Khamis, 26 Mac 2009

Sekadar komen

Bila baca dan dengar tentang perhimpunan agung UMNO, mcm biasa lah kedengaran slogan dan seruan daripada para pemimpin baik di peringkat akar umbi mahupun yang berada di atas yang selalu keluar mutakhir ini iaitu perubahan, perubahan, perubahan.... sy tertanya-tanya, diorg ni betul ke nk buat perubahan? bukan men lagi bercakap... sanggup ke diorg tahan diri dari rasuah-rasuah merasuah? bukan ke rasuah ni perkara yang sgt biasa dalam UMNO, baik dari akar umbi hatta ke peringkat tertinggi. huh i don't think mereka ni ikhlas.. sy fikir ini cuma hanyalah sekadar slogan yang digunakan utk menarik kepercayaan rakyat yang mmg dah byk hilang.... huh tgk je la rasuah dalam UMNO tu dipanggil politik wang.. bila rasuah kene panggil dan siasat ngan SPRM/BPR, tapi politik wang tak payah... huhu bukan politik wang ngan rasuah pun sama ke? tgk, itu pun dah double standard, lagi la kata nk buang rasuah dari diorg... mmg tak la... huhu cume sekadar mengomen

Khamis, 12 Mac 2009

Berita Gembira

Tgh kelas tadi, ibu call sy... dalam hati pelik jgk sbb pg tadi br je call ibu nk confirmkan agenda hujung minggu ni. Bile sy call balik, mak sy kata nk wat kenduri besar... ????? Pelik la plak ibu cakap cm tu, then sy tanya la nape plak... Lambat betul sy nak faham. Then baru sy teringat yg hari ni result SPM kuar. Owh, sy dah faham.. Ni mesti ada kaitan ngan adik sy yg ke 4, yg bernama Nasuha. Sy pun tanya la ibu, result cam ne.. AlhamduliLLAH Nasuha dapat 11 A 1B.. AlhamduliLLAH hamdan kathira, tak sgka adikku yg sorg ni menjadi begitu terer smpi mengalahkan resultku dulu.. apa pun tahniah buat adikku yg bernama Nurunnasuha bt Ramli. Semoga kejayaan ini menjadi muntalaq utk menjadi insan yg berjaya dunia akhirat, ameen... Buat ibu ngan ayah, alf mabruk sbb achik dapat result best, alhamduliLLAH... doakanlah kami supaya menjadi insan yg soleh ameen... :)

Isnin, 2 Mac 2009

International Conference : Youth on Terrorism



Pada hari Khamis dan Jumaat lepas, sy telah berpeluang mewakili UIA bg pihak Arabic Debate Club ke persidangan antarabangsa yg diadakan di Hotel Nikko, KL . Persidangan bertemakan Youth on Terrorism dan UIA telah menghantar kontinjen yg agak besar.. Rasa bertuah kerana dapat mewakili UIA ke persidangan yg agak berprestij ini. Ok lah, basically, pembentangan semua kertas kerja kali ini semuanya berkisar tentang keganasan. Apa itu keganasan, cyber terrorism, case study kat sri lanka, pakistan, chechnya dan filipina, perspektif tentang keganasan dan sebagainya.. mmg menarik dan sangat best. Biasa la bila bercakap tentang keganasan dalam konteks masa kini, pasti ramai yg associate keganasan dengan Islam. Ramai yang terlupa punca kepada segala masalah dalam memahami apa itu keganasan, adalah kepada definisi perkataan keganasan itu sendiri. Perkataan terrorism dimulakan oleh AS dan sekutunya setelah tragedi World Trade Centre yg bertempat di New York pada 9/11. Amerika mencanangkan bahawa ia adalah kerja pengganas Muslim. Sebenarnya War on Terrorism yg dicanangkan US adalah hanya sbg propaganda mereka utk memerangi Islam. Bercerita tentang definisi, ia mmg satu perkara yg rumit utk dibicarakan. Nak ceritakan ni malas la plak, sy cadangkan korang cr sendiri la ye kat internet, definisi USA, UN, Webster dan berbagai lagi lagi organisasi mahupun org persendirian berbeza, tak banyak pun sikit... Basically this conference disertai oleh lebih kurang 200 org daripada beberapa buah negara kebanyakannya negara-negara membangun dan negara-negara dunia ketiga. Antaranya, Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, Senegal, Namibia, Syria, Mesir, Sri Lanka, Pakistan, Kanada, Russia dan sebagainya. Overall, mmg conference ni sgt best, dn byk perkara baru yg sy belajar kat sana... Sy dapat mengetahui macam2 pendapat dn pandangan org lain, muslim dan non muslim, dari negara maju mahupun kurang maju tentang keganasan. Persidangan ni pada saya boleh bertindak sbg platform yg baik utk meningkatkan persefahaman antara semua khususnya antara dunia Islam dan bukan Islam. selain tu gak, membantu utk memahami situasi-situasi sukar yg berlaku di kebanyakan negara khasnya negara2 dunia ketiga. Walaupun persidangan ni best tapi tak semuanya bagus, sbb berapa perkara... contohnya penerangan ttg Islam dan konsep jihad tidak dijelaskan oleh org yg berkelayakan walaupun org Islam sendiri yg menerangkannya, sehingga yg bukan Islam beranggapan bhw apa yg disampaikan oleh mereka ni betul (yelah org Islam yg explain) alhamduliLLAH the last session of pembentangan kertas kerja, ada prof dr uia yg jadi panelis.. Dia telah menerangkan pendirian Islam ttg perkara ni dan menerangkan status US tentang perkara ni (keganasan, basically it's just a propaganda)... dan dalam byk2 kertas kerja yg dibentangkan, presentantion dia la yg paling bagus dan best.. bukan sy sorg je ckp, tapi mmg die pnya speech mmg mendapat tepukan gemuruh drpd semua org.. Lecturer yg sy maksudkan ialah Prof Rashid Moten. Kami sbg student UIA time tu mmg bangga gile.. hehe (ye la sapa tak seronok kan?) . Last session kami ialah membuat declaration atau statement hasil daripada perbincangan kami dlm persidangan tu.. dan statement tu akan dihantar ke UNESCO (if i'm not mistaken) iaitu pendirian generasi belia tentang keganasan. Klik kat sini utk baca lebih lanjut tentang resolusi tu. It's not really our resolution, resolution tu disediakan oleh pihak penganjur dan diorg cume mintak persetujuan kitorg je dengan resolusi tu, maka alkisahnya ramai yg protes sebab resolusi tu patutnya hasil perbincangan semua (statement tu yang kitorg nak la mksudnya) tapi organizer ttp tak mau ubah resolusi tu dan menganggap ia tepat kerana walaupun organizer yg tulis, tapi ia tetap hasil report daripada hasil perbincangan peserta ngan panelis dalam sesi2 pembentangan kertas kerja. Huhu, honestly speaking, mmg tak patutla organizer wat cam tu, ia bukan hasil idea kami (utk meletakkan isi dalam resolusi tu) dan betul2 rasa macam peranan kita diketepikan walaupun namanya persidangan belia... moderator sepatutnya hanya bertidak sbg moderator dan tak yah la lebih2. Mmg obvious gile clash antara golongan muda dan veteran time tuh.. (yg veteran conform, yg muda mahukan pembaharuan dan perubahan). Hopefully next time tak berlaku lagi perkara cam ni