Khamis, 10 Disember 2009

Royal 2009 - kenangan tak boleh tanggal (*_*)

alhamduliLLAH, dah masuk sem dua dah pun... and finally menjejakkan kaki jugak kat bumi uia nih on monday nite lepas. membawa kenangan pahit yang pasti takkan bisa tanggal daripada memori sume debater arab uia dari um. Harapan utk menjulang kembali piala debat diraja bagi kategori bahasa Arab punah begitu shj. - uh uh awtnye aku tetibe ayat tak blehbla nih.

anyway, sebagaimana yang telah diceritakan di atas, itulah gambaran keputusan akhir piala debat diraja 2009 kategori arab di um. uia a telah kalah kepada usim b... qarar hukkam 5-2... mmg sgt pahit utk ditelan sbb sume tak menyangka akan kalah. Bukan utk mengatakan team uia bagus giler, tapi it's so obvious that kemenangan sgt berpihak kepada uia berdasarkan zahir perlawanan debat tersebut, tapi alih2 bile keputusan diumumkan johan jatuh kepada usim. unbelievable! seriously... sume tak percaya.dahsyat sekali kami diaibkan...

episod hitam di um bermula dengan kekalahan team b (team aku lah tu) kepada um a di quarter final. Owh ho, perasaan kitorg time tuh hanya Allah yang tahu macam mn. Geram, sedih, frust, kecewa sumenye bercampur aduk...... klu nk ikut hati nk je mengamuk, tapi sabar je lah nk buat macam mn..... klu yang menang ngn kami tuh team yang betul kuat tak pe la, tapi tak.... tak nk mengutuk sape2, diorg pun buat yang terbaik, but kitorg sume pelik macam mn hakim2 boleh bg kitorg kalah macam tu je? ketua hakim kata kami tak radd hujah hukumah, owh serious tipu giler, tak de satu hujah pun yang saya tak radd. Ketua hakim kata hujah ktorg cume satu je boleh pakai... owh God hmmm ntah la itu maybe opinion die, fine. But yang tak leh bla nye hukumah langsung tak radd hujah kitorang langsung... boleh die bagi hukumah menang... haih.... kecewa memang kecewa, tapi sume dah terjadi... adil atau tidak penghakiman terhadap kami hanya ALLAh la yang layak mengadili dan hakim2 tu sendiri lebih tahu. Tak nk mengutuk sape2 dalam blog nih, cume nak meluahkan ape yang terbuku dalam hati kekecewaan yang melanda hati dan perasaan.

ingatkan episod hitam team uia hanya dengan melingkupkan team b je, rupenye tak cukup lagi..... alhamduliLLAH team a dapat masuk final. Kami sume igt takkan ade pape buruk terjadi sepertimana yang berlaku terhadap team b. Tapi rupenye tamparan lagi hebat bile keputusan final diumumkan. Owh kalah quarter boleh tahan lagi frust dan geram.... kalah kat final, mmg bebannya besar yang amat. Terasa diaibkan depan sume org.. ape yang terjadi same dengan ape yang terjadi kepada team b, apabila kami confident menang tetibe kalah. Ramai yang tak sangka termasuk audiens sekali. uhuhuhu sekali nk lingkupkan uia bukan team b je, team a sekali diorg lingkupkan.Yang kelakarnye qarar hukkam 5-2... hmm diorg ni pun klu nk melawak pun bajet2 la, mmg shock giler. Mmg pakej lengkap la utk royal tahun nih. Pada sesiapa yang telah melihat perlawanan akhir anda lebih arif menilai siapa yang layak memegang title juara. Tapi mungkin ini bukan rezeki kami... mmg kene banyak sabar.

tak sabar nk masuk asean utk menebus kembali maruah uia yang telah dirobek (cm dahsyat sgt je bunyinye hehe), klu tak di asean, royal tahun depan akan kami buktikan pada anda sume i'Allah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s: sy mohon maaf andai entri ini menyinggung perasaan.. entri ini ditulis dalam situasi yang agak emosional as it was written a few days after royal so it is not so objective and quite self centered... it was just my feelings and my observation at that particular time... i might be right or wrong... and i am so sorry if ade yang marah atau terkilan dgn entri ni, dan sy amat hargai kritikan dan teguran dr anda sume cos it makes me realize my mistakes.. so sorry again (@_@) - 20/2/2010