Khamis, 30 April 2009

Sidang berakhir....

AlhamduliLLAH, interschool debating championship 2009, telah secara rasminya berakhir. Kejutan yang wujud, tidak terhenti smpi setakat final sahaja.. keputusan yang keluar pun turut memberi kejutan buat semua org. Pertembungan di antara SBP dan sekolah swasta pastinye memberi gambaran awal bhw STAR akan menjulang gelaran juara kali ini. Tetapi takdir ALLAh mengatasi segalanya. Kemenangan berpihak kepada SMI Hidayah di pentas akhir sekaligus membolehkan SMI Hidayah menjulang gelaran juara pertandingan Debat Antara Sekolah 2009.
STAR pula menjadi naib juara... itu semua bagi kategori BM.

Bg kategori BI, SMK Green Road berjaya menjulang gelaran juara manakala SMI Hidayah hanya mampu menjadi naib johan shj.

Itulah keputusan akhir bg Pertandingan Debat Antara Sekolah 2009.

* ok lah, bg yg faham teknikal debat, pasti faham kenapa STAR boleh kalah. Sebenarnya tugas STAR sbg pembangkang ialah melawan kes kerajaan, namun mereka tidak berbuat demikian... walaupun dr segi performance dan hujah bagus, namun tugas asas mereka tidak terlaksana iaitu melawan kes kerajaan. Mk pada sy tidak hairan lah penghakiman juri sebegitu rupe walaupun performance Hidayah tak sebagus STAR. Hmmm, tak pe dik, cube lagi, baiki mutu persembahan korang dan kuasai kemahiran tu dengan lebih baik lagi.

Selasa, 28 April 2009

Kejutan FINAL

setelah selesai peringkat suku dan separuh akhir, akhirnya dua pasukan kekal mara untuk ke peringkat akhir pertandingan debat antara sekolah2 kali ke 8... untuk pentas akhir, ia bukan milik juara-juara lepas.... hmmm kejutan besar kali ini kerana dua sekolah yang akan naik ke pentas final ialah dua sekolah yang serasa sy tak pernah nek pentas final tahun2 lepas. Utk kategori BM, alhamduliLLAH STAR B berjaya mara ke pentas final.... huhu nk pentas la aku esok jadi penjaga masa. Itu tidak mengejutkan sgt, sbb STAR mmg dah bese nek ke quarter dan semi tahun2 lepas. Tetapi yang lebih mengejutkan ialah lawannya. Lawannya bukanlah SBP, atau MRSM, atau SMKA.... atau sekolah2 lain yang gah namanya. Lawannya ialah sekolah swasta, dan sekolah tu tak lain dan tak bukan ialah SMI Hidayah. Tahniah utk kedua2 pasukan, terutama sekali utk hidayah, chaiyok korang! buat yang terbaik, utk adik2 STAR pun alf mabruk lakum, korang pun buat yang terbaik.

Untuk kategori BI plak, SMI Hidayah sekali lagi akan naik ke pentas final, masya ALLAh, hebat sungguh adik2 nih, tak sgka hidayah dapat naik, lawannya sy tak pasti siapa.. hmmmm sekolah harian rasanya.

Final english akan berlangsung malam nih di main audi, dan BM akan berlangsung esok pg di CAC, main hall, for all teams alf mabruk lakum kerana berjaya melayakkan diri ke pentas akhir.
Good luck n buat yang terbaik.

p/s: teringat la plak lagu tema interschool, hanya yang terbaik.. dan kesemua pasukan yg layak ini berjaya membuktikan merekalah yang terbaik antara byk2 pasukan kerana berjaya kekal ke akhir pertandingan :)

Isnin, 27 April 2009

Update I'School

dah masuk hari ketiga pertandingan debat antara sekolah... hari ini pusingan kalah mati telah pun bermula yang dimulakan dengan double octo final yang menemukan 32 pasukan... se awal pusingan kalah mati yang bermula hari ini, pelbagai perkara menarik yang berlaku pada hari ni..

nk tau ape perkara menarik?

1. Kedua2 pasukan SMI Al Hidayah, SMAP Kajang, S Seri Puteri, STAR, Maahad Hamidiah, SBPI Gombak berjaya mara ke double octo... daripada 100 pasukan yg ade mereka berjaya mengekalkan kedudukan di 32 tempat teratas. MCKK? yang layak cume MCKK A sahaja.

2. selepas double octo, Al Hidayah B, SMAP kajang A, SSP due2 teeam, STAR B dan Maahad Hamidiah B berjaya mara ke octo.

3. pasukan yang dijangka ke pusingan kalah mati tak berjaya melayakkan diri, antaranya RMC, and ade lagi lagi skolah yang lain..

4. Kejutan terbesar di double octo ialah, MCKK A tumbang kepada SBPI kubang pasu, huhuhu... klu korang nak tau, MCKK nih dah nek pentas final selama 5 atau 6 kali berturut2.... sehinggalah tahun lepas. Kali ini awal2 lagi sudah tersingkir.... kesian la plak tgk kat budak2 tu, tapi tak nafikan ramai pun tak berapa ske ngan MCKK hehe.... so sgt la seronok bdk2 sekolah lain bile tau MCKK kalah... (haraplah sy tak emo sgt, bese la kalah mng adat pertandingan dan pasti semua org ade nek turun, sekali sekala kene la turun gak kan, asyk mng je, kadang2 menyebabkan kite leka... tak pe dik, usaha lagi)

5. Kejutan kedua terbesar selepas octo, STAR b yang bertemu dengan Seri Puteri A yang sewaktu pusingan awal berada di antara ranking yang teratas daripada 100 pasukan mng dengan juri 2-1 margin 1. ni memang tak dijangka gak la sbb SSP nih pandai rebut, mungkin yng menybabkan diorg kalah ialah diorg tak de kes dirog sendiri... menangis diorg tadi, sy nih dah tgk diorg nangis tak tau nk wat pe, sekadar hanya mampu menunggu dan melihat mereka shj. sorila dek, nk tenangkan korg akak tak berani.... harapnye dr riak muka akak tadi korg tau akak turut bersimpati, tak pe cube lagi next time.

So itulah yang berlaku sepanjang hari ni yang sy tau... hihi

Pastinya perlawan suku akhir sgt sengit besok, sbb pasukan yang hebat2 akan berlawan. Kita tgu dan lihat siapa yang akan mara ke pentas akhir nanti.

p/s: dah tiga hari dgr org debat, dh mule berjangkit dengan ayat2 debat diorg terutama sekali ayat 'tuan yang dipertua' hehe... samapi sekarang terngiang2 lagi.. besela inilah yg terjadi setiap kali berlawan ataupun mendengar org berlawan (debatla heheh)

Rabu, 22 April 2009

Interschool Debating Championship 2009

Masuk hari ni dah 3 hari menapak di uia setelah pulang ke rumah selama beberapa hari.. I' Allah i'll be lidv'ing for 2 weeks, hmmmm.. lama gak tuh. Macam dah jadi rutin la plak setiap kali cuti ade lidv, sumenye gara2 program n training, tapi best sebab cari pengalaman n belajar banyak bende baru. Tapi sepi tuh terasa gak la, ye la sorg2 je dalam bilik, takde teman sebilik yg lidv sekali, huhuhu.... Ok this time pnye lidv sbb ada interschool debate kali k 8. Guess what? I'Allah ada 224 team yang akan bertanding nanti. Bm pnye ade 100+ teams, english ade 110+ teams. Banyaknya huhuhu, cm ne la nanti bile diorg datang, mesti mengah nnt tengok ramai sgt org. Dengan committee lagi, hmm cukup ke committee yg ade tuh... ntah la, doa sy moga Allah mudahkan segalanya ameen....

Bile bercerita pasal interschool, sy sgt bersyukur Allah tkdirkan sy masuk prog nih taun lepas. Inilah yg telah menjadi inspirasi sy masuk debat arab, alhamduliLLAH. Teruja sbb tengok adik2 sekolah petah berdebat dan melontarkan idea serta pendapat diorg... tak takut diorg nih. Bile dah join debat baru tau knp bleh jadi macam tu, hehe.. cume biasala langkah pertama tu mestila takut dan gemuruh serta tak yakin, tapi bile dah beberapa kali debat jadi addicted la plak. haha dh mcm kene dadah la plak. Tak lah bukan dadah tapi sbb rasa best kita dapat bercakap dan argue org ketika berdebat.

Pelik kan, sy nih tgk debat bm n bi n pastu inspired plak dgn dua2 nih tapi sangkut kat arab hehe. Ntah la sy pun tak pasti nape, padahal sy cume pernah tgk debat arab rasanya sekali je sebelum join debat arab, hehe.. bile first time tgk tuh tak rasa teruja pun n tak rasa pun nk join tapi bile dah tgk mcm mn adik2 nih berdebat, br lah dpt fhm sedikit sebanyak mcm mn nk debat dan teknik2 debat, tu yg rasa nk join debat tu, tapi tu la debat arab la plak jadi pilihan. hehe, tapi debat arab pun best, hehe.. pada sy lagi clear klu nk dibanding dengan bhs melayu, yang byk la selok belok bahasa, nk cr poin n tgk keseluruhan struktur perdebatan pun agak kompleks sbb byk main bahasa, yang dah bese main bahasa mmg tak de masalah, tapi sy ni sukar sedikit.. klu english pun tak berapa susah sgt sbb mmg diorg ni jenis direct je, tapi yang susahnya klu guna ayat bombastik, besela, english tak terer mmg la ssh nk fhm... hehe

This time, sape la agaknya bakal menggondol gelaran juara bm n bi... klu tahun lepas STAR mng english, pastu SMAP kajang menang bm, hmm klu juara bertukar tangan pun bagus gak, hehe tapi tak nk la tukar tangan kt MCKK, dah lima kali berturut2 nek pentas final, hehe mintak2 la sekolah lain plak yang nek, teruskan berusaha wahai adik2 pendebat (tua rupenye aku nih hehe)

Jumaat, 10 April 2009

Intro to SOCA


Baru je tamat sesi discussion dengan rumet sy CT, esok kitorg ada exam Intro to Sociology. Br dua jam study dah masak dah otak ni, tapi alhamduliLLAh byk crucial parts kitorg dah lepas. Suara ni pun macam dah nak abis, sakit tekak pun ye sbb byk sgt bende yang kene explained. Kitorg tak sanggup nak teruskan lagi malam ni sbb dua2 ekor ni dah sakit kepala, byk sgt download kat otak nih. Esok exam pukul 3 , so masih ada masa lagi utk berhempas pulas utk study dan baca notes. Moga Allah beri kekuatan kepada kami utk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai nih.

Ada satu bende yang sy nk kongsi dgn korg sume. Dependency theory said that global poverty happens because the high income countries exploited the low income countries by making the low income countries dependent to them.

Selasa, 7 April 2009

Wajah Baru



AlhamduliLLAh setelah berhempas pulas mencari dan meng'google' sana sini, jumpa gak rupa baru utk blog sy ni. Macam-macam dugaan nk tukar rupa blog nih... huhu

Rabu, 1 April 2009

Final Exam


Memikirkan banyak yang belum ditelaah lagi, mmg serabut otak ini dibuatnya.... dah biasa study last minute... heheh. Hopefully boleh jawab sumenye ngan baik, ameen. For all my friends kat IIU, bit taufiq wan najah fil imtihanil akhir. Semoga kejayaan mengiringi kita semua ameen.

Boikot atau tidak Boikot

oleh Maszlee Malek

Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.

Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.

Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.

Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….

Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…

Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…

Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?

Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?

pasted from: palestinkini.info