Cerita Debat Diraja 2010 - bukan pengubat luka kekalahan kami semua dlm Debat Diraja 2009 yang lepas.. bahkan kesinambungan kekalahan kami dalam sejarah kategori debat bahasa Arab - Pertandingan Debat Diraja.Kali ini perit kekalahan lebih terasa (buat yang pendebat2 Arab UIA) apabila 2-2 team kalah di semi final. Mengulangi sejarah yang berlaku di tahun 2006, apabila 2-2 team UIA pernah kalah di semi final ketika Debat Diraja 2006.
Kekalahan demi kekalahan buat sy secara individu membuatkan sy tidak menggantung harapan tinggi utk merebut kembali piala pusingan yang telah dirampas USIM tahun lepas. Cukup hanya sekadar niat utk buat yang terbaik dan enjoy Royals terakhir sy dalam karier debat sy (klu ASEAN sy masih boleh main, i'll go for it i'Allah.. tak puas berdebat huhu..) AlhamduliLLAH dua-dua impian itu tercapai tanpa sedar atau tidak. Perasaan kecewa dan down tidak lagi terasa seperti dulu kerana apabila kalah pasti sy org yang pertama yang akan down dan emo. Kali ini tidak lagi. Mungkin perit sedih akibat kalah sy dah tak rasa sebab dah berkali2 kalah. Tapi tipulah kalau kata sy tak sedih akibat kalah. Sgt sedih sebab apabila mengenang ini Royals yang terakhir memandangkan sy sudah grad, dan apabila sy pandang balik ke belakang... tidak ada dalam karier debat sy walaupun satu kemenangan. Sejak memegang tampuk pendebat utama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - kalah satu demi satu....
Memang sedih mengenangkan ini semua, tapi hanya satu konklusi yang mampu sy keluarkan drpd semua ini:
" dunia debat bukanlah dunia yang ideal" , kalau kita kalah walaupun kita dah buat yang terbaik dan all out, kekalahan itu bukanlah satu perkara yang mustahil. Time ni rezeki dan taqdir main peranan. Kalau ada rezeki kemenangan maka menanglah, kalau taqdir mendahului kita dengan kekalahan maka kalah lah. Tapi alhamduliLLAH kerana sy dan kawan-kawan telah buat yang terbaik. Itu faktor yang menyebabkan kami tidak kesal dengan kekalahan ini, tetapi kesedihan tetap dirasai kerana kami telah melalui sesi training intensif yang meletihkan dan penuh ujian dan dugaan. Namun sedikit sebanyak kesedihan itu hilang dengan support sesama kami dan kawan-kawan yang lain. Bila terkenangkan gelak tawa kami, lupa perit kekalahan yang menampar sanubari masing2. Ini cerita kami dan setakat ini bahagian kami uk tahun ini, qaddarAllahu ma sya'. AlhamduliLLAH kami telah melaluinya dengan baik ~~~
Tetapi ini pula review saya:
Yang pasti satu, penyebab kalah dan menang mestilah diperbaiki. Dunia debat sepatutnya menjadi dunia yang paling jujur mengamalkan pemikiran kritis dan paling jujur dalam menilai. Unsur-unsur fallacy, self interest, prejudice, self bias mesti diketepikan untuk memastikan kita menghasilkan pertandingan debat berkualiti tinggi dan secara tidak langsung mengenepikan unsur dominasi sesuatu grup. Dah nama pun pertandingan DEBAT, maka sewajibnya setiap unsur pertandingan debat mempratikkan unsur critical thinking yang ada dalam debat. Bukan hanya wangi pada nama, tetapi dari segi perlaksanaan sama dengan perkara lain yang tercemar dengan unsur2 yang tidak baik. Kalau penilaian subjektif yang dipilih, carilah pertandingan dan dunia lain yang meraikan subjektiviti itu. Dunia debat bukan tempatnya kerana dunia debat dunia objektiviti dan tidak menerima subjektiviti dalam menilai. Itu secara teori yang mudah, namun sejauh mana perlaksanaan sy kira kita semua baik pendebat, alumni, hakim atau siapa shj yang terlibat mesti berusaha memperbaiki keadaan yang sedia ada menjadi lebih baik. Baik saya mahupun sesiapa shj yang berharap debat arab naik tinggi di persada dunia pastinya mengharapkan pertambahan pasukan-pasukan debat yang hebat. Sy tdak mengharap UIA mendominasi selama-lamanya pentas debat arab dalam keadaan ketiadaan pasukan-pasukan hebat yang lain. Kewujudan pasukan-pasukan debat yang hebat akan menghangatkan lagi pentas perdebatan dan meningkatkan kualiti pertandingan serta debat yang dipersembahkan, yang mana akhirnya merealisasikan impian - to be an established platform to prepare critical and well rounded young leaders of the ummah -
To all debaters and alumni out there, let's work hand in hand together to improve our beloved Arabic debating arena. My job n ur job is not done yet until we realise this mission!