Jumaat, 26 September 2008

Muhasabah jap..

alhamduliLLAH dah nk masuk hari ke 26 kita berpuasa. Semakin tinggi angka tersebut bermakna semakin sikitlah baki Ramadhan yg tinggal... Hmmm bile mengenangkan Ramadhan yg dah nak pergi meninggalkan kita ni,rasa pening sebab byk bende tk wat lagi. cam byk masa digunakan utk wat bende yg sia2.Masih ada lima hari baki Ramadhan yg tinggal. Jom kita muhasabah jap, reflect balik apa yg kita dah buat sepanjang bulan yang Allah muliakan ini dengan limpahan maghfirah dan rahmatNya. Andai banyak amalan yg telah berjaya dilakukan, syukurlah kerana Allah telah membantu kita utk melakukannya, namun jika checklist masih lagi yg tak bertanda (tak byk amal yg dibuat) jom kita grab lima hari yg masih tinggal ni. klu lom wat qiam lagi, jom kita wat qiam, klu lom sedekah lagi, jom hulurkan duit kat mana2 tabung derma. Kiranya cam tu la..... masih belum terlambat lagi untuk memperbaiki kesilapan yg lalu. Peluang yg masih tinggal ini, mari kita gunakan dengan sepenuhnya agar kita masih lagi dapat utk merealisasikan matlamat madrasah Ramadhan.... la'allakum tattaquun... ameen ya Rabbal 'alamin

Selasa, 23 September 2008

Kelas Advanced Arabic

Hari ni sy ngan grup sy kene debate kat dalam kelas advanced kitorg. Sebenarnye tak de muqarrar debate pun tapi ust kitorg nk wat jgk, so every group tak terlepas daripada berdebat... masuk carry mark tu. Hmmm alhamduliLLAH sy dapat buat ngan baik (ok la tak de la teruk sgt). Kawan 2 team sy pun ok alhamduliLLAH, walupun byk sangkut2 tapi jayyid la sebab diorg sgt beginners. So ape ceritanya hari ni? Ok al masyru' al muqtarah huwa mu'allim al lughah al 'arabiyyah min an natiqina biha afdhal min an natiqin bighairiha. Kami punya team jadi hukumah, dan team nazmi sekali ngan ridhwan jadi mu'aridh... honestly sy cakap ini la tajuk yg sy rasa paling susah kot sy pernah debate..... agak la, bile dgr ta'liqat rasa tak terkata ape sbb ust tanye kitorang: ape yg kamu ckp ni datang dari hati kamu k? huhu mau tak terkedu nk jawab.... ok la kawan2 mesti agk pelik kan kenapa ust cakap cam tu? sebabnya cam ni, tajuk tu sgt berkaitan ngan ust.. ye la ust kitorg org melayu, so kitorg yg jadi hukumah ni cerita la kenapa lecturer arab lagi bagus daripada lecturer bukan arab dari segi pengajaran diorg la. Kami pnye point ialah lecturer yg bukan arab ni selalu guna bahasa yg tinggi, so student complain dan hasilnya tak bagus sgt la sebab student tak faham.. pastu ada lagi yg lain la... penat kot nk tulis sume tapi ringkasnya macam tu lah. So after kitorg debate ust tanya kitorg cm tu... huhu cepu cemas sungguh soalan tu, kami ni tak terjawab bile ust tanya cm tu. Tapi sy jawab jugak yela dah ust tanya kan, sy jawab ya... hehe tapi tak xplain panjang sgt la... sebenarnya kitorg takut ust terasa ngan point kitorg tadi. sume senyap je.. pastu ust xplain la kenapa die wat camtu (guna bahasa yg kadang2 tinggi), huhu menyesal pun ada jgk tapi dah kene debate tajuk tu huhu nak wat cam ne. Tapi sy cuba berlapang dada bile dengar ust cakap tu... betul la sume ust cakap tu, tapi kami masih dirundung rasa bersalah sebab bagi point yg agak2 menyerang ust kitorg.Maafkan kami ust, tak de niat utk menyerang cume sekadar wat point utk debat je dan munaqasyah faqat, la nurid an nujawiza hadzal hadd... Aasif marratan thaniah li hadza asy syai'.... sy rasa bagus jgk tajuk ni buat lagi sekali kt kelas debate kitorg pas raya... hehe nak dengar ape plak hujaj daripada classmates sy pasal tajuk ni :)

ليلة القدر والعشر الأواخر



ها قد بلغنا آخر المحطات، وآن أوان الجد والاجتهاد، إننا في مرحلة {وَسَارِعُواْ} [سورة آل عمران: 133] و{سَابِقُوا} [سورة الحديد: 21] فأخرج كل ما بوسعك من جهد فالغنيمة عظيمة، والثمرة تستحق بذل الغالي والنفيس للحصول عليها، الثمرة هذه المرة (ليلة القدر)

{وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ (2) لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ (3) تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ (4) سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ}

[سورة القدر: 2-5].

اجتهد أبو موسى الأشعري رضي الله عنه قبل موته اجتهادًا شديدًا، فقيل له: "لو أمسكت أو رفقت بنفسك بعض الرفق؟"، فقال: "إنَّ الخيل إذا أُرسلت فقاربت رأس مجراها أخرجت جميع ما عندها".

فجدَّ واجتهد، فقد كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا دخل العشر شد مئزره، وأحيا ليله، وأيقظ أهله [متفق عليه]، وكانت أمنا عائشة تقول: "كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد في العشر الأواخر مالا يجتهد في غيره" [رواه مسلم]، فإياك أن تكون من المحرومين...

مأخوذ من: موقع الويب طريق الإسلام

Khamis, 18 September 2008

Warkah Daripada Seorang Senior

* sy jumpa ni kat shoutbox e-learning (LMS)

Hai :) May all of u in a good condition of health and iman. Ameen
Alhamdulillah, this is my last semester in IIUM, hoping that I will finish and 'lum sum' all things in smooth and great way :)
Dear friends, wanna share with u all something. Just couple of things from a 'kakak : your senior'
Life is a journey dear. Semoga kalian dapat menikmatinya dgn sesungguh rasa. Menikmati hidup dengan peraturan dan teratur. Ya, hidup di kampus bukan semudah makan nasi (maybe: )
Buat kerja baik-baik. Belajar dgn sepenuh hati, lakukan tugasan dgn cemerlang dan berbakti dlm maksima yang mungkin. Nak tahu??
..gembira orang lain, adalah keberkatan untuk kita semua.
(Benarkah??)
..insyAllah, benar teramat benar. Bila memuliakan guru, menggembirakan sahabat dan membantu sesama kita, hati yang terpalit adalah rasa bahagia. Kita ada kelebihan, kita ada kemampuan untuk memberi kebahagian untuk orang lain.
Masuk UIAM kan?? Hebat tu, jadi kita mmg besar berpotensi untuk memberikan kebahagiaan utk diri dan org lain :)
Hidup di kampus dengan rasa ingin berbakti dan berkongsi. Tidak hidup sendiri dan 'nafsu-'nafsi'. Ia seumpama menaungi bumi UIA yg indah ini dgn kasih sayang yang bakal merimbunkan pesona insan-insan yang akan, bakal dan telah berjaya.
Kebahagiaan bukan saja terletak pada gulungan ijazah yang kita terlalu mahukan :)..kebahagiaan sebenar bila potensi diri , kelebihan diri dan kebaktian hati...dikongsi dengan yang lain, kerna Tuhan. Ia, mencari redha Tuhan kitaa.
Kita terpilih di Bumi indah UIAM, antara khalayak ramai. Ilmu agama, sosial dan subjek2 yang boleh membantu untuk membentuk jatidiri ampuh.
Keluar nanti dr UIA, kita mampu menyumbang pada komuniti. Tak banyk, sedikit jadilah. Kita mahu lihat adik-adik kita belajar dan mengajar, daripada dikejar polis dek merempit. Kita mahu lihat anak-anak yatim terjaga dan dipelihara. Kita mahu lihat tiada lagi jenayah di bumi Malaysia.
Kita mahu semua orang berilmu dan berbudi. Barulah semua orang juga akan berjaya, akan bahagia.
Kitalah..kitalah, yang bakal menggerakkannya. Kita..tanggungjwab kita.
Diriku, akan melangkah dulu nanti. Untuk adik-adik, sahabatku di Taman Ilmu dan Budi ini, teruskan belajar, dan jadilah insan yang memberi. Jadilah nilai-nilai yang membawa senyuman. Jadilah insan yang tahu berterima kasih, sekurangnya pada guru-dan pensyarah yg byk berbakti, pada ayah dan bonda yang keringat mereka merembes byk demi lelah menghantar kita di sini.
Kita juga boleh menjadi sehebat Dr Muzaphar. Misi kita tinggi, kitalah pengerak yang diharapakan. Bukan orang lain, tapi kita.
Salam pemuh hemat dari seorang senior :)

by: empunya no matrik 0327694

Rabu, 17 September 2008

Ujian.....

Bila perkataan ni disebuts, pasti akan terlintas di fikiran semua org, manusia manala yg tak diuji, siapa2 pun akan kena uji. Cuma ujian itu datang dalam bentuk berbeza2 dan bergantung kepada situasi individu. Cerita pasal ujian ini, sy cukup simpati (harap bloeh meningkat lagi menjadi empati) dengan kawan saya. Adiknya kena accident minggu lepas dan agak kritikal waktu mula2 kena tu... bleeding kat kepala dan retak tulang tengkoraknya... 2 kali transfer hospital, dari banting ke klang, kemudian ke sungai buloh. Dan alhamduliLLAH keadaan dia dah stabil, tapi masih lagi tak sedarkan diri dan berada di icu . Pastu plak mak dia masuk wad sebab cirit birit.Bile dgr cerita kawan sy yg sorg ni dan masalah yg dihadapi keluarganya sejak adiknya masuk hospital ini, betapa sy merasakan diri ini seharusnya dan mesti bersyukur sgt2 kepada Allah Tuhan Yg Maha Memberi kerana lahir dalam keadaan keluarga yg stabil ekonomi dan kondisi... AlhamduliLLAH syukur ya Allah. Terima kasih Allah di atas segalanya. Hmmm dalam hati sy terfikir, sebenarnya kawan sy ini bertuah kerana Allah dah pilih dia dan keluarganya utk diuji dalam bulan Ramadhan yg mulia ini. Semoga Allah melimpahkan rahmat buatnya dan keluarganya sepanjang hayat mereka di muka bumi ini... ameen. Semoga Allah limpahkan kesabaran ke atas mereka dan melimpahkan ke atas mereka kesabaran dalam menghadapi ujian yg berat... ameen. Pastu kawan sy cerita pasal ada sorg budak tu, kena sawan tapi parents terlambat hantar gi hospital, meninggal. Sy pun cakap kat kawan sy, mesti mak dia pun tak bajet anak dia nk pergi awal, sebab semuanya berlaku begitu cepat. Tak pe lah, insya Allah sudah pastinya dia akan menjadi penyelamat ibunya di akhirat nanti... buat ibu tersebut dan keluarganya , moga ALLAH melimpahimu dengan kesabaran dan rahmat sepanjang masa ameen. Yang pastinya perginya budak itu dalam keadaan rahmat, namun persoalan buat kita, apakah pengakhiran yg bakal menunggu. Adakah baik ataupun buruk... kitalah yg menentukan destinasi kita dengan izin dan taqdir Allah.. Maka sentiasalah bersiap sedia utk menghadapinya yang kita tak tau bile ia akan menjelma.. moga2 kita semua tergolong dalam golongan org2 yg berbuat kebaikan. Sama2lah kita berusaha!

Mock Debate

Hari ni kena pergi AGM Arabic Debate Club... bukan sebab saya ni one of the a'dha' an nadi tapi ust yasir ganti kelas kitorang hari ni dengan mewajibkan kitorg menghadiri AGM tersebut. Ok lah, ape yg bestnye tadi tu ye? Bestnye tengok mock debate tu je, yg lain biasa so and so la.... not extraordinary ( klu ayat saya ni mengutuk maafkan sy ye kawan2)... debate tadi menemukan ust2 yg jadi debate trainer ngan student2 (debater uia).. igtkan mula2 biasa je (biasalah first perception) rupaya sengit giler2. Sy asyik gelak je tgk diorg debate.... best2 dan best. hehe.. Al masyru' al muqtarah amaam al barlaman huwa al ihtimam bil tarjamah ahamm min at ta'lif. Hukumah adalah ustaz2 dan mu'aridhah student2. Awal2 nye saya igt student2 ni tak bleh nk lawan ust2 ni rupenye ya Allah bleh tahan jgk. Klu sy la kat tempat diorg tadi, mesti dah tersangkut2 cakap sebab ada point yg sy tak dapat tangkap sebab ada ust yg cakap laju... macam peluru heheh... credit to kak hidayu kerana telah berjaya melawan ust dengan baik hehe.. To kak jannah pun sama jgk and lastly to salman. Lakum at tahniah kerana berjaya menjadi fariq mu'aridhah yg sgt baik. Alf mabruk lakum.

Ahad, 14 September 2008

ISA

Renung-renungkanlah wahai saudaraku. Klik kat sini ye untuk mengetahui dengan lebih lanjut ape yg sy maksudkan :)