasabah malaysia negara pengeluar minyak menjual minyak pada rakyat sendiri pd harga yg sgt tinggi... malaysia bukan negara yg bukan mengeluarkan minyak jadi tak patutla klu rakyat malaysia 'menikmati' harga tinggi petrol dan diesel kerana secara logiknya apabila minyak naik harga di pasaran dunia maka malaysia akn lebih untung, jadi tak patut malaysia naikkan harga petrol dan diesel sendiri pada rakyat kerana minyak itu adalah hak rakyat utk menikmatinya dan klu pun malaysia beli minyak luar, keuntungan yg berlipat kali ganda dr jualan minyak yg mereka dapat boleh dijadikan sebahagiannya subsidi kepada rakyat... hakikatnya kesan daripada kenaikan harga minyak ini ramai yang menjadi miskin kerana harga barang sume melambung.. nk mkn pun susah dan kene ikat perut... sebagai mahasiswa selaku juru bicara ummah adakah kita patut duduk diam dan tidak payah bersama dengan masyarakat utk menyuarakan mesej yg sama? adakah kita patut duduk diam sedangkan ibu dan ayah kita sangat terbeban akibat kenaikan harga minyak ini? adakah kita patut diam sedangkan sebilangan besar rakyat di malaysia dimiskinkan oleh kenaikan harga minyak ini? adakah anda boleh duduk diam sedangkan jika anda grad dalam masa dua tiga tahun akan datang anda tidak dapat sebarang pekerjaan kerana berlaku inflasi dan kemelesetan ekonomi yg berpunca drpd kenaikan minyak? adakah patut anda duduk diam sedangkan nanti anda akan kene bayar hutang ptptn dan dengan duit apa anda nk bayar sekiranya nanti anda tak ada pekerjaan? sedar atau tidak kesan kenaikan harga minyak ini boleh 'meranapkan' hidup kita sekiranyaberterusan.. jadi anda mahu duduk diam lagi? mmg tak patutla klu kita selaku mahasiswa(golongan cerdik pandai, tahu berfikir) tak buat apa2.. ayuhlah tunjukkan bahawa anda berfungi dalam masyarakat dan peduli akan nasib mereka dan nasib anda sendiri di protes 6 julai nanti di pj nanti...

Tiada ulasan: